Follow if you like

Oct 2, 2014

Mee Rebus Hj Wahid Special walla....!


Jika singgah di Johor kalau tak pekena Mee Rebus Hj Wahid memang ruginyaaaaa....
Bila dah rasa sekali pasti nak lagi.. hingga terbayang-bayang dalam mimpi tau!

Keunikkan Johor kerana makanan di sini sedap-sedap belaka. Salah satunya Mee Rebus. Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana. Satu lagi kedainya di uruskan oleh anaknya terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin baru tu.. tapi yang tu ita tak pasti ada lagi tak sebab dah lama ita tinggalkan Taman Rinting.. dah lama tak makan kat situ. Selain mee rebus, kalau kat kedai anaknya di Taman Rinting tu.. Nasi Ayam dia pun sedap! gi lah cuba..




Kalau makan mee rebus ni tak cukup sepinggan tau! tapi kadang segan pulak nak tambah.. hihi malu orang nampak.. adoiii... akak tu.. kuatnya makan... ngeeee....
Biasa ita bungkus, tapi kalau makan kat sana lagi sedap, sebab panas-panas. Yang specialnya mee rebus Hj Wahid ni cara bungkusnya pun unik.. ! gilah beli bungkus.. dan tengok macam mana dia bungkus. Semua tempat yang jaul mee rebus Hj Wahid bungkus dengan cara dan kaedah yang sama.. itulah keistimewaannya Mee Rebus Hj Wahid yang menjadi bualan ramai..

Ala... kesiannya bagi yang tinggal jauh.. tak dan nak turun Johor.. tapi nak sangat merasa.. Pulak tu anak dalam perut tu.. adoii.. dah tendang-tendang dah nak rasa mee rebus Hj Wahid.. kalau kempunan ada pulak keluar karang mengences air liur... ala.. kesian pulak..

Tak pe... jangan sedih-sedih ya.. hari ini kak Ita dengan baik hatinya amboiiii.... ^_^ sudi berkongsi dengan anda semua bagaimana nak masak mee rebus Hj Wahid dan yang istimewanya macam mana nak buat keriuk-keriuk udangnya yang membuatkan Mee Rebus ni special sangat..

Uiii... dah tak sabar tu kan...  Jom kita lihat bahan-bahan yang kita perlukan..



MEE REBUS ALA HJ WAHID
Resepi Oleh : Resepi Makanan

Bahan-bahan untuk resepi ini adalah untuk 2 kg mee kuning. Boleh makan ramai. Jika keluarga tak ramai ita cadangkan buat 1/2 daripada bahan dan anggaran untuk 1 kg mee kuning.

2 kg mee kuning
1/2 kg daging / tetel / tulang ~ daging dan tetel di hiris. Kemudian rebus dahulu hingga empuk. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Air rebusan jangan buang, boleh di masukkan dalam kuah nanti.
4 biji keledek sederhana besar ~ sebaiknya keledek oren kerana rasanya manis dan membuatkan kuah kita berwarna oren. Keledek ni kita rebus dahulu dengan air dan secubit garam. Bila dah empuk kisar halus. Jika tak ada keledek boleh gantikan dengan kentang. Ita guna kentang.
1 cawan tauco ~ tauco ni kita cuci dahulu kerana tauco ni dia masin. Kemudian di kisar halus.
1/2 cawan udang kering ~ udang ni di rendam dahulu , kemudian di kisar halus. Jika ada udang pepai, udang kertas atau udang putih yang kecil boleh tambah sekali dan kisar. Supaya kuah lebih manis dan enak.
3 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
1 inc halia ~ di kisar
1 inc lengkuas ~ lengkuas boleh kisar sekali jika suka kalau tak suka rasa lengkuas yang kuat boleh hiris atau ketuk sahaja
3 batang serai ~ di ketuk perdunya
5 sudu makan rempah kari daging
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Ita tambah 2 keping asam keping.
Ita juga tambah cili kering dikisar untuk rasa pedas


Sediakan bahan-bahan untuk kuahnya terlebih dahulu. Bila dah sedia bolehlah kita mulakan proses memasak kuah mee rebus.


