Follow if you like

Nov 21, 2014

Roti Lapis Daging Berkeju mudah, ringkas dan sedap !


Dah lama ita simpan resepi yang dikongsikan oleh rakan FB  Sarimah Md Nor. Bila nak buat ada aje aralnya.. Roti tah dah berapa kali ita beli.. habis di makan anak-anak aje.. sama juga dengan cheese tu..
Hari ni baru ita berkesempatan untuk mencuba.. aduyaiii... ruginya rasa kenapalah ita tak cuba dari awal.. sedapnya lah aiii.... Terima kasih Sarimah kongsikan resepi yang sempoi tapi rasanya cukup umph!

Ita adalah olah sikit resepi.. sebabnya ita suka pedas. jadi ita tambahkan lada hitam , cili padi dan cili merah.. baru terangkat.. memang sedap! anda pun boleh cuba..



Cara membuatnya pun tak susah sangat.. ringkas dan mudah. Rasa memang sedap! Ita rasa sesuai juga kalau kita nak buat untuk jamuan. Kalau nak jual pun boleh jugak ni.. maklumlah sekarang ni.. kelitik keluar resepi baru.. masing-masing sibuk mengambil kesempatan untuk menjual.. tengok ajelah resepi jeruk asam boi yang semudah ABC tu pun habis di buat jual.. Tak pe lah.. rezeki masimng-masing kan.. kalau ianya dapat menambahkan pendapatan keluarga apa salahnya ya tak...?

Jika sebelum ni kita biasa makan Lapis Cracker, yang ni lapis roti pula. Tapi rasanya lain.. Kalau lapis cracker menggunakan rempah kari.. lapis roti menggunakan paste lada hitam. Memang serasi gabungan rempah daging dengan cheese yang mencair bila di bakar.. Baunya harum semerbak memang lapar di buatnya..

Apa tunggu lagi.. jom kita intai-intai resepi yang sedap ni..



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resepi Oleh : Sarimah Md Nor

12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping slice Cheese
Keju Cedar parut
garam secukup rasa

 

Inti Daging

300 gm daging cincang atau 4 keping daging burger ~ di hancurkan
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ di dadu
1/2 peket perencah daging black paper Maggi ( ita guna sos black paper Maggi  2 sudu besar )
1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus  ( ita tambah )
2 batang cili padi ~ hiris halus ( ita tambah )
1 batang lada merah ~ hiris halus
daun sup dan daun bawang ~ di mayang
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besarhingga harum
Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
Masukkan perencah black paper atau sos lada hitam dan gaul rata
Tambahkan serbuk lada hitam garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kering dan daging empuk
Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang
gaul rata
Tutup api dan biarkan sejuk



Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar.
Oles bekas atau loyang pembakar dengan butter
Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu
Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
Susun dalam loyang pembakar satu lapisan
Kemudian ratakan inti daging di atasnya
Susukan pula slice chese atas inti daging tadi
Kemudian ulang proses yang sama hingga habis roti
Baki susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar
Lapisan terakhir letakkan inti daging
Kemudian taburkan dengan parutan keju
Bakar dalam ketuhar dengan suhi 170 ~ 180 C selama 40 minit
Angkat setelah masak
Tunggu  suam sikit dah boleh di potong
Makan panas-panas memang sedap sangat..





20 comments:

Azlinda.I Ismail said...

Salam Puan Ita,

Terima kasih atas perkongsian yang sangat menarik ini. Tak jemu rasanya tunggu resipi-resipi puan.

http://sihatdengansaya.blogspot.com

Waneeta Neesa said...

Nampak sungguh menyelerakan..
Semoga Allah sentiasa merahmati Kak Ita sekeluarga!

Salbiah Zakaria said...

Menarik. Terima kasih atas perkongsian resepi. Semoga Allah sentiasa merahmati ita sekeluarga. In Sha Allah.

nor hayati abdul halim said...

wajib cuba ni..t.kasih kak ita berkongsi resepi dan minak dihalalkan ka ya kakc=)

Norzi beautilicious house said...

terima kasih share resepi dan langkah langkahnya.. teruja Norzi nak cuba ni.

jemanje said...

10Q 4 share

Azima said...

Assalam kak ita,,,

Thanks for the recepi..dah cuba..sedap sgt2..

Sitifabillah Yunos said...

Manariknya..tq ye. Sy nak cuba la nnt..

jemput berkunjung ke blog sy..

Vitamin Terbaik said...

Bestnye...Mesti cuba buat nie. Tq kak

Fatimah Yushak said...

Assalamualaikum Ita. Proses membakar guna api atas & bawah ke.

cengkih kitchen said...

Sedapnye...

cengkih kitchen said...

Sedapnye...rasa nk try ni

AnisNadya said...

Sedapnya. Sya pinned dulu recipe ni nanti nak cuba. Tqvm

Liyan Pages said...

Sedap sgt2..sy dh cuba :) tQ kak ita..

NurFatihah Che Daud said...

Sedapnye...bole cuba ni..tq sharing resepi ni...

Mohd Khalil Ramlee said...

Nk set kat oven guna api ats bwh or bwh je?

mamawana said...

Assalam.

Dah lama tak buat ini sampai lupa resipi. hehehe..saya ambil sini ya...TQ.

mamawana said...

Assalam .

hehee... lupa resipi. Saya ambil sini ya. Rupanya saya pernah buat dan update di blog. Tq sharing.

http://nurqasehbiz.blogspot.my/2015/02/roti-daging-cheese.html

Unknown said...

Nak Tanya lau bakar guna mangguk biasa bleh ke?

Fatiha Abu Samah said...

Nak Tanya lau bakar guna mangguk biasa bleh ke?

Powered by Blogger.