Follow if you like

Nov 13, 2014

Louis Vuitton Bag Cake Tutorial


Waaaa... ramainya peminat bag LV ni kan... Ialah bag mahal pasti ramai yang suka terutamanya golongan hawa. Ita juga adalah salah seorang peminat bag LV. Ada juga lah beberapa koleksi bag LV yang menjadi simpanan ita. Ita tahu.. kalau kaum hawa ni pasti inginkan satu koleksi bag LV dalam simpanan.. tapi harganya yang agak mahal dan di luar kemampuan.. banyak yang hanya gigit jari.. tak pe lah... kalau tak ada.. ianya bukan satu keperluan sebaliknya lebih kepada kehendak sahaja.. Lebihkan mana yang utama dahulu.. ya.. insyaallah kalau ada duit terpijak nanti barulah boleh dapatkan satu..


Hari ini sekali lagi ita harus menyiapkan tempahan kek bentuk bag. Tapi kali ini ita lebih teruja nak membuatnya kerana ia adalah koleksi bag kesukaan ita. Ini adalah kali ke tiga ita menerima tempahan kek bentuk bag. Kek ni agak lama juga nak siapkan. Ita bangun seawal pukul 5 pagi untuk menyiapkan kek ini dan kek ni siap sepenuhnya pukul 9 pagi. Kira-kira ianya mengambil masa 4 jam untuk ita siapkan.

Nak buat kek bag ni kita kena lebih teliti dan lebih peka. Sebab banyak yang perlu kita titik beratkan terutama untuk menjaga originaliti sesuatu bag berjenama yang kita nak sediakan. Kita kena ambil tahu tentang jenama produk tu.. logo dia, gajet atau asesori yang popular.



Untuk membuat kek bag ni, ita perlukan 2 biji kek coklat moist yang bersaiz 10 x 10 inc. Kita kena pilih kek yang sesuai untuk membuat kek bentuk 3D ni. Tak boleh gunakan kek span ya.. sebaliknya kek haruslah kek yang lebih padat teksturnya seperti kek coklat moist, red velvet atau kek butter. Ia adalah untuk memudahkan kita membentuknya nanti.

Untuk layer dalamnya pula ita hanya guna krim coklat. Ia tidak sesuai jika menggunakan krim lembut seperti whipping cream, kerana kek ini kita nak kena balut dengan fondant. Gunalah krim yang boleh grip kek kita supaya teksturnya tidak lari bila kita nak membentuknya nanti.



Hari ini ita akan kongsikan bagaimana ita sediakan kek LV ni, tapi minta maaf lah ya.. gambar tak berapa memuaskan kerana ita membuat kek ini pada waktu subuh hari dan dalam cuaca yang kurang pencahayaan..

Sebelum kita nak membuat kek bag ni, kita kena fikirkan dahulu bentuk bag yang ingin kita sediakan. Pilih bentuk yang mudah untuk kita buat. Kek perlu kita sediakan 2 hari sebelum di deko. Kita juga perlu siapkan beberapa aksesori bag 1 hari awal supaya proses membuat bag ni lebih mudah dan lancar. Jika bag yang kita nak buat tu berprinted atau bercorak, kita perlu dapatkan coraknya yang di buat daripada edible image. Corak edible image ni anda boleh tempah di kedai jual bahan kek atau di beli secara online.


Ok, kek tadi kita potong kepada 2. Ini bermakna setiap satu keping itu akan bersaiz 10 x 5 inc setelah di potong 2.
Kemudian bolehlah anda sapukan krimnya yang sesuai. Ingat jangan guna krim yang lembut macam whipping cream, icing atau yang sewaktu dengannya.
Simpan kek dalam peti ais paling kurang 4 jam selepas di layer. Ini bertujuan untuk memudahkan kita menbentukkannya nanti.
Selepas 4 jam keluarkan dan bentukkan seperti bentuk bag yang kita inginkan. Ingat jangan besar sangat tau kek tu.. ia kena sesuai saiz edible image yang kita tempah.. dari segi panjang dan lebarnya. Kek yang ita buat ni bersaiz 8 inc panjang dan 3. 5 inc lebar.
Bila dah siap di bentuk simpan semula dalam peti ais selama 1 atau 2 jam
Kemudian kita keluarkan dan salutkan dengan ganache coklat. Ganache coklat ni kita kena buat ia likat ya. Guna resepi yang ita pernah kongsikan sebelum ini. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik sepenuhnya sebelum kita salut pada kek kita.

