Follow if you like

Nov 7, 2014

Kelantan ku datang....


Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Nama 'Kelantan' dikatakan pencemaran daripada perkataan 'gelam hutam', iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan 'kilatan' atau 'kolam tanah'. Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.

Majoriti penduduk Kelantan adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Selebihnya adalah bangsa Cina, Siam dan Hindu. Tahu tak sepanjang ita berada di Kelantan.. atau seawal ita menjejakkan kaki ke Kelantan, ita tidak pernah lagi melihat kelibat orang India di Kelantan. Hingga bapa mertua ita pernah bergurau dengan anak-anak ita, " jika nampak orang India atuk bagi seghiya " melilau anak-anak ita mencari orang India.. tapi memang payah nak jumpa orang India di Kelantan ni.. hehe..





Orang Kelantan tidak cakap Kelantan, sebaliknya mereka ‘kechek kelate’. Bahasa Kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di Malaysia (selepas bahasa Sarawak, dan Sabah).
Bahasa Kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa Kelantan tidak dimatikan dihujungnya.
Contoh:
betina ~ tino (Ttee-nor)
berjalan ~ jale (Jjaa-ley)
bermain ~ maing (Mmaa-eng)
perbualan ~ buale (Bbua- ley)
pemerintahan ~ meritohe (Mme-ghi-toh-he)

Ita paling suka kalau dengar anak-anak kecil di Kelantan kecek Kelate sangat lucu.. sampai melopong mulut ita mendengar mereka bercakap.. 


Orang Kelantan adalah terkenal dengan sifat lemah lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.

Sungguh, ita melihat orang Kelantan memang sangat lemah lembut dan sopan butir bicaranya. Mak mertua ita sendiri sangat lembut orangnya dan bapa mertua ita pula seorang yang sangat lucu.

Tapi orang lelaki Kelantan ni bila mereka berada bersama dalam kelompok mereka, mereka cakap sangat kuat, kadang kita orang luar lihat macam mereka macam bergaduh.. tapi mereka sebenarnya bergurau senda.. Orang Kelantan sebenarnya sangat ceria dan peramah bila mereka sudah mula serasi dengan anda. Tapi kali pertama bila anda berjumpa anda pasti merasakan mereka sombong.. tapi sebenarnya mereka adalah golongan yang pemalu.


Orang Kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih daripada  sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah Kelantan tulin.

Selain budu, Kelantan juga terkenal dengan keropok. Rasanya tak Kelantan jika tiada keropok. Keropok juga antara buah tangan yang kerap di berikan selaian kain batik.

Orang Kelanatn juga tidak tahan pedas. Masakan mereka biasanya lebih manis daripada masakan negeri lain. Mereka juga cukup suka makan manis-manisan.


Orang Kelantan adalah orang yang suka berniaga dan suka berhijrah. Anda boleh lihat di mana-mana sahaja di Malaysia ini pasti ada orang Kelantan, hingga ada perkampungan Kelantan di Johor seperti di Kota Tinggi Johor. 

Jika anda ke Kelantan rata-rata mereka yang berniaga adalah orang perempuan. Pasti anda tertanya-tanya di mana orang lelaki Kelantan? apakah orang lelaki Kelantan malas atau tidak suka bekerja. Tanggapan anda silap, orang lelaki Kelantan biasanya melakukan kerja-kerja yang lebih berat, seperti menangkap ikan, bertani, berkerja di bendang, memukul batik, membuat wau, membuat kerja-kerja logam dan sebagainya. Perniagaan pula bagi mereka adalah kerja yang ringan dan sesuai bagi orang perempuan yang di katakan sangat lemah lembut dan mudah mengambil hati.


Wau bulan merupakan permainan tradisional masyarakat Kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di persisir pantai. Selain daripada faktor angin yang kuat, sebenarnya pada masa dahulu para nelayan tidak dapat turun ke laut jika angin kuat, oleh itu mereka menghabiskan masa terluang mereka dengan bermain wau.

Permainan wau ini masih lagi menjadi permainan anak-anak muda Kelantan hingga kini. Beginilah caranya anak-anak muda Kelantan mengisi masa senggang mereka.





Jika anda berada di Kelantan, anda tak perlu risau tentang makanan halal. Kerana semua makanan di Kelantan terjamin halal. Rata-rata penjual di Kelantan adalah orang Melayu dan beragama Islam.

