Follow if you like

Nov 17, 2014

Ikan Kerisi Masak Sos Tiram


Setiap kali bersembang dengan Sara, kawan ita.. Kami sering berborak mengenai hidangan yang mudah dan ringkas untuk di hidangkan kepada keluarga. Maklumlah kami sekarang cukup sibuk.. Walaupun suri rumah.. ita sibuk dengan tempahan kek.. Sara pula sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Dalam masa yang sama kami juga memikul tanggungjawab penting iaitu menguruskan keluarga. Sesibuk manapun dapur perlu berasap. Mujur suami dan anak-anak tak berapa cerewet bab makan. Apa sahaja yang di masak mereka akan menikmatinya dengan penuh berselera sekali.


Ita cukup suka bersembang dengan Sara. Banyak resepi yang mudah dan ringkas yang di kongsikan kepada ita. Terutamanya menu istimewa hidangan masyarakat India yang di gemari juga oleh orang Melayu. Sara cukup cekap di dapur. Tangkas dan pantas dia memasak dan menyediakan hidangan. Bukan itu aje.. cara dia melayan kami sekeluarga makan, sangat membuatkan ita cukup terharu..

Hari ini sekali lagi ita kongsikan resepi mudah dan ringkas yang dikongsikan Sara. Menurut Sara, bila dia tak cukup masa, hidangan inilah yang di hidangkan untuk keluarganya. Hidangan ini juga merupakan hidangan ringkas dan mudah yang menjadi kesukaan Sara dan keluarganya.

Memang resepi ini mudah dan ringkas. Ianya juga sedap di makan dengan nasi hangat. Kata Sara lagi, lauk ini sesuai di gandingkan dengan ikan kerisi, ikan kembung, siakap atau ikan senangin. Hari ini ita masak menggunakan ikan kerisi. Berselera kami menikmati hidangan kami.. Terima kasih Sara..


IKAN KERISI MASAK SOS TIRAM
Resepi Oleh : Sara

2 ekor ikan kerisi ~ siang , cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng hingga keemasan, angkat dan ketepikan.

3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ hiris halus
5 tangkai cili padi ~ hiris halus  boleh kurangkan atau tambah mengikut kesesuaian kepedasan
daun sup dan daun bawang di hiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tauco ~ cuci dahulu
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga harum
Masukkan sos tiram dan air asam
Kemudian tambahkan tauco
Biarkan ia merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan ikan dan daun sup dan daun bawang
Tutup api dan angkat
Hidangkan dengan nasi hangat.




6 comments:

Gee® said...

Mmmm...memang menyelerakan... mabeles!!

Eny Abdullah said...

adusss sedapnya kak ita, makan dgn nasi putih panas panas ni mmg layan je kan...

Mas Zull said...

assalamualaikum ita...sedap ni...:)

Qaseh Abadi said...

ikan kerisi tu ikan merah kan.. Hurm memang mudah ja tengok resepi tu.. Nanti kalau try buat harap sedap la.. huhu..tambah lagi koleksi resepi(koleksi ja kumpul, masak ntah bila)..

AKU DAN KAMU: SUAMI CURANG HANYA KERANA ISTERI HILANG KESERIANNYA..

Rosdi Eunos said...

ikan kerisi ni memang favourite saya .. housemate saya selalu masak macam ni, tapi dia panggil ikan kerisi masak taucu.. caranya lebih kurang .. hmmmm malam malam mcm ni lapar la pulak bila tengok gambar ni

Arina Yusof said...

saya baru try tadi. memang sedap.

Powered by Blogger.