Proses menyalut ni agak lama. Ita salut 3 hingga 4 kali. Mula kita salut lapisan pertama, simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam, kemudian salut selapis lagi dan simpan lagi 4 jam, kemudian salut lagi dan simpan lagi 3 atau 4 jam salutan yang akhir kita kena pastikan salutannya betul-betul licin supaya bila kita letak fondant ia tak berlekuk-lekuk atau tidak rata. Bila dah salut licin ni kita biarkan dalam peti ais semalaman untuk ia betul-betul set. Ingat bukan letak dalam ruang beku tapi ruangan sejuk sahaja.

Bila dah siap, bolehlah kita mendeco.
Salutkan kek kita tadi dengan fondant. Pilihan dasar fondant ini kenalah sesuai dengan warna kek kita. Ita guna warna coklat untuk dasar fondant.
Kemudian ambil edible image dan lekatkan pada kek kita iaitu atas lapisan fondant tadi. Ok di sini kena hati-hati. Jika fondant kita tu dah basah tak payah letak gum ya.. sebab nanti ia akan berkedut-kedut dan buatkan permukaannya tak cantik pulak nanti. Tapi kalau ia kering.. letakkan sedikit gum fondant untuk melekatkannya.
Letaknya kemas-kemas. Kemudian potong lebihan edible image kemas mengikut bentuk kek.
Kemaskan pula bahagian sisinya. Susunan corak juga kena pastikan ianya sama supaya kek kita nampak kemas dan cantik bila dah siap nanti.

OK! sekiranya terdapat gelembung udara pada edible image kita, jangan panik atau risau.. ambil jarum dan cucuk-cuck atas edible image tu dan urut perlahan supaya anginnya keluar. Ia akan menjadi kemas semula. Tapi ingat jangan tekan kuat-kuat nanti coraktu tercomot pulak atau warnnya lari sikit buatkan ia nampak tidak cantik.



Bila dan siap, bolehlah kita masukkan asesori lain seperti zip, pocket, lapik bucu, tali tepi, tangkai dan lain-lain. Tapi anda harus peka bahagian yang mana yang anda harus mulakan dahulu. Biasanya kita kena mulakan pada bahagian yang besar dan kekemasan seperti tali bucu tu kita buat paling akhir iaitu bahagian kekemasannya nanti.

Bila dah siap bolehlah letakkan asesori seperti keychain, tag nama, mangga atau apa-apa yang sesuai dengan assesori bag tersebut.




Dah pun siap bag kita..
Mesti ada yang tak puas hati ni..
Ala.. tak aci.. tak aci.. kak ita tak ajar macam mana nak buat asesori dia..
hihi.. sebenarnya asesori ni semua ita buat sendiri aje.. guna tangan dan permerhatian ita pada sesuatu asserori.
Tulisan, zip dan bentuk jahitan pada bag tu anda boleh gunakan alat ni.


Ia biasa ada di jual di kedai jual bahan membuat kek. Harga pun tak mahal rasanya tak sampai RM 10 pun..
Ia ada tiga corak yang boleh kita bentuk seperti gambar di bawah.


Corak yang bergigi tu boleh bentuk jahitan
Yang bulat licin aje untuk kita buat line
Dan yang corank zig zag tu kita boleh buat untuk bentuk zip.


Mudah aje kan..
Lagi apa nak tanya..?
Tali bag pulak....?


