Follow if you like

Nov 14, 2014

Pocoyo and friends


Ini adalah satu lagi kek yang ita sediakan semalam. Kek dengan tema Pocoyo untuk adik Hanania. Kesian adik Hananiah lama tunggu kek dari cik ita kan..

Sebenarnya bapa Hanania dah tempah awal lagi.. dan ulang tahun Hanania pada bulan Oktober yang lalu. Tapi tu lah.. kan kita hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan.. kebetulan bapa mertua ita tak sihat dan ita terpaksa pulang ke kampung dan semua tempahan terpaksa di batalkan.. Maaf sangat-sangat pada yang dah tempah awal tapi kak ita terpaksa pulangkan semula wang anda kerana memang tak boleh nak elak lagi.. Ita pun masa tu dah naik buntu dah.. tak tahu nak buat macam mana. Memang rasa bersalah sangat sebab customer dah bayar dan ita pun dah berjanji nak buatkan.. tapi tulah bila bapa ita masuk hospital sebagai menantu sulung ita kena juga pergi menziarah..Bila dapat tahu bapa mertua ita masuk ICU ita terus pecut ke Kota Bahru dengan tak bawak talipon, camera dan komputer. Mujur adik ita banyak membantu..








Rasa sangat terharu apabila kedua ibu bapa Hanania sanggup menunggu dan tak kisah bila ita boleh siapkan.. " bila-bila kak ita free kak ita butkan lah kek Hanania.." aduyaiii.. nak gugur jantung mendengarnya..sayunya rasa..

Maka semalam dapatlah ita tunaikan juga janji ibu dan bapa Hanania nak hadiahkan Hanania kek Pocoyo yang merupakan kartun kesukaannya..


Happy Belated Birthday Hanania.. Semoga nia suka kek yang cik ita buatkan. Selamat ulang tahun, membesar menjadi anak yang bijak dan membanggakan ibu dan ayah dunia dan akhirat.. ya.. ^_^


4 comments:

nurul taqiyah said...

Uihh..bestnye..saya pun nk jd hananis jgk lh k.ita...hihihi nk kekkkkk..:-)

nurul taqiyah said...

Uihh..bestnye..saya pun nk jd hananis jgk lh k.ita...hihihi nk kekkkkk..:-)

mrs.Tok said...

boleh tau ke brape??nk tempah utk ank jgk la..

mrs.Tok said...

boleh tau brape ni??nk tempah utk anak jgk la...

Powered by Blogger.