Follow if you like

Nov 7, 2014

Kek Buah Kukus jimat masa.. cepat, mudah dan ringkas..


Kek buah kukus lagi.. kali ini buat khas untuk ibu mertua ita.
Sebenarnya ita buat kek ini sebelum ita pulang ke Kota Bahru minggu lalu. Semasa ita pulang dulu, ibu mertua ita ada menyatakan keinginannya untuk menikmati kek kukus buah. Pada masa itu sudah kesuntukkan masa untuk ita membuatkan untuknya. Lagi pula di Kelantan ita tidak tahu lagi di mana ita nak dapatkan bahan-bahan untuk membuat kek. 

Keinginan ibu mertua ita untuk merasa kek buah pernah di suarakan oleh adik ipar ita pada hari raya puasa yang lalu. Pada masa itu ita terlalu sibuk dengan tempahan kek dan biskut raya hingga ita tak sempat nak kirimkan kek kukus buah ni. Bila pulang kali ni, ita terus buatkan kek yang dah lama di idamkan.



Suka sangat ibu mertua bila dapat kek kukus ni. Ibu mertua ita ni bila dia suka sesuatu dia akan simpan. Sayang nak makan katanya.. kalau makan pun dia makan sikit-sikit.. maklumlah benda susah nak dapat.. tu yang dia sayang tu..

Kek ni resepinya sama seperti resepi yang ita pernah kongsikan sebelum ini cara dan kaedah membuatnya. Cuma kali ini ita cuba resepi yang ori dari tuan punya resepi asal. Rasanya lebih sedap.. kalau yang sebelum ini resepinya banyak yang telah di kurangkan sana sini.. maklumlah telah berpindah tangan dari satu tuan kepada tuan yang lain..


Jika nak tengok cara membuatnya boleh rujuk  di SINI
Tapi kali ini ita buat dalam bekas aluminium dan masa memasak dapat di kurangkan. Banyak jimat masa... Jika selalu di kukus 3 atau 4 jam tapi bila memasak dalam bekas aluminium ini ianya hanya mengambil masa selama 1 jam 1/2 hingga 1 jam 45 minit sahaja. Nampak tak banyak sungguh perbezaan masa yang dapat di jimatkan. Keknya pun lebih moist dan warnanya sedikit cerah dari yang pernah ita buat sebelum ini.


Untuk satu adunan ni dapat di muatkan dalam 3 bekas aluminium bersaiz 7 1/2 X 3 1/2 inc ini. Ita bakar dia sekali gus 3 bekas sekali dalam satu kukusan. Dengan masa mengukus hanya 1 jam 45 minit sahaja.

Bila masak dalam bekas aluminium ni memang sangat mudah, cepat dan ringkas. Di samping itu juga mudah untuk kita hadiahakan pada kawan-kawan atau saudara mara. Boleh di jadikan sebagai buah tangan juga. Bagi mereka yang berniaga pasti lebih seronok kerana mudah untuk di jual. Kadang customer tak nak banyak, sebab mereka biasanya nak merasa sahaja, kalau banyak nanti tak habis pula. Jadi untuk lebih mudah bolehlah buat dalam bekas aluminium ni.. harga pun boleh di kurangkan sikit.. dan mudah untuk di jual. Bukan itu aje mudah juga untuk di potong.. dan dapat jimatkan bahan api.. ^_^

Satu lagi yang ita ingin kongsikan di sini ialah, kali ini ita meletakkan black triacle iaitu perasa caramel atau gula hangus. Ianya adalah atas saranan Rahil Rasli . Terima kasih Rahil memang sedap kek ni bila di tambah Black Triacle, baunya lagi harum dan membuka selera. Black Triacle ni anda boleh dapatkan dari kedai jual bahan kek. Ia dalam bentuk cecair berwarna hitam seperti vanilla juga. Jika tak tetera nama Black Triacle mereka akan tulis mix fruit essence. Untuk aroma yang lebih memikat lagi kata Rahil, anda boleh gantikan esen vanilla dengan esen lemon. Ita suka vanilla sebab esen vanilla ni baunya power sebab ita beli dari Chef Amer. Perasa buah pala pula boleh gantikan dengan cinnamon powder. Kali ni dua-dua ita tak letak sebab ita tak sukakan kedua-dua bau bahan ini dalam kek. Kalau anda suka anda boleh letakkan pasti lebih walla.. lagi kek anda.


KEK BUAH KUKUS
Resepi Oleh : Chef Zubaidah Chepa
Daripada Koleksi buku : Steam Cake
Terbitan : One Publisher
Rujukan : Kamilla Ibrahim

Cara membuatnya nanti rujuk di SINI ya..

