Follow if you like

Oct 7, 2014

Mee Siam Berkuah


Mee Siam Berkuah adalah resepi dari masyarakat Cina Peranakkan atau Baba dan Nyonya. Resepi ini cukup popular di Singapura, Melaka dan di Johor Bahru.

Mee Siam berkuah adalah mee hoon goreng yang di makan bersama kuah khas yang di masak bersama tauco. Menurut Chef Florence Tan, jika mee siam goreng itu tidak berkuah maka ia tidak di namakan mee siam sebaliknya di panggil mee hoon goreng sahaja. Bila berkuah barulah di namakan mee siam.




oo... rupanya ada beza juga ya antara mee hoon goreng dan mee siam. Kalau mak ita, setiap kali menyediakan mee siam pasti ia akan di sertakan dengan kuahnya. Biasanya kuah yang mak sediakan agak pekat, berbanding kuah yang di jual di kedai yang agak cair seperti sup.

Menurut Chef Florence Tan lagi, semasa mengoreng mee siam, jangan di putus-putuskan.. kalau di putus-putuskan.. pendek umur katanya... hihi.. mungkin itu hanyalah petua orang lama.. Kalau kita biasnya sering di putus-putuskan supaya mudah nak makan tak lah panjang berjela-jela mee dan terbelit di anak tekak nanti.. ^_^


Kalau anda di Johor Bahru dan teringin nak merasa mee siam berkuah yang sedap anda boleh lah singgah di Kampung Melayu berhadapan dengan sekolah agama kalau tak silap ita, di situ ada deretan kedai menjual sarapan pagi dan ada menjual mee siam berkuah. Mee siamnya cukup laku.. kalau lambat datang pasti dah kehabisan dan menggit jari sahajalah nampaknya..

Bagi anda yang tak berpeluang datang ke Johor Bahru, jangan risau.. ita akan kongsikan resepinya. Resepinya juga cukup mudah dan simple. Ia boleh di hidangkan sebagai sarapan pagi, untuk majlis keraian atau juga sebagai hidangan untuk menyambut kedatangan tetamu di rumah.


MEE SIAM BERKUAH

500 gm mee hoon ~ di rendam sebentar hingga lembut dengan air biasa sahaja
Sedikit daun kucai ~ di potong 1 inc
1 mangkuk taugeh
1 biji cili merah ~ di hiris
4 biji telur di rebus
3 keping tauhu ~ di goreng dan di potong dadu
10 ekor udang basah ~ di buang kepala
garam dan gula secukup rasa
1 keping aiasm keping
1 cawan tauco ~ cuci bersih untuk hilangkan masinnya dan ramas-ramas hingga halus
1/2 cawan kacang tanah ~ di goreng dan kisar ( jika suka )
sedikit gula melaka

Bahan Kisar

8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 sudu besar udang kering
sedikit belacan jika suka

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Ambil 2 senduk dan larikan untuk membuat kuahnya.
Kemudian masukkan udang, dan goreng rata
Masukkan mee  hoon yang kita dah rendam tadi, tapi tapis dahulu untuk membuang airnya
Kacau mee rata hingga bersalut dengan rencah
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan tauhu, daun kucai , taugeh dan cili merah
Angkat dan ketepikan


Dah pun siap mee kita, sekarang kita sediakan pula kuahnya


Dalam periuk, masukkan rencah yang kita dah larikan dalam 2 senduk tadi
Panaskan semula
Tambahkan air secukupnya
Masukkan asam keping dan sedikit gula Melaka
Masak hingga kuah mendidih
Bila dah mendidih masukkan tauco, kacang tanah, garam dan gula secukup rasa
Kuahnya mesti ada rasa masam manis.
Bila dah masak boleh lah di hidangkan


Kuah pun dah siap, sekarang bolehlah kita hidangkan. Bagaimana cara nak hidangkannya.
Masukkan mee hoon ke dalam mangkuk, curahkan kuah di atasnya hingga banjir..
Taburkan bawang goreng jika suka, enak di makan bersama telur rebus dan perahkan limau kasturi untuk rasa yang lebih asyik!




7 comments:

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Terima kasih share recipe kuahnya. Akan di cuba bila masa lapang nanti.

adda syuhada said...

yummy...

Gee® said...

Nampak menyelerakan... teringin nk mencuba... TQ Ita kongsi resepinya...

Shanini Sukeri said...

Sedapnya....padanlah kecik2 dulu...mak2 kt kg suka sebut mee siam..ini dia rupanya...
Mohon share tau...nyum, nyum...

Muhammad Nizam said...

Tq sharing... menyelerakan

Aina Adam said...

Telur rebus tu nmpak menarik. Hehe

Athirah najiha said...

lamanya xmakan.........huhuhu

Powered by Blogger.