Follow if you like

Oct 30, 2014

Cucur Manis Kembong


Sana kembong... sini kembong.. waaa... kita pun nak merasa jugak. Apalah istimewa sangat cucur ni hingga hari-hari orang dok tayang sakan di FB.

Nak tahu apa keistimewaan cucur ni..?
emmm... paling utamanya cara membuatnya yang paling mudah!
Bahan yang di juganakan pula sehabis minima.. hanya tepung, garam, susu dan air panas..
Bayangkan dengan hanya beberapa bahan sahaja dapat menghasilkan cucur yang enak dan amat sesuai sebagai minum petang kami untuk hari ini.
Lagi satu ianya sangat unik kerana bila masuk dalam minyak panas dia akan kembong.. aaa... kerana itulah ianya di namakan cucur manis kembong.




Rasanya sedap! kalau budak-budak pasti suka.. bukan budak-budak aje.. mak budak pun suka jugak.. dah naik kembong perut makan cucur ni.. bertepatan pulak dengan namanya.. kaaannn..
Ia tak terlalu manis.. manisnya sedag-sedang aje.. kata orang manis-manis buah..

Bila makan tak boleh berhenti.. lagi sejuk lagi sedap di makan.. lembut sampai esok rasanya ni.. sebab teksturnya tu macam kenyal-kenyal sikit..

Bila ita amat-amati rasanya,  teringat ita akan lempeng manis yang mak selalu buat. Rasanya saling tak tumpah.. cuma mak ita buat versi lempeng cicah dengan sambal tumis atau gula melaka.. memang sedap!

Jom lah kita sediakan cucur manis kembung ni pula.. boleh buat sarapan untuk anak-anak esok pagi.


CUCUR MANIS KEMBONG
Resepi Oleh : Noraslinda Bugal

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas ~air mendidih
1/2 cawan susu pekat manis
secubit garam


Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
Tuangkan air panas sedikit-sedikit, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi doh yang pekat dan melekat-lekat di tangan.
Biarkan doh sejuk

Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana. Jika minyak panas ia akan cantik kembongnya dan tidak menyerap banyak minyak.
Ada dua kaedah untuk membentuk doh bulat-bulat

1. Basahkan tangan dengan air, ambil sedikit adunan sebesar guli ( kerana doh akan kembong ) bulat-bulatkan dan terus masukkan dalam kuali.

2. Bagi mereka yang takut minyak merecik bila kita gunakan air bolehlah basahkan tangan dengan minyak makan. Kaedah yang sama juga ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat, kemudian masukkan dalam minyak panas.

Senantiasa balik-balikkan cucur dalam kuali supaya cantik bulatnya
Bila dah kuning keemasan bolehlah di angkat
Lapiskan dengan tisu dapur supaya minyak meresap pada tisu.
Sedia di nikmati.






29 comments:

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Apa khabar? Kalau org utara tak silap panggil cuq kembong :)

Rizziela said...

tgh famous sekarang ni kan..

fazianbatrisyia said...

Sedapnya cucur mcm sy suka. nak buat la nanti. lama x mkn cucur manis

Riza Afzan @ Ayong said...

Sedapnya. Orang dlm pantang boleh makan ni.

mimie said...

hahhaa..... mimie ingat cucur ikan kembong la kak ita...
rupanya bentuknya yg kembong...
nak buat utk sarapan esok kak...
terima kasih kak

LemariSeda said...

assalam sis..terima kaseh bg resepi..dok cari resepi klasik org kedah ehhehe...

Mi Za said...

Tak pakai penaik ka kak

Bbwana adienia said...

Nanti wana nak try buat..tq share resepi Kak..

h- Zinnirah said...

Alhamdulillah.. dah kenyang. lembut je

Hanim Ahmad said...

Air panas tu air suam ke yg betul2 panas? Dh cuba guna air br mendidih adunan cair le pulak xjd dih pun

Hanim Ahmad said...

Xjd doh pun

Julia Hamidon said...

Salam.. saya dah try buat cucur ni.. dlm dia mmg lembut yee dan kenyal2 ker

Muhammad Khusairi Bin Kassim said...

Sy buat x jadi doh..

gamaan said...

Rasanya air panasnya tu dua cawan je. Td sy letak dua cawan air panas, dah elok jd mcm doh....then tgk resepi kata tiga cawan...kita pn dgn bongoknya ikutla....terus cair adunannya...ni cek tak tau nak buat apa tepung cair ni

Wan Zairi said...

jgan la ikut tuang air sampai 3 cwan skali gus..tuang sikit2 je agk2 sampai jadi doh stop la..

nur fadhilah said...

Kalau dh tercair tmbahla tpung gndum sikit2..kacau biar jd doh...

nur fadhilah said...

Kalau terlebih cair try la tmbah tpung gndum sikit2 n kacau biar smpi jd doh..so xmembazir..n klau agk2 dh kurg rs mnis sbb dh trlbih air so tmbh la sket susu pekat tu..xpn gula..

siti shahila said...

samala la kita....ikut betoi dh..

ainaa na'il said...

Akak,knp sy bt tak kembung pun :(

trin obeh said...

Sy bt tak kembung.. kemudia sy tmbh serbuk penaik dan soda sikit baru jd kembung..

Yellowishskin said...

Takyah bubuh telur ya?

Justtoddler's by Aryana said...

Saya buat ikut resepi dan arahan..alhamdulillah kali kedua menjadi.yang tak jadi sebab tak baca betul2.

Sha Darwisyah said...

Sy dh buat..mnjadi...sedap tul,anak2 tiap2 pagi dok reqeust..xyah dh beli adabi nyr..jimat..

Eh,kawan2...sila2 lah datg singah blog sya ye..tq😊😊😊

aniamardia said...

Terima kasih resepi ni. Alhamdulillah buat terus jadi. Mmg sedap rangup dan lembut!

Mutiara Hati Yani Asmawi said...

baru cuba.. alhamdulillah jadi

Amir Hamzah said...

Hhhhhhh

Fatin Hanani said...

Saya guna 2 cawan ja, alhamdulillah menjadi :) just tambah sikit baking powder hehe

Nis Nissy said...

Assalamualaikum kak knp saya buat x masak dlm ek ?? .. Banyak kali buat sama je .. Apa yg kurang eh ??

Fauziah Mohammad said...

Saya buat jadi. Tapi tak bulat2 cantik cam gambar. Kene ade skill care membulat2kan die...

Powered by Blogger.