Follow if you like

Oct 29, 2014

Air Detox bagi yang inginkan tubuh idaman


Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan tubuh daripada segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.



Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa kita fikirkan kesan sampingan yang bakal kita hadapi kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar-tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan. 

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda. Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.


Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik, antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.

Hari ni kita belajar bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema
 Macam mana dah tak sabar dah nak memulakan proses detox anda?
Jom ikut ita, ita tunjukkan kaedah penyediaan air detox yang mudah di sediakan ini.


AIR DETOX

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.
Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox
Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar


Potong atau hiris buah-buahan ini nipis-nipis.
Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang yang boleh di tutup nanti


Kemudian tambahkan air sejuk atau air dari peti ais sebanyak 1 liter.
Jika suka anda boleh tambahkan ketulan ais, tapi anda harus ingat ketulan ais tidak baik untuk kesihatan.


Bila semuanya dah sempurna, tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum.


Sebaiknya anda minum pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Bagi anda yang bekerja ita cadangkan anda lakukan pada hujung minggu kerana tau-tau aje lah kan.. namapun detox sudah semestinya anda akan kerap ke tandas. Jadi pastikan iannya tidak menganggu rutin harian anda sehari-hari. Selamat mencuba!






65 comments:

idzwa kamaruddin said...

ok nak buat yang ni pulak!

Azriana Murni said...

thanks k.ita! nanti nk cubalah....excited ni....

Sis Lin said...

Assalam kak Ita..

Betul kak, saya dah amalkannya dekat hampir 3bulan, bdn rasa ringan dan selesa bila nak membuang tu, cuma bau kentut dan najis agak memberangsangkan jika di hidu hehehehehe

Skrg saya cuba lemon + lime + teh ijau plak..bezanya kali ni saya banyak buang angin hehehehe

Nurul Husna Mohamed said...

Info yg bgus sis!^_^
Sy nk cuba la..nnt jemputlah lawt blog saya ye.. supplimentcenter.blogspot.com

fazianbatrisyia said...

Ramai kawan2 dah buat. sy belum buat lg...

Siti Nurzafirah said...

macam sedap je.. macam jadi air buah je.. heee

nini said...

sedapnyerrrr

Mas Zull said...

assalamualaikum ita...betul tu pd yg nakkan hasilnya yg baik akan suka membuatnya...:)

Kakak Norihan said...

tq, nak cuba juga nanti

MamaFaMi said...

Mama memang dah lama buat benda ni. Nasiblah kalau sesiapa datang rumah, nak minum air sejuk dalam fridge, semuanya berlemon. Hahahaha...

Ibu Dhia Danial said...

saye mmg amalkan air detox ni.. perut yg dlu buncit da semakin mengempis skrg.. kalo saye, saye tambahkan hirisan halia utk membuang angin..

AMIIZAA said...

salams kak ita,

saya suka amalkan air nie. setiap hari bekalan air detox ni sentiasa ada atas meja opis saya:):)

Anira Abdul said...

OK...nak buat! Thnx k.ita....nice sharing.

Juwita Helmi said...

segarrrrr... thanks kak ita.. saya suke detoxs semulajadi ni..

MissSee said...

Once dah abis 1 liter, boleh refill air atau kena buat batch baru?

Irfa said...

dah buat tp hangat2 taik ayam
tu pasal belum slim lagi
haha
tgk gambar ni tambah teruja

Eny Abdullah said...

tengok gambar dah terliurrrr!!!

Jemput semua datang blog, follow dan saya follow balik
http://enyyusnizar.blogspot.com/

inna najuza said...

> SY TRY BUAT.. AIR NI RASANYA MASAM + PAHIT..
>MEMANG MCM TU EH..
>1 LITER TU PERLU HABISKAN DALAM SATU HARI KAN?
> BETUL KE SUKATAN YANG SAYA BUAT NI? = 1 LITER AIR = 1 BIJI LEMON + 1 BIJI LIMAU NIPIS

Ana said...

kak, mintak resepi ye
nnti sy credit ke blog akak ye
tq

Ana said...

minak resepi ye kak

gambarlounge said...

Assalamualaikum. Kak org mngandung blh minum ke??

Yani Ismail said...

thanks sebab share ilmu yg bagus utk kesihatan. boleh cuba sendri di rumah aje... Alhamdulillah...

noraziah ahmad said...

Wahhhh...macam best je...mesti kena cuba ni...tp ni lbih utk turunkan berat ye..kalo utk kecantikan ada letak madu kan??

http://noraziah-ahmad.blogspot.com/?m=1

Qaseh Abadi said...

tak penah cuba lagi wat air detok letak dalam peti..selalu buat siap letak gula lagi, wat jus minum lepas makan.. nanti nak try la weekend ni..
Mintak resepi ye..thanks

AKU DAN KAMU: MAKANAN GI RENDAH UNTUK PENGIDAP KENCING MANIS

Ain Ridzuan said...

Terliur bila nengok air detoks ni.. minggu ni nak cuba lah..

isfarini md isa said...

Tq for sharing...tapi saya ada soalan..kalau kita ada gastrik boleh ke kita nk cuba detox ni guna buah buahan citrus nii....thanks

Miela Asmila said...

Best gak...cuma rasanya pahut sikit

aten said...

assalam sis..bleh tau dak brp lama proses pembuangan selepas minum detox ni?saya keja pg smpai ptg

MieraMohamad said...

