Follow if you like

Oct 9, 2014

Kari Ikan Indian Style


Anda semua suka tak makan kari ?
Pasti ramai yang suka makan kari. Sebenarnya kita di Malaysia sangat beruntung kerana kita dapat merasa pelbagai masakan tak kira masakan Melayu, Cina, India dan juga masakkan Thai.

Ita suka makan kari, lebih-lebih lagi kari India atau mamak style. Ita cukup beruntung kerana suami ita juga mempunyai citarasa yang sama macam ita. Tak kira apa pun kari.. ikan, daging, ayam, udang.. semua ita suka. Tapi yang paling ita suka kari ikan. Selain makan dengan nasi, ita suka makan dengan roti, dengan lempeng, jemput-jemput, roti jala atau biskut lemak.. sedapnya..!



Semasa bercuti tempoh hari, ita mengikut suami ita ke utara. Kebetulan kami singgah di rumah kawan suami yang berbangsa India.  Hari tu mereka menjamu kami dengan kari ikan yang sangat sedap. Rasa karinya sama dengan kari yang kebiasannya ita makan di restoran mamak.



Ita pun tanpa segan silu bertanyakan resepi macam mana beliau menyediakan kari. Kari yang ita sediakan tak sesedap kari beliau. Ya Allah tak sangka beliau mempelawa lagi ita datang ke rumahnya esok untuk menunjukkan bagaimana beliau menyediakan kari ikan yang enak sangat pada selera ita.

Kebiasannya kalau ita sediakan kari pasti ita akan letakkan santan. Kari kalau tak ada santan memang bukan karilah namanya pada pendapat ita.. rupanya ita silap.. Kari ikan Indian style tidak menggunakan santan dan cara penyediaannya juga ada sedikit kelainan yang membuatkan ita cukup teruja. Sedap tau kari kawan ita ni.. anda semua pun boleh cuba!


KARI IKAN INDIAN STYLE
Resepi Oleh : Sara

2 ekor ikan ~ ikan ni terpulanglah nak ikan apa, ita guna ikan sagai.
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan BABAS
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa


Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering


Panaskan minyak dalam periuk atau kuali
Tumiskan jintan manis dahulu hingga harum
Kemudian masukkan halba dan tumis lagi. Kita kena tumis dahulu jintan manis baru tumis halba kerana halba cepat hangus. Masa tumis senantiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit.
Kemudian masukkan bawang hiris dan daun kari.
Tumis hingga harum dan bawang garing.
Bila dah garing masukkan bahan kisar
Masak lagi hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan cili kisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk. Cili ni terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili.
Masak hingga cili benar-benar garing.
Kemudian masukkan rempah kari ikan.
Masak lagi hingga garing, jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Bahan-bahan ni kena masak hingga betul-betul garing supaya bila kita makan tak ada lagi rasa rempah atau hapak cili.
Bila semua dah betul-betul garing baru masukkan air asam jawa.
Kari ikan kena rasa masam sikit , jadi air asam ni bubuh lebih sikit.
Kemudian tambahkan air.
Biarkan ia merenih sebentar.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah ni mendidih baru kita masukkan ikan. Kalau nak tukar pada udang atau ketam pun boleh.
Bila ikan dah empuk barulah kita masukkan bendi jika suka.


Dah pun siap kari ita.. wow! tak sabarnya nak makan..
Bau dia.. perghhhh!! tak boleh tahan....






23 comments:

Ayu azmir said...

nampak best... dulu saya suka masak lauk asam pedas... lepas last year saya cuba masak kari ikan.... saya jatuh cinta dengan masak kari pulak.... now it must be the febret resepi tiap tiap minggu

MARIAM said...

kak ita..
bila tak letak santan, kuah akan jadi pekat tak?
jadi banyak tak?

Putri guNong said...

Salam. Hmmm sungguh menyelerakan. Akak pernah belajar dgn sorang mamak cara mask kari ni. Cara serupa dgan yg Ita ajar tp instead of air asam , guna buah tomato lebih sikit. 3 bji sedang di potong dadu dan tumis bersama rempah dan 1 bj lagi potong 4 , sbg garnishing. Ini pon sesipi asli. Cubalah.