Untuk tali bag dan  asesori sebaiknya buat awal sebelum kita mendeco kek.
Bahan yang kita perlukan untuk membuat tali ialah tiub getah yang kecil. Yang ni boleh beli di kedai jual barang hard ware.
Kita juga perlukan dawai yang agak kasar tapi masih lagi boleh di bentuk.
Potong dawai sesuai panjang tali bag
Potong pula tiub lebih pendek sedikit daripada dawai. Dawai ni kita nak masukkan dalam kek, sementara tiub itu sebagai tangkai bag kita. Jadi dawai tu biarlah panjang sikit lah kan..
Bila dah rasa sesuai... ( jangan lupa ukur pada kek supaya nanti tak nampak kek kita pelik pulak bila tangkai terlebih panjang atau terpendek pulak..!) Kita lilit kemas hujung tiub getah dan dawai dengan salotape. Satu tujuannya supaya ia tak bergerak-gerak dan mudah kita nak bentuk. Yang keduanya kerana dawai tu kita takut ia bahan kimia jadi kita balut lah dengan tape. Anda bolehlah guna tape lain jika anda rasa bersesuaian. Boleh guna plastik balut yang nipis tu.. pun boleh.
Bila dah sesuai, kita canaikan gumpaste untuk tangkai nipis dan panjangnya sama panjang dengan tiub. Tapi bila potong nanti lebihkan sikit ia dalam 1 inc untuk setiap panjang tepi.
Kemudian lipat
Lepastu kita bentukan jalinan jahitan dengan menggunakan alat yang ita tunjukkan kat atas tu
Kemudian kita potong kemas.
Ingat! tali bag ni kena buat 2 tau sepasang dan sama panjangnya
Bila dah siap lengkungkan dan cucukan atas polisterin supaya bentunya tak lari dan ia mengeras.
Ok dah pun siap boleh letak dekat bag kita


Kemudian bolehlah kemaskan dengan buckle, button, tali dan asesori lain yang sesuai.
Yang lain-lain asesori tu ita buat guna tangan je.. tak ada alat khusus pun..


Ita harap penerangan ita yang serba ringkas ini dapat membantu anda menyediakan sebiji kek bag idaman..
Selamat mencuba!


Terima kasih ya pada yang tempah kek ini..
Kepada Pn Aida selamat ulang tahun dari pada ita dan keluarga..
Kepada yang berhajat nak buat tempahan boleh hubungi 017 ~ 7279179
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja, tiada penghantaran untuk luar JB.
Tempahan hendahlah di buat sebulan awal
Terima kasih









43 comments:

Noura Aisya said...

So gorgeous!!!

rinduan citarasa said...

Allah..
Seriusssss kemasss.

Kak Ita u memang best

Salbiah Zakaria said...

Ya Allah.. menakjubkan.

Hazlina Mohamed Thani said...

Wahhhhhhh.... kagumnya ngan kak ita..... sangat2 kemas.... dah mcm handbag betul.... camner kak ita buat rantai keychain yg cenoit cenoit tu....

ain samadi said...

Subhanallah.. Haza min fadli Rabbi, tahniah akak kagum saya

ummiaisyah said...

lots of luv n million of tq 4 the effort to share ilmu ni kak Ita....

Mas Zull said...

assalamualaikum ita...ya Allah cantiknya...mmg mcm x caya tu adalah kek mmg sayanglah nak potong kek ni rasanya....terbaik la...;)

Sis Lin said...

Assalam Kak Ita..

Ya Allah sangat teruja dengan hasil tangan Kak Ita, sebelum2 ni pun sama juga, tapi ntah kenapa yang bag LV ni sangat memikat hati Lin...
Tahniah kak, sungguh berbakat besar Kak Ita ni...Moga Allah berikan kesihatan berpanjangan buat akak..

*Teringin satu hari nnti nak juga menempah dgn kak Ita...hehehe

ainzhoney said...

Ya Allah, cantiknya kek ni
X sampai hati nk mkn. Cantik sgt...

miss deed said...

Ya Allah..cantiknya k.ita.. macam real beg ni.. syg nk mkn klu mcn ni.. tahniah kak.. teruskn berkarya kak..

aima noor said...

Terbaik ...mcm beg betul...

Bbwana adienia said...

Serius cantik sangat Kak..mcm beg sebenar dan bukan kek..

KinaCakes said...

Serius cntik..kemas

Ku Marissa said...

Kak ita..you deserve my respect

Ndra Jamal said...

wah.. nampak perfect sgt..

fazianbatrisyia said...

Berbakat sgt...kagum dgn hasil yg sgt kemas.tahniah kak ita. terbaekkk

Cheq Sue said...

