Follow if you like

Sep 14, 2014

Talam Lapis Pulut Hitam



Ada peminat talam malam ni..?
Dah malam baru dapat di tayang kuih talam yang ita sediakan untuk minum petang hari ini.
Talam yang bukan sahaja cun melecun ni.. tapi juga sangat sedap rasanya adalah air tangan Chef yang tak asing lagi dan merupakan salah seorang chef yang menjadi idola ita dalam dunia masakan. Beliau yang ita maksudkan adalah Chef Asma.



Resepi kuih talam ini ita ambil dari sebuah majalah nourish ! yang di terbitkan oleh Nourish Publishing & Events Sdn Bhd.
Semalam ita bawa anak ita Dalili pergi tengok wayang cerita Plane. Sementara nak tunggu wayang mula pukul 10 : 10 malam, ita pun duduk lah cuci mata di Haris, kedai buku Popular. Kebetulan Dalili nak cari buku cerita. Biasa kalau cuti sekolah pasti Dalili minta belikan buku Novel untuk di baca. Sementara tunggu Dalili pilih buku kesukaannya ita pun belek-belek lah magazin dan nampaklah muka depan majalah yang buatkan ita tak sabar nak tengok inti di dalamnya..
Memang tak silap tekaan ita.. gambar muka depan adalah hasil sentuhan air tangan Chef kesukaan ita. Apa lagi ita pun rembat lah buku tu.. mana boleh di lepaskan resepi dari chef hebat ni..


Dalam majalah ini ada beberapa lagi resepi yang Chef Asma kongsikan.. insyaallah ita akan cuba jika mempunyai kesempatan.

Chef Asma yang berusia 41 tahun ini mempunyai banyak pengalaman di dalam pembuatan kuih muih tradisional dan kek lapis hingga tidak hairanlah jika gelaran Ratu Kuih Lapis di kalungkan kepada beliau. Mempunyai Studio Culinary di bawah nama Chef Asma Culinary Studio yang telah beroperasi selama 3 tahun. Beliau juga merupakan seorang Chef Lecture di UNITAR International University.

Beratus pelajar lahir dari ilmu yang beliau curahkan dan kini ramai yang telah mengorak langkah sebagai usahawan hasil didikan beliau.  Beliau buka sahaja seorang guru yang hebat bahkan beliaulah yang mepelopori gelanggang kuih muih tradisional yang di berikan sentuhan moden dengan pelbagai viarasi, keunikan tersendiri tetapi masih kekal dengan identiti asal kuih Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.


Wanita ini memang cukup hebat dan antara idola ita. Tidak pernah lokek berkongsi pengalaman beliau yang dah bertahun di dalam bidang yang beliau minati ini. Chef Asma pernah mengutus email pada ita dan menasihatkan ita untuk menjadi seorang usahawan. Dengan nasihat dari beliaulah ita memberanikan diri dan mula menerima tempahan daripada rakan-rakan.. Terima kasih Chef, jika bukan atas galakan dan nasihat daripada Chef ita masih lagi takut dan kurang keyakinan pada bakat yang ada dalam diri ini.

Sebenarnya ita teringin sangat nak menuntut ilmu dengan belaiu. Beberapa kali juga beliau mempelawa ita mengunjungi studio beliau dan pernah juga mempelawa ita untuk melihat beliau mengajar di UNITAR. Cuma masa belum mengizinkan ita.. insyaallah ita akan luangkan juga masa ita suatu hari nanti untuk dapatkan ilmu yang sangat berharga daripada beliau.


Kepada rakan-rakan ita yang berminat nak dapatkan ilmu daripada Chef yang cukup berpengalaman ini jangan lah lepaskan peluang anda untuk dapatkan seberapa banyak ilmu daripada beliau.. bak kata pepatah tuntutlah ilmu walaupun terpaksa ke negara Cina. Jika berminat jangan lupa untuk kunjungi blog beliau di Chef Asma Culinary Studio. Kalau tak silap ita Chef ada kelas Talam pada 20 hb Sept ni tau!..  ada 12 jenis kuih talam yang akan beliau ajar cuma dengan harga RM 190 aje... murahnyaaaa.... Ya Allah kalau lah ita dapat pergi alangkah seronoknya dapat berguru dengan beliau... beliau bukan sahaja mengajar buat talam aje tau... sebaliknya beliau turut berkongsi pengalam beliau.. berkongsi tips dan panduan.. di samping turut mengajar bagaimana nak memasarkan produk.. nak potong talam supaya cantik.. packaging dan lain-lain lagi.. rugiinyaaaa.. kalau tak rebut peluang ini.. cepat ita pun tak tau samada masih lagi ada kekosongan.. cubalah hubungi beliau.. harap anda bertuah...


Ok lah.. ita tak nak curi masa anda lama-lama sangat.. Pasti anda semua tak sabar kan nak tahu resepi dan cara menyediakan kuih talam yang sedap ni.. ya Allah... memang sedap tau talam ni.. lembut aje.. dan liut-liut.. ita suka.. ita suka...!
Mesti anda pun suka..
Jom ikut ita..