Bahan A

340 gm gula pasir
200 gm mentega ~ 1/2  bergaram salted dan 1/2  lagi tidak bergaram unsalted
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 gm air panas

Bahan B

350 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh  cream of tarta
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah ( boleh gantikan esen lemon)
1 sudu teh black triacle ~ ita tambah
1/2 sudu teh serbuk pala atau 1/2 sudu teh serbuk cinamon ( jika suka)

Bahan C

3 biji telur gred B



Mula-mula kita sediakan dahulu bahan A. Proses membuat bahan A ini adalah sama seperti proses membuat gula hangus.
Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair.

Mentega pula ita gunakan 1/2 bahagian tu mentega bergaram salted dan 1/2 lagi yang tidak bergaram unsalted ini untuk menghasilkan rasa lemak pada kek.

Masukkan gula dalam periuk atau pan leper. Panaskan dan cairkan gula hingga perang, jangan sampai hangus ya nanti kek anda akan pahit. Gunakan api yang kecil sahaja.
Bila gula dah mula cair keperangan, tuangkan air panas. Berhati-hati semasa menuang air kerana ia akan merecik. Kacau rata hingga tiada ketulan gula.
Masukkan pula mentega dan biarkan ia mencair
Masukkan pula buah-buahan campuran dan masak hingga ia mendidih dengan api perlahan.
Bila dah mendidih tutup api dan biarkan ia sejuk atau suam.

Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering kita ni suam, bolehlah kita ayak dahulu bahan-bahan kering.
Campurkan tepung, soda, tatar, serbuk pala atau serbuk cinamon ( jika di gunakan ) kemudian di ayak.
Masukkan bahan ayak kita ini ke dalam adunan buah-buahan tadi sedikit-sedikit dan gaul rata.
Ketepikan
Dalam bekas lain pula putar telur hingga berbuih. Anda boleh gunakan blender juga untuk memutar telur.
Kemudian tuangkan telur ke dalam adunan tepung dan buah-buahn tadi.
Masukkan juga esen vanilla dan  black triacle. Gaul rata


Sediakan 3 bekas aluminium bersaiz 7 1/2 X 3 1/2 inc
Sapukan butter di dalamnya.
Tuangkan adunan dalam ketiga-tiga bekas sama banyak
Tutup bekas dengan aluminium foil
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya
Masa mengukus antara 1 jam 1/2 hingga 1 jam 45 minit.
Bila dah masak, tutup api dan biarkan kek sekejap dalam kukus selama 10 ~ 15 minit, kemudia baru keluarkan.
Tunggu kek hingga benar-benar sejuk sebelum di potong.
Kek ini semakin lama di simpan semakin enak rasanya.






15 comments:

Aisyah said...

Salam ita..kalo jual berape ringgit ni?..dengan posting cost sekali

Gee® said...

Mabelesnyaaa....angkut resipinya yer Ita....

Bicara Kak Noor said...

assalamuialaikum ita, akak pun nak copy resepi jugak suatu hari tak busy nak try ni pasti sedap. thanks Ita sudi kongsi resepi ya

Kak Nita said...

Salam kak ita,

teringin la...nak try resepi jugak nnt.

terima kasih.

Masliza Mohamed said...

Saya suka kek buah kukus. Tapi susah sangat nak jumpa yang sedap...insyaAllah nak cuba resepi Kak Ita...mesti sedap :)

ana said...

Terima kasih share resepi mudah ni. Selalu akak buat yg kukus 4jam tu. Mmg la sedap tp nk tunggu punya la lama. Senang sgt cara ni. In syaa Allah kak nk cuba nti. Tq ita...

mimie said...

assalammualaikum kak ita....
nak cuba jugak.... :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, kak Ita..
sy dah kecurrrrrrrrrrrrr ni
dah ada label tu.. jual tak??
mak sy peminat kek kukus buah tapi sy ni malasnya bab nak mengukus tu sebab kukus sy comel lote jer saiznya.. huhu

Amie said...

Tq for sharing ye Ita yang manis!

fazianbatrisyia said...

kegemaran sy, hb & family. terima kasih sharing tips

KG said...

Tq Ita, dah lama i tak try your recipes!

Rozie Zetty said...

Salam kak....cara kukusnya mcm mana......pakai pengukus biasa atau cara Rendam

Shanini Sukeri said...

Assalamualaikum
Butter tu mmg dikurangkan ke? Resepi Sebelum ni 250 gm. Dan satu lagi,
Klu gantikan gula kastor dgn gula perang sama sedap.tak?

Noriah Ibrahim said...

Hari ni baru sempat nak try resepi kak ita... dah lama sangat dok simpan resepi ni.. x sabar nak tgk hasilnya hihi

Nani said...

Assalamualaikum kak Ita. Mmg sgt sedap resepi ni. Sy try utk raya thn ni.. tkasih atas perkongsian dan panduan

Powered by Blogger.