Gee® said...

Sedapnya...

Fiza Darwish said...

Baca pun tau sedapppp

ling foong said...

OOOoooo,lihat gambar dan imagine cara dik Ita memasak ni pun sudah air liur keluar....sudah lama saya care resipe ini kari tanpa santan,thank you Ita.Untung kelauarga Ita dapat rasa masakan awak.Semenjak saya datang ke laman masam manis..hahahah i get additted to try cook cara dan resipe Ita.Wishing you a beautiful day and keep on sharing ur beautiful cooking and baking!!! ^0^

ALICIA DANIA LEE said...

Yummy... paling saya suka kari kepala ikan... Best betul blog ni byk sharing ttg resipi... Kalau free-free boleh la singgah blog saya. http://beautyhealthylifestyle.blogspot.com/
Thanks

Shanini Sukeri said...

As salam...nak tanya bila nk letak bahan kisar tu ya?

Shanini Sukeri said...

As salam...bila nk tumiskan bahan kisar tu ya? Nak cuba masak ni...npk sedap jeaa...

Sabariah Zainuddin said...

Salam perkenalan ita,ita boleh panggil saya kak,sebabnya akak lebih tua dari ita,saya kak sabariah,nak tanya betulkah yang ita guna tu,jintan manis,dalam gamabar nampaknya rupa jintan tu jintan halus,kalau jintan halus namanya jintan putih,sebab jika jintab manis,jintan tu kasar bukan yg halus.

Sabariah Zainuddin said...

Salam ita,jintan yang ita gunakan tu betul ke jintan manis,nampak dalam gamabar seperti jintan halus,kalau jintan halus namanya jinta putih bukan jintan manis,jintan manis adalah jintan yg kasar.

WaniGhani said...

Kak saya baru lagi follow blog akak...asalnye sebab cari resepi puri..pastu tgk resepi kari ni...cuba jugak..mmg maveles...xsangka saya mampu berjaya masak kari tanpa santan yg sedap...hahah up diri sendiri... :p

Thanks kak!

Along Roshid said...

Nice! BABAS Fish Curry Powder is good. I tried using ikan kembong. Api yang sederhana, slow cooking jadi ikan nya tak terperanjat which might turn into 'selipar jepon'. I pakai santan chair aje. Makan dgn roti canai.
Thank you for sharing

shahrynvember said...

aslkum ita,thanks menu ikan kari yg adik cari2 slma ni..nyam3,smlm adik msak ikan kari tp tak mjadi...rsa x tenang nk tdo,alhamdulillah jmpa jg resepi ita yg sedap ni...thanks ita,adik nk msak lg hari ni ikan kari resepi akak ita....have a nice day..sluurrpppps..

popokodolos said...

selalunya saya guna halba campur, cara masak sama, tumis rempah sampai betul-betul masak dan pecah minyak.
kalau campur santan jadi kari melayu.

Nur'adilah Nazri said...

assalam kak ita..mak mertua pun msk mcmni..x letak santan..sedap sgt2..

Nur'adilah Nazri said...

wow sedap nih

MemoPad Queen said...

Salam.....this is how my arwah mak masak kari ikan also. Cara gini memang sedap!Air asam memang kena lebih for this resepi. Thanks for sharing!

Noor Hasmah said...

sedap nya ita masak ...boleh cuba kari keluaran bumiputera Mama Kadir resepi dari India , warisan turun temurun...Insyaallah tiada keraguan...berminat bolehlah hubungi saya 018-9107659

salia arhana said...

Best. Tq 4 sharing

salia arhana said...

Best. Tq 4 sharing

Nutter Hong said...

Assalam kak ita tumpang tanya yang dalam mangkuk merah and kuning tu yang bahan mana ye...?

Azlita Aziz said...

Waalaikumussalam Nutter hong, yg merah tu cili dan yg kuning tu bahan yang di kisar

Powered by Blogger.