Tak sampai hati nak makan... lawa bebanor

Sakin Hani said...

terbaik la kak. kreatif sangat!

Suriya Majid said...

macam beg betul, teliti sungguh kerja nya...kalau dapat kat saya, mungkin jadi bag plastik..hehehe

Noriati Saud said...

Salute...rasa nak menangis tgk ketekunan Kak Ita..huhu

tahira corner said...

Speechless......

Qaseh Abadi said...

Cantiknya.. jelesnya tengok kak ita..Klu blh tempah kat kedah, memang nak tempah la wat kek hantaran..

AKU DAN KAMU

Miss arfisa said...

Ya Allah. Subhanallah. kretipnya kak.

lisa h. said...

Tergamam..sat
WOW!!!!
Awesome kek Azlita

Allene said...

cantiknya seni...

jamilah chewan said...

Subhanallah, cantiknya hasil keja tangan akak..

nurul taqiyah said...

Wow wiii..cantiknye..klu xde papan kek tu mmg igt beg betul dh..so real..mmg k.ita yg plng best..:-)

mR.KhAi said...

Subhanallahh.. cantiknya
entah bila la sya boleh hasilkan kek sebegini..
terima kasih atas ilmu dan perkongsian yang bermanfaat ni..

Zarina Ibrahim said...

lepas baca darimula hingga akhir termenung sekejap....memang tak terkata.....kagum betul dengan kerja seni puan....

Jeni Umi said...

Kagum sungguh.. Orang yg sabar je boleh buat mcm ni.

HomeKreation said...

Aslmkm Ita. Wow... mmg teliti kerja tangan Ita. Kena tekun & sabar baru dapat hasil spt ni. Along ni jenis nak yg cepat je....hehe.

An Ibrahim said...

Betul teliti kak ita ni..kagum sungguh..

Tinta said...

salam kak ita. kek yang dh disejukkan dalam peti ais semalaman perlu dibiarkan pada suhu bilik berapa lama sebelum cover dgn fondant? atau boleh terus cover dgn fondant? risau fondant akan jd terlalu basah kalau terus cover directly dr peti ais

Tinta said...

salam kak ita. kek yang dh disejukkan dalam peti ais semalaman perlu dibiarkan pada suhu bilik berapa lama sebelum cover dgn fondant? atau boleh terus cover? risau fondant akan jd terlalu basah kalau terus cover directly dr peti ais

Azlita Aziz said...

Salam Tinta, biasanya akak keluar peti ais terus akak balut dgn fondant. Akak canai dulu fondant tu saip2, kemudian keluarkan kek dan terus balut, dgn syarat kena buat cepat-cepat. Masa kek tu masih keras mudah untuk ratakan atas kek. tapi akak buat dlm bilik aircond. Jadi kek tu tak terpeluap.

Tinta said...

tq kak ita. kek yg dh siap seeloknya simpan dlm peti ais atau tak? pernah simpan dlm peti ais, bila keluarkan nk delivery mcm nk nangis tgk rupa fondant once kek mula meluap.

Nozie said...

Mula2 ingatkan gambar beg betul...bila scroll ke bawah...bawah...bawah... laa kek rupanya. MasyaAllah sungguh berbakat kak ita nih...teringin nak order tapi teman duduk luar JB. Selalu tgk kat web, kek org putih je yg pelbagai rupa...Malaysian pun boleh. Moga Kak Ita dpt hasilkan kek2 yg superb lagi lepas ni...

izyan ismail said...

salam kak ita.

saya minat betul dengan hasil kerja tangan kak ita.

keep up the good work!!!.

:)

Vera Wibawata said...

Thank you for detail tutorial !

Aida Nureen said...

assalamualaikum Kak Ita,

wow !!!....mmg kreatif ....klu saya tk makan kek ni, buat hiasan jer..

Tahniah Kak Ita...sy betul2 kagum dgn kebolehan kak ita..

* nak tumpang perasan jap sebab nama yang ditag ke atas beg tu, nama sama ....hihihi

mahsuri chan said...

boleh pinjam nk pakai p office boleh?

mahsuri chan said...

pinjm beg nk pakai p office boleh?

mahsuri chan said...

pinjam beg pakai p office boleh?

Powered by Blogger.