Follow if you like

Oct 26, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi


Kalau nampak buah mangga.. adoiii... kecur liur di buatnya kan..
Ita ni cukup suka makan buah mangga. Terutamanya yang muda dan rangup, apatah lagi yang masam.. sedap sungguh kalau dapat di cicah dengan gula dan kicap.. uiii... dah mengences air liur ni..

Biasanya mangga muda di jadikan jeruk atau ada juga yang membuat sambal belacan. Kalau mak ita dia tak benarkan pokok mangga atau buah mangga dari pokoknya di jadikan sambal belacan.. katanya nanti buahnya buruk.. atau busuk dalamnya. Kata mak itu adalah petua orang lama.. mak selalu ingatkan supaya kami tak melanggar pantang turun temurunnya. Jadi.. kalau terasa nak makan sambal mangga muda terpaksalah beli di pasar atau ke pasar tani..





Mangga yang di jadikan jeruk memang sangat enak. Ibu mertua ita cukup pakar dalam membuat jeruk. Boleh dikatakan jeruknya lebih enak dan lebih lazat dari jeruk yang di jual di pasaran. Rasanya yang manis sedang-sedang bertambah lagi keranggupan mangga bila di gigit itulah yang membuatkan ita asyik teringat-ingat aje jeruk air tangan ibu mertua..

Sejak akhir-akhir ini rata-rata di FB ramai yang menayangkan Jeruk Mangga Asam Boi. Aduh.. naik mengences air liur bila memandangnya.. Bertambah menitik-nitik air liur ini bila terpandang asam boi yang tergolek-golek di dalam balang..


Resepi asal ni ita tak pasti dari siapa.. tapi ita pernah makan jeruk ini sebelum ini yang banyak di jual di pasaraya. Harganya boleh tahan juga mahalnya kerana dia di timbang dalam gram.
Hari ini ita dapat tempahan untuk membuat jeruk mangga asam boi.. ada yang mengidam katanya.. ^_^
Bila dah berhajat ita pun tumpang sekaki. Ita buat banyak sikit. Mujur sewaktu lalu di hadapan pasar nampak banyak gerai menjual mangga muda. Ita pun apa lagi.. capailah mana yang patut.. dengan harapan dapatlah melempiaskan hajat..

Buat jeruk asam boi ni tak lah susah mana.. bahan pun mudah aje.. tak banyak pun bahannya. Jom kita intai bahan yang kita perlukan sebelum ita tunjukkan bagaimana cara dan kaedah penyediaan jeruk asam boi yang mudah ini


JERUK MANGGA ASAM BOI

4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!





Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Ita ikut cara ibu mertua, rendam dahulu mangga dengan air kapur. Menurut kata ibu mertua ita ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.



Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.


Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Ita tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.



ya Allah sedapnyaaa....





40 comments:

Ayu azmir said...

Sedap nampaknya ni....

nasa mulia said...

ngences dah ni...tak sempat buat lagi walaupun asam boi dah beli...mangga muda tak jumpa pulak...jumpanye asyiklah yg masak.

Tante Mali said...

Wonderful, what a delightful recipe! I love this! Thank you so much for sharing! Great blog!
All my best from Austria
Elisabeth

miza wati said...

Kecur pulak pepg nie npk jeruk asamboy k.ita....

Mona Lea said...

kecur air liur dibuatnya

Suhaila abd manap said...

masyaallah...tengok pagi2 ni terliur...last week saya beli dgn member ofs..satu balang 15 hinggit...kalau buat sendiri lagi puas makan...one fine day nak buat jgk nanti...anak2 suka mkn...thanks for the resipi yang awesome...:)

Nor Jamilatun Aziz said...

Alahai bestnya...!! Memang kecur air lior... Dah cuba buat minggu dulu tapi mangga muda tak jumpa so gantikan dengan jambu tanpa biji. Okeyla untuk lepas gian. Ada yang kena tipu beli online - RM22.00. Gambar lain tapi bila sampai yang ropernya. Terima kasih Azlita Masam Manis sudi kongsi resepi dan gambar yang SANGAT-SANGAT cantik. Alhamdullillah...

Sue said...

kat fb org dok post pasal jeruk mangga ni.. saya ok je.. tak ngences pon airliur ni.. tp bila tgk ita punye jerukk.. aduhhhhh terus mengences2 ailio tauuuu... thx for d recipe. nnt nak cari mangga muda jugak, nak menjeruk kekekekke

Tina Othman said...

Meleleh air liur bacanya

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Whoa nampaknya ramai blogger dah mencuba resepi jeruk mangga ni. Entah kenapa saya tak tergerak hati nak mencuba. Must try it one day.

Amie said...

Sana sini orang dok tayang jeruk mangga asam boi.... kecurrrr!