Sis, nak tnya,. Napa sy buat guna
lemon + limau nipis, rasa air 2 masam & pahit. pahit melampau sgt.. napa yea?

maan said...

lemon atau buah buahan tu kena perah ke ataupun sekadar potong dan dimasukan dalam balang sudah cukup?

melatiabidin said...

Klau tgk rancangan dr oz dia godak smua bahan2 tu trus minum..pgalaman sy..bila sy biarkan semalaman dlm freezer jd pahit..tp kdua2nya pn ok..sbb yg pahit kan ubat

melur aduka said...

Mmg best air detoks ni.sy pnah amalkan.bdn rasa ringan jer.coz toksin dlm bdn dah kurang.(lemon+daun pudina)..juga boleh kurangkan kolestrol dlm dalam darah.

norhaliza saidun said...

Good perkongsian

Dayah Sokor said...

buah yg di hiris perlu di perah ke? atau hanya biarkan saja macam tu?

Haikal Poyoz said...

Wahhh nampak segar air tu .. Nk bt laa .. Good info sis .. Tq

Haikal Poyoz said...

Wahhhh Nampak segar air ni .. Nak try laa .. Mesty syok .. Good info sis .. Tq

Acu Amy said...

Nk tnya air dtox oren + limau mmng rsa pahit ke?rsa cm phit kulit buah

amirah kamis said...

Assalamualaikum, kak ita boleh tak kalau kite tak guna air sejuk dan tak masukkan dalam peti sejuk? just guna air biasa dan simpan kat luar je..

niesa taufik said...

Saya menyusukan bdan boleh kebuat detox ni?

Ismi Maizura said...

nk try la..nice sharing :)
http://ismimaizura.blogspot.com

muhammad munib said...

Kak isteri sy mengandung.. So bleh try x sbb dia sembelit kebelakangan ni... Thnks..










D'Umairah.Blogspot.Com said...

Mohon share

nur cahaya said...

kalau dalam campuran tu perlu letak madu ke ? cause sebelum ni kawan ajar letak madu sedikit . ?

nur cahaya said...

kalau letak madu boleh ke ?

Muhd Zuhdi said...

kalau guna lemon, buah oren dan limau.. air tu akan jadi masam @ pahit ye.. ?? sebab rasa pahit kulit limau ja..tq

Nurul Akmal said...

Sy nk tnya, kl ibu menyusu bleh ke minum air detox ni?

maryanie mohd. ranie said...

saya pun dah try.. mula 2 mcm kena cirit birit gak.lastly ok je.. yg rasa pahit 2 sebab letak limau nipis.kulit limau nipis mmg rasa pahit sikt..

Axiee Zila said...

Air detox memang pahit tapi bagus untuk kesihatan

Axiee Zila said...

Air detox memang pahit tapi bagus Untuk kesihatan

galaksibimasakti said...

tksh sharing info. sgt berguna. tapi saya cuba share di fb. Selepas tu di timeline saya keluar link blog saudari beserta komen yang tak berapa best (yg ada mention kentut etc) pulak yang keluar bersama dgn link blog ni. agak tak memberangsangkan bila membaca komen tu. hrp dpt delete pos tu atau sis edit sikit supaya pos komen tu tak keluar bila kita share di fb. tksh.

Fisya Yusof said...

Detox yg sangat mudah..Di samping detox ia juga membantu kita mnum bnyak air kan..Setiap mnggu wajib buat at least 2 kali

Nurul Emilia said...

1 hr minum bpe kali

asmirawaty abu bakar said...

hirisan lemon & limau kasturi tu banyak mana ye ??

Nisa Ramli said...

Menarik ☺ tgk gambarnya pun dh buat jadi terliur.. saya baru nak try, td dah beli bahan2

mehoney love said...

sbb kulit lemon ..tu la pahi

shahrilsebayu said...

Saya nk try la..nmpk byk kebaikan..

nurul syafiqah said...

Aah. Sbb kulit die pahit. Tp xpa.ubt..huhu. yg sdap2 tu la pnyakit. Heheh

atul said...

salam, nak trylah nanti,jomlah singah ke blog i plak
http://atul-withlove.blogspot.com/

Lokman Najib said...

Saya pelik saya buat detox minum 4hari terus kena gastrik yg teruk.. sapa buleh bantu...

miss.yana9 miss.yana9 said...

Boleh x saye guna je jeruk??

Erni Hasmiza said...

Nak try lah.. thanks for this great entry ^_^
Jemput singgah mijablur.blogspot.com

nurhidayah yaya said...

boleh letak berapa banyak je ke bahan2 tu...xpa ka klu ada yg terlebih dan terkurang?

Nureisyah Solehah said...

Saya jadi gastrikla bile bt detox ni .. Ade x cara lain atau gune buah2 yg lain ke ?

Fiera Razak said...

Assalamualaikum. Sis, sebenarnya guna cmd ni boleh minum ais atau tak?

sarina awang said...

Assalamualaikum.. Proses detox perlu berterusan.. Sy ada jual slimming detox tea yg mempunyai fungsi yg sama utk singkir zat dan racun yg x diperlukn flm badan. Berminat mencuba blh whatsapp 0134353969 atau fb sarina awang kechik page anirasawang atau ig #sarienabiz

Powered by Blogger.