Mula-mula kita panaskan minyak dalam periuk.
Bila minyak dah panas kita tumiskan serai dan lengkuas. Ita dah kisar sekali lengkuas bersama bahan kisar jadi ita tak masukkan lengkuas dlm gambar.
Kemudian kita masukkan bahan kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan serai bagi mereka yang kisar sekali lengkuas.
Tumis hingga ia naik bau harum dan terbit minyak.
Bila dah terbit minyak, masukkan udang yang kita dah kisar halus tadi. Ita kisar sekali bersama udang pepai.
Kemudian masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
Sekarang kita masukkan rempah kari. Ita suka masukkan terus rempah kari. Anda boleh campurkan rempah dengan air dan jadikan pes. Kemudian masukkan. Goreng sampai garing. Jika terlalu kering tambahkan air. Boleh gunakan air rebusan daging.
Bagi mereka yang suka pedas boleh letakkan cili kering yang di kisar. Ita tambahkan cili kering kisar sedikit. Dalam resepi tak ada cili kering.
Masak lagi hingga cili betul-betul garing.
Sekarang kita masukkan tulang, bagi yang menggunakan tulang. Kalau guna daging dan tetel boleh masukkan daging dan tetel. Kak campur sekali daging, tetel dan tulang pun boleh.
Jika guna daging batang pinang, boleh masukkan terus tanpa di rebus. Daging batang pinang ni lembut kalau kita rebus nanti dia hancur.
Tambahkan air dan masak hingga mesra dan daging empuk.
Bila daging dah empuk, masukkan tauco yang kita dah kisar.
Masukkan juga keledek yang kita dah kisar. Ita guna kentang dalam resepi ini.
Bila dah siap bolehlah peraskan dengan garam dan gula. Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana tauco dah masin. Ita tambahkan gula Melaka kerana ita suka kuah yang rasanya lemak. Ita juga tambahkan asam keping. Dalam resepi tak menggunakan asam keping. Gula kena banyak ya sebab kuah mee rebus sedikit manis tapi bukan terlalu manis ya..
Renihkan sekejap kuah hingga sedikit pekat


Dah pun siap kuah mee rebus kita.
Mee rebus Tuan Hj Wahid special kerana di makan bersama keriuk-keriuk yang rangup atau kerupuk udang yang rangup. Sekarang kita sediakan pula kerupuk udang.

Resepi yang di kongsikan hanya menggunakan tepung gandum. Jika guna tepung gandum sahaja, ia tak akan rangup dan jadi macam jemput-jemput pulak. Sedangkan jika kita makan di gerai Hj Wahid kerupuknya sangat rangup dan itu yang membuatkan mee rebusnya lain dari yang lain. Untuk menambahkan kerangupan, ita ubah sedikit resepi dan tambahkan tepung beras, supaya kerupuknya rangup. Jom kita lihat resepi


KERUPUK UDANG

1/2 cawan udang kering ~ rendam dan kisar
1/2 cawan udang pepai
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu teh kunyit serbuk
1 biji telur
secubit garam


Dalam gambar ni ita lupa pulak nak masukkan udang pepai dan telur. Ok tak pe...
Udang tu kita rendam dan kisar halus. Udang pepai tak payah kisar.
Satukan semua bahan dalam bekas. Gaul rata hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.


Kemudian panaskan minyak. Minyak kena betul-betul panas supaya kerupuk tidak mernyerap minyak yang banyak. Bila dah panas bolehlah coreng. Cara gorengnya macam kita buat keriuk-keriuk masa goreng pisang. Kita boleh titik-titik ( drop) terus dalam minyak dengan menggunakan sudu. Jangan banyak-banyak, kalau banyak jadi jemput-jemput pulak. Dia sikit-sikit. Satu lagi boleh seletkan tepi kuali nipis-nipis. Kemudian simbah dengan minyak sikit-sikit bagi dia jatuh dalam ninyak. Ikut lah mana-mana cara dan kaedah yang selesa.
Bila dah garing angkat dan toskan minyaknya.
Bila dah sejuk masuk dalam bekas tertutup supaya dia senantiasa rangup. Nanti bila nak hidangkan baru tabur atas mee. Kruk... kruk.. rangupnyaaa..

Dah pun siap keriuk-keriuk rangup udang. Sekarang kita lihat pula bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee rebus ni.


Mee ~ Bahan utamanya mestilah mee kuning. Mee ni kalau Hj Wahit dia rebus mee ni untuk sepingan-sepingan yang nak makan. Kalau kita kat rumah nak makan untuk sekali hidang boleh rebus atau celur sekilo terus.

Taugeh ~ Taugeh ni buang akarnya dan celur, kejap aje celur.

Tauhu ~ kalau makan kat Hj Wahid tak pernah jumpa tahu. Tapi kalau makan sendiri letak tahu baru sedap! Tauhu ni kita goreng dahulu, lepas tu potong dadu.

Telur ~ Telur ni kita rebus, kemudia belah 2, kalau Hj Wahid dia hiris-hiris, senang customer nak makan.

Cili Hijau dan cili merah ~ di hiris bulat. Kalau Hj Wahid guna semua cili hijau sebab ia tak pedas. Kalau kita nak nampak cantik dan meriah mee kita letak lah cili merah sikit.. baru naik selera.. warna merah kan buatkan kita selera nak makan..

Limau Kasturi ~ limau lain macam tak berapa sesuai. Limau kasturi ni bau dia harum.. Boleh belah 2 atau potong sikit kat bahagian tangkai dia tu..

