Follow if you like

Oct 31, 2014

Oh Anna Oh Elsa.. demam yang belum kebah..


Lama rasanya ita tak kongsikan kek tempahan kan..
Sebenarnya ita cuti.. banyak sangat hal yang tak dapat di elakkan. Bila semua perkara dah selesai bolehlah ita jalankan rutin ita seperti biasa.

Bila dah lama tak buat kek.. mood pun ke laut jugak.. hihi





Ok hari ini ita kongsikan kek tempahan hari ini. Masih lagi dengan tema Frozen. aiii... masih tak kebah-kebah lagi demam frozen ni kan..
Suka betul kanak-kanak dengan karektor Anna dan Elsa ni.. Hingga anak saudara ita.. Sufi pun... baru aje 2 tahun tapi hari-hari nak pakai baju Frozen.. nak pakai baju princes katanya.. alahaaiii... sufi.. sufi.. rindu pulak dengan sufi.. ^_^


Ita ni kadang sampai dah tak de idea nak mengayakan kek Frozen ni..  Nasib baik kali ini tuan empunya ada sertakan gambar untuk ita buat rujukan. Ita adalah ubah dan tambah sana sikit situ sikit.. sebabnya tak mahulah sama sebijik dengan kek asal.. nanti tuan empunya kek asal marah lah pulak! tapi kadang bila ada yang berkenan dengan hasil kerja tangan kita.. bermakna ianya satu penghargaan buat kita juga.. Ia juga menandakan hasil kerja tangana kita di sukai.


Kek ni dalamnya adalah kek rainbow.
Di lapisi dengan cream cheese frosting untuk layer setiap lapisan kek
Coatingnya buttercream dan di balut pula dengan fondant.
Kek ini full fondant dengan di hiasi figurin Anna dan Elsa yang di buat daripada gumpaste
Pokok tu ita buat dengan kon ice cream yang ita balut dengan gumpaste untuk daunnya.
Gunung di belakang tu juga dari gumpaste.
Tulisan nama menggunakan acuan abjad yang anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek atau boleh juga dapatkan dari online.


Selamat ulang tahun kepada adik Izz Zahra, semoga membesar menjadi anak yang solleh.. berjaya di dunia dan di akhirat. Terima kasih juga kerana tempah kek dengan auntie, semoga Zahra suka kek yang auntie sediakan ini.


Kepada yang ingin membuat tempahan anda boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan hanya untuk sekitar Johor Bahru sahaja.
Tempahan perlu di buat 1 bulan awal.





6 comments:

norlida kamaruzaman said...

salam kenal..

comel je kek ni..:)

btw, jemput singgah blog saya http://idanas.blogspot.com ^_^

mrs.zairi8687 said...

salam kak ita...
nak tanye..
kak ita salu beli bahan baking kat mane ea area jb nih?

tq kak ita..=)

Eny Abdullah said...

Salam kak ita, mmg comel sgt kek kak ita buat ni.. creative!!
saya nak tanya, props kak ita guna untuk lighting. Selain guna cahaya semulajadi, kalau hari mendung dan shoot di waktu malam, apa props lighting yang kak ita guna.. harap dapat kongsi ye... terima kasih

Jom baca blog saya , follow dan saya follow balik
http://enyyusnizar.blogspot.com/

fazianbatrisyia said...

Cantiknya....

Faha Wan said...

Comelnya..suka tgk hasil keje kak ita..nak mkn pun syg tau..cantik sgt!!

myfreshvita.com

nor hayati abdul halim said...

xdak yang tak cantik hasil tgn kak ita ni...terpesona
yatishaklee

Powered by Blogger.