Di Kelantan rata-rata perniagaan mereka tidak menggunakan matawang RM atau ringgit Malaysia. Sebaliknya mereka lebih selesa dengan sebutan Riyal atau sebutannya lebih berbunyi 'ghiya' dan syilling pula di panggil seke'leng. 50 sen tidak di panggil 50 sen sebaliknya di panggil 'samah'



Bagi mereka yang tidak tahu, orang Kelantan merupakan masyarakat yang paling mudah dibandingkan dengan masyarakat dinegeri lain apabila masuk kedalam bab adat resam dan perkahwinan. Ini adalah kerana mereka kurang atau hampir tidak berpegang kepada sebarang adat. Tidak seperti masyarakat di Negeri Sembilan yang kuat dengan Adat Pepatih dan berbagai-bagai lagi adat-adat di Malaysia. Orang Kelantan lebih kepada memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam Islam.

Masyarakat Kelantan tidak ada pantun ketika merisik aatau meminang , tiada bayaran tol semasa naik pelamin seperti orang Johor, tiada istiada bersanding, kenduri 3 hari 3 malam, pulut kuning, kek bertingkat-tingkat dan sebagainya. Ia bergantung kepada pasangan pengantin dan keluarga sekiranya ingin mengadakan adat-adat berikut tetapi ianya adalah tidak wajib, dan masyarakat Kelantan kebanyakkan lebih gemar kepada kesederhanaan.

Majlis perkahwinan mereka juga tiada nasi minyak atau makan khusus seperti Johor sebaliknya mereka makan nasi putih dan lauk gulai sahaja. Sangat ringkas dan tidak membazir.


Satu lagi yang anda perlu tahu tentang keistimewaan Kelantan. Orang luar tidak boleh membeli tanah di Kelantan, sebaliknya tanah di Kelantan hanyalah untuk anak Kelantan sahaja.

Penduduk di Kelantan juga di galakkan meniaga. Rata-rata anda boleh melihat budaya meniga sangat menebal di kalangan masyarakat Kelantan. Sepanjang jalan anda boleh melihat mereka menjual pelbagai perniagaan dari menjual hasil pertanian, kraf tangan, makanan, batik hinggalah kepada besi dan logam.

Sebenarnya ita berasa sungguh bangga bila berada di Kelantan, pertamanya kerana di sinilah ita dapat melihat ramai orang Melayu. Di sini jugalah ita melihat banyak orang Melayu yang mengusahakan perniagaan daripada geri tepi jalan hingga gedung-gedung mewah dan hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang.

Di sini jugalah ita dapat melihat rata-rata wanitanya yang memandu kenderaan dari kereta yang semurah kancil hingga sebesar Merz.

Ita juga sangat bangga bila melihat orang Kelantan memakai gelang tangan hingga ke siku.. hehe selain rata-rata orang Kelantan semuanya menutup aurat.

Yang paling membanggakan ita masjid dan surau mereka senantiasa penuh dengan jemaah dari sekecil kanak-kanak hingga mereka yang telah berbongkok 3. Sungguh bangga rasanya bila ita terpilih menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=49425






14 comments:

Yu Yun said...

adoiii kak ita....cantiknya gambar2 tu :)

idzwa kamaruddin said...

seronok nyer baca blog ni!

CiK Nik @ keNek :) said...

tetiba terus rindu nak balik kampung...sedangkan baru deepavali hari tue balik kampung..haih!

nasa mulia said...

saya pun menantu orang kelantan kak...hehehe

Granny Hani said...

Salam dik, terima kasih kerana n3 yg menarik ini.fakta yg tepat dan foto yg menarik. Rasanya tulisan ini mewakili majoriti cara hidup 'ore kelate' tapi bukan semua 'ore kelate'..Syabas.
Cuma satu dik, dl, kamus ore kelate tak dok istilah pemerintah/ merintahe...hehehe
Acu tanyo ore lain mano tau demo tu beso denga ..

ameris said...

bangga kejap. saya orang kelantan tulen. suami bunut payung, saya pulak dari lundang... tp menetap di KL skrg.

muhaini said...

Kudos Ita!! Blog yg jitu dan foto2 yg hebat.

timm bill said...

timm xsampai g kelntan kak ita..hehe..

Hani Sah said...

bangga saya jadi org kelate, tahniah puan saya suka membaca

Baiti Jannati said...

Tima kasih k.ita..sy bangga jd anak kelate.even ank kelate merantau merata ceruk malaysia..tp time raya..tetap balik kelate..hehehe

pau said...

Saya org muo...dulu saya x suke org klate....sekali tok laki dr klate....hehehe

fazianbatrisyia said...

sy suka jugak pegi Kelantan..best. macam2 boleh beli

lala sufy said...

Buat duit percuma tnpa modal 1 sen pn..
http://peruserpaid.com/?ref=4307

lala sufy said...

http://peruserpaid.com/?ref=4307

Powered by Blogger.