Julie Mangsor said...

Terliur melihatnya... (^^)

fazianbatrisyia said...

mmg geram jek dpt tgk org buat. sib baik dah cuba semalam

Mas Zull said...

assalamualaikum azlita..mmg sedap buat sendiri lg sedap rasanya....baru buat 2 hari lepas...puas makan...:)

HASRUL HASSAN said...

Memang jadi fenomena betul Jeruk Mangga Asamboi ni ... siap ada yang jual online lagi .. hoho

Umie Jazz said...

Assalam Ita aduh kecur..saya puasa pulak tu huhu...Insya Allah akan dicuba nanti

nurul taqiyah said...

Sedapnyaa lah nengok jeruk kakita ni..Kak ita ni sj tau..dh leleh2 air liur ni..kaki ni terketar2 nk gi pasar cri mangga..hihihihi..thnx kak ita..:-)

Nurul Ain Zulkarnaind said...

terusss buat

jerukmanggaasamboi said...

Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

Ada 2 saiz bekas :

Saiz kecil - RM 5.00
Saiz Besar - RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.

★ boleh request tahap kepedasan★
- Extra pedas
- Sederhana pedas
- Kurang pedas

Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

Nur Misnan said...

Awesome.. saya pun tgh meroyan membuatnya.. request by mertua.. hehe

Anyways... nice shot semua pics..

Masliza Mohamed said...

kembang pipi kecur air liur...nak buat jugaklah...huhu

Mila Hilas said...

terbyg2 kat mulut ni..blk nanti nak try buat.td dh beli mangga hehe

HASRUL HASSAN said...

Dalam banyak2 resepi jeruk mempelam asam boi, blog ni je ada letak asam limau .... :) unik ni.

Ada tu tak letak asam boi, tapi letak serbuk asam... pun menarik jugak.

merysah rajis said...

kecur liur...

Aishah Amin said...

tq ..terusss zasss cari manggaaa..meleleh lelehhh

Jemputlah ke blog saya Blog Ibu bekerja dari rumah , semoga bersama dapat manfaat! Terima kasih..

mas itah said...

Assalam..terima kasih kerana share resepi ni...mmg sedap. Secara tak sengaja ramai yg order dari saya. Dapatlah saya buat tambah2 pendapatan. 😊

Terima kasih dari Singapura

mas itah said...

Assalam..terima kasih kerana share resepi ni...mmg sedap. Secara tak sengaja ramai yg order dari saya. Dapatlah saya buat tambah2 pendapatan. ��

Terima kasih dari Singapura

Zuraina Abu Bakar said...

Thanks Ita for sharing the recipe. Memang tengah mencari recipe macam ni sebab ambil banyak mangga dari rumah mak. Masa baca recipe pun boleh sampai terkeluar air liur, digelakkan suami tadi...hahaaa..Btw, I will share your recipe in my blog ya.

Reza Aditya said...

Memang benar buah mangga sangat bagus sekali untuk kecnatikna kulit menjadi lebih baik lagi :) Obat Jantung Koroner

SPS Brunei said...

mohon share ya puan.. terliur aku tengok asam2an.

zaleha awaluddin said...

Done save resepi. Mohon halalkan ya...
Dah lama teringin nak buat, tggu masa je nih :D

- Zaleha Awaluddin -

Sang Perindu said...

Saya nak buat sekarang jugak. Sedapnya tengok jeruk kak Ita. Terima kasih share resepi.

A Immie said...

Wah!....lihat ajer da nampak sedap! 😋

faiz khaliman said...

Malam ni bru nk buat..tetiba haha alang2 dh ada buah mangga muda

Ace Maxs31 said...

mantap nih.. :)
Acemaxs31.com

XiahRah Putra said...

Sodap sangatttt..dah cuba buat...terbaik...yg asam boi tu..sye pki yg wrna merah...sodap sangat...campur lg ngan nasi...fuh...hilang diet...hehe...thank for sharing the recipe...

Fahmi Faezrul said...

tq sis sudi share resepi ni... tp sis de mslh ckit jeruk 50% siap tp bile rse terlalu pedas la mcm mne ye nk bg kurang pedas

Fahmi Faezrul said...

tq sis sudi share resepi ni.. tp sis de mslh ckit jeruk bru50% siap tp sy rse terlalu pedas la ade cr x nk bg kurang kn pedas

Nunu Ahmad said...

Heloo...aku tinggal di Indonesia. Apa teman teman ada yang tau untuk beli asam boi dari Malaysia untuk di kirim ke Indonesia ?
Terima kasih

Unknown said...

Kalau mangga dah habis, baki air dalam bekas boleh digunakan tak? Saya ingat nak tambah kepingan mangga? Terima kasih.

Powered by Blogger.