Follow if you like

Oct 30, 2014

Pucuk Manis dan Keledek Unggu Masak Lemak Kacang Hijau


Hari ini ita masih lagi dengan menu kampung yang tak pernah jemu-jemu di nikmati seisi keluarga. Kali ni ita masak pucuk manis pulak. Pucuk manis ni ita masak lemak putih dan ita tambahkan keledek unggu dan kacang hijau.

Ada macam-macam cara sebenarnya nak memasak pucuk manis ni, tapi kebiasannya di masak lemak kuning atau putih sahaja. Ada yang meletakkan keledek oren yang menjadikan kuahnya bertambah manis. Ita pula guna keledek unggu, cari keledek oren tak ada.. unggu pun unggu lah janji boleh di makan.





Ita ikut cara emak setiap kali mak masak pucuk manis atau sayur turi mak letakkan kacang hijau. Kuahnya akan terasa lebih enak lagi..
Bila masak lauk pucuk manis ita kerap kali teringatkan emak. Emak ita cukup suka masak pucuk manis. Kebetulan emak menanamnya di tepi rumah, mudah aje lah kan kalau teringin nak makan. Pada masa itu ita tak berapa suka lauk ni.. jadi setiap kali mak masak lauk pucuk manis atau turi, mak akan suapkan ita.. kerana emak tahu kalau biarkan ita makan sendiri.. pasti ita tak makan.. hihi

Tapi sekarang ni ita cukup suka lauk kampung.. semuanya kerana pengaruh dari suami yang suka makan masakan kampung.. ^_^

Kali ni ita masak kurangkan santan, maklumlah dalam proses menjaga kesihatan. Tapi dalam satu artikel yang ita baca, bukan masalah santan yang menyebabkan obesiti.. tapi pengambilan makanan yang tanpa limit.. makan tak menentu masa dan makan dengan cepat juga boleh mengundang masalah obesiti.

Ala.. tak bestlah cerita pasal obesiti.. buat kacau mood yang tengah berselera nak mengadap hidangan kampung ni..
Tak nak cakap banyak kita terus sahaja pada menu hidangan untuk hari ini


PUCUK MANIS DAN KELEDEK UNGGU MASAK LEMAK KACANG HIJAU

Sayur pucuk manis secukupnya ~ ambil daunnya sahaja cuci bersih
1 batang serai di ketuk
1/4 cawan kacang hijau ~ di rebus hingga empuk ( optional )
2 biji keledek oren atau unggu ~ buang kulit dan potong dadu sederhana besar
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1 batang lada merah ~ di hiris
garam secukup rasa

Bahan kisar

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
2 sudu besar ikan bilis

Kacang hijau di rebus dahulu hingga empuk, angkat dan toskan
Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan kisar hingga harum
Masukkan santan cair dan keledek , masak lagi hingga keledek empuk
Pucuk manis di ramas sedikit dan masukkan dalam periuk
Masukkan juga kacang hijau.
Masukkan santan pekat dan senantisa di kacau supaya santan tak pecah
Perasakan dengan garam
Taburkan cili dan sedia di hidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan.






3 comments:

idzwa kamaruddin said...

sedap nyer...

nasa mulia said...

teringat kat mak saya jugak...suka masak sayur kacang hijau dengan labu siam, terung, betik muda dan apa2 aja lagi jenis sayur dia gandingkan dengan kacang hijau tu...

fazianbatrisyia said...

Oooo...x pernah pula cuba dgn kacang hijau. tau utk bubur je...@ kuih muih

Powered by Blogger.