TALAM LAPIS PULUT HITAM
Resepi Oleh : Chef Asma
Rujukan : nourish!
Terbilan :  Nourish Publishing & Events Sdn Bhd

Resepi Chef Asma ini banyak tau! untuk loyang 10 x 10. Ita buat 1/2 daripada adunan sahaja dan ita gunakan loyang 7x7 inc.
Terpulang pada anda nak buat ikut sukatan asal yang ita kongsikan atau nak buat 1/2 adunan. Kalau nak buat untuk jual atau kenduri-kendara buatlah 1 adunan. Tapi kalau nak makan untuk keluarga yang tak besar ita cadangkan anda buat 1/2 daripada adunan sahaja dan guna loyang 7 x 7 inc atau 6x6 inc.


Bahan A

50 gm pulut hitam

Mula-mula kita kena rendam pulut hitam dahulu bagi dia lembut dan keluar warna hitamnya tu.
Cuci bersih dan rebus hingga ia empuk.
Ita tambahkan sikit gula masa rebus ni, ita letak 2 sudu besar dan secubit garam, supaya pulut rasa lemak manis, kalau tak nak pun tak apa sebab dalam resepi asal memang tak ada.
Lepas dia dah empuk, biarkan sejuk, kemudian cuci bersih dan toskan.
Ketepikan



Bahan B

500 gm gula halus
600 ml santan ~ ita guna KARA
1200 ml air
1 sudu teh garam
1/4 sudu teh air alkaline atau air kapur.  (air kapur ni anda ambil air kapur yang jernih yang kapurnya dah mendak kat bawah)
2 helai daun pandan ~ di simpul


Semua bahan B anda satukan dalam periuk dan masak hingga gula larut.
Biarkan suam


Bahan C

200 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi


Satukan tepung di dalam bekas yang besar.
Tuangkan Bahan B ( santan) dan kacau rata.
Jika tepung masih bergentel, masukkan dalam blender dan kisar

Kemudian bahagikan tepung kepada 3 bahagian


Bahagian 1

600 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 300 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna merah jambu
sedikit esen ros

Satukan bahagian 1 dan kemudian bahagikan kepada 2 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak






Bahagian 2

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
sedikit pewarna hijau apple
sedikit esen pandan atau pandan emulco

Satukan bahagian 2 dan kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak


Bahagian 3

900 ml adunan tepung ( dalam gambar ita tu 450 ml sebab ita buat 1/2 adunan sahaja)
50 gm pulut yang telah di rebus tadi

Satukan bahagian 3 kemudian bahagikan kepada 3 bekas yang berasingan dengan sukatan yang sama banyak


Sediakan loyang 10 X 10 inc lapik dengan plastik dan sapukan loyang dengan minyak jagung.
Tuangkan lapisan pertama warna merah jambu.
Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit dalam kukus yang telah mendidih airnya

Bila dah masak ulang langkah yang seterusnya dengan warna adunan yang berlainan. Untuk turutan warna anda boleh ikut seperti rajah di bawah


Lapisan 1 ~ merah jambu
Lapisan 2 ~ pulut hitam
Lapisan 3 ~ hijau apple
Lapisan 4 ~ pulut hitam
Lapisan 5 ~ hijau apple
Lapisan 6 ~ merah jambu
Lapisan 7 ~ pulut hijam
Lapisan 8 ~ hijau apple

Setiap lapisan di kukus selama 7 minit.
Untuk lapisan terakhir kukus selama 20 minit

Bagi anda yang membuat 1/2 adunan macam ita dengan loyang 7 atau 6 inc. Masa memngukus setiap lapisan 5 minit dan lapisan terakhir kukus selama 15 minit.

Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan talam sejuk dengan sepenuhnya sebelum di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan pisau plastik yang telah di oles sedikit minyak jagung untuk mendapatkan potongan yang cantik


Selamat mencuba!



9 comments:

Veronica Ng said...

Such beautiful kuih lapis, love the vibrant colours and the addition of pulut hitam in the kuih. Thanks for sharing.

Gee® said...

Cantiknya...

sarah azmi said...

ita, cantiknya kuih2 ita, saya dah cuba beberapa dan teruja nak cuba macam2 lagi insyaallah. terima kasih atas
perkongsian resepi2 yang menarik. Moga Allah beri pahala pada ita.

fazianbatrisyia said...

emmmm....sedap & cantik. sesuai sgt buat hidangan family & tetamu. beruntungnya kak ita, chef da bg peluang & motivasi...
kak ita sgt merendah diri, tp kak ita mmg berbakat sebenarnya.

aida yahya said...

Cantiknya..kuih talam ni jarang dibuat dan dijual.saya akan cuba nanti.tq atas kesudian berkongsi.

Sharill A.H said...

Terbaik la kak ita..

Razinah Hadi said...

Sangat kreatif, dah lama sy cari resepi ni.tq 4 d recipy

Najihah Abdul Mutalib said...

nampak pun dh tau kesedapannya..mesti cuba ni..

Roslily Abd Halib said...

Terbaik dan sangat kreatif...mesti cuba

Powered by Blogger.