Daun bawang ~ hiris halus, kalau nak letak daun sup pon boleh

Bawang goreng ~ kalau ita yang ni mesti ada baru sedap!

Kicap manis ~ kalau Hj Wahid dia akan letak sedikit kicap manis

Kerupuk Udang ~ akhir sekali pastilah kerupuk atau keriuk-keriuk udang.. barulah special.. kalau tak de ni tak special lah mee rebus kita ni.. dan bukalah namanya Mee Rebus Hj Wahid


Ok ! sekarang semua dah siap dan dah terhidang pun depan mata.. apa tunggu lagi anak-anak ku sayang.. meh le.. kita menjamu selera..
Slurp.... kruk.. kruk... slurp... kruk..kruk.. sedapnya.....
Eish... tak nak cuba ke..?
Rugi tak cuba... sedap ni...



26 comments:

idzwa kamaruddin said...

sedap nyer!!

fazianbatrisyia said...

mesti cuba ni. mee rebus hj Wahid mmg sedap....dah pernah rasa. kalau anak buah sy mmg pesan 2 pinggan utk dia.

idzwa kamaruddin said...

sedap nyer!!

aeinio said...

Mmg sedap giler... kan kak ita.. dekat seremban pon dah ada branch hj wahid mee rebus tp lori bergerak.. x sure ada lg ke x sekarang ni...
saya duduk di kerteh kalau teringin kenalaa buat sendiri.. ada kedai yg jual di sini untuk sarapan pagi sahaja tapi rasanya bg saya terlalu manis n x sama seperti makan di johor.. 😋😋😋

Amanda Suria said...

Terliur dah SA bab keropok udang tu mmg best giler la....

Anne Yusnizah said...

Excellent....thanks for the step by step way of doing....just love your passion on cooking, baking and photogrphy...one day boleh cuba buat mee rebus ni selalu makan ready made je....ha..ha...kalau Ita sudi singgah lah ke my blog http://sweetiesaqi.blogspot.com/2013/09/akhirnya-merasa-juga-cream-puff-ni.html

~ Cik Azz ~ said...

Dah tiga empat kali telan air liur dah ni.. adehh haiii..

Dah pernah makan mee rebus Pak Wahid ni masa duduk JB dulu.. Memang sedap hingga menjilat sudu.. Betul la tu, semangkuk memang tak cukup..

Mana la nak cekau mee rebus macam ni kat sini.. Nak pergi JB jauh la pulak.. Nak buat sendiri, rasanya pasti tak sama.. hehh..

CiK Nik @ keNek :) said...

Mcmmana rup udang pepai? mungkin saya kenal, tp, sy kenali dgn nama lain...

timm bill said...

emm, likat, pekat mmg terangkat!

Pretty Sweet said...

Dah try resepi ni.. Sedap!

Pretty Sweet said...

Buat utk jamu family raye haji semalam!! Semua puji..

Nordiana said...

tqsm kongsi resepi..esok nak buat ada tetamu nak datang...harap menjadi...

Abdul Qudus Sarjin said...

Kat seremban 2 ada bersebelahan balai bomba n berhadapan ipd seremban 2

Abdul Qudus Sarjin said...

Terbaek la kak

Prince said...

Alhamdulillah....dah cuba resepinya mmg sedap. Terima kasih pd tuan punya resepi

Itis Rajjah said...

Hello! Saya dah cuba resepi ni ikut resepi akak, sedap sgt! Heheh terima kasih 😁

Nizam Shah said...

mee rebus hj wahid kalau berniaga di sungai buloh boleh mantop tak ?

Nizam Shah said...

mee rebus hj wahid kalau berniaga di sungai buloh boleh mantop tak ?

Azlinawati Ibrahim said...

Sedapnye..nk try gak utk menu buka pose ari ni..

suhana said...

dah try resepi ni..sedap sgt hehhehe

Syazwani Farhan Badrul Sham said...

Terima kasih untuk resepi bergambar ni.. Sangat mudah nak follow resepi dan sgt sedap! Suami sy penggemar Mee Rebus Johor.. Selama ni xpernah try masak sbb sy mmg xpandai masak.. hehe.. Alhamdulillah jumpa resepi akak ni.. Semalam try masak untuk juadah Aidiladha.. Bertambah2 suami makan.. mmg sedap! Terima kasih sudi share resepi.. :)

Zakiah Shahdan said...

Hari ini masak mi rebus ini .sedaap lah sangat.trima kasih share resepi.

Mazia Syahrin said...

saya nak share resepi nih dekat facebook, tapi xde link utk share,

Mazia Syahrin said...

saya nak share resepi nih dekat facebook, tapi xde link utk share,

izo fisol said...

Hari ni terai buat mee rebung ni..kalau sedap bagitau kawan kalau x sedap no komen ^_^

nasaruddin said...

Kat mana kedai hj wahid

Powered by Blogger.