Follow if you like

Sep 27, 2014

Sup Tulang Berempah 2


Sup Tulang Berempah ni selalu ita sediakan terutamanya bila ita membeli tulang di pasar. Ita juga kerap sediakan bila ita tak berapa berselera nak makan, bila badan mula rasa tak sedap.. Makan sup panas dengan nasi hangat terasa segar sikit bila badan mula berpeluh.



Resepi ini ita pernah kongsikan sebelum ini di SINI. Selalu ita malas dah nak share resepi yang ita dah pernah kongsikan, tapi kali ini ita tambahkan cili api dan asam keping, atas permintaan suami yang inginkan sup yang pedas dan terasa masam sedikit kerana dia tak berapa selera dan tak sedap berapa badan..

Resepi masih lagi dari tuan empunya yang sama siapa lagi kalau bukan Pak Engku. Tak perlu di perkenalkan lagi kerana rata-rata semua sudah tahu akan kehebatan dan kepakaran anak kelahiran Kampung Batu Laut ini.

Jom lah kita intai resepi orang tak berapa sihat hari ini..


SUP TULANG BEREMPAH
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg tulang
5 ulasbawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ dikisar
1 biji bawang merah belah 4
2 helai daun pandan
2 camca besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
3 camca besar rempah sup daging
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 batang saderi ~ dihiris kasar
50 ml susu cair
5 tangkai daun sup - dihiris halus
4 camca besar minyak masak
100 gm bawang goreng
1 liter air
garam secukup rasa
Dalam resepi kali ini ita tambah 5 biji cili api yang di ketuk
Ita juga tambahkan 1 keping asam keping



Tulang direbus dgn daun pandan sehingga empuk.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia dgn kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serta buah pelaga sehingga naik bau.
Tuangkan air rebusan tulang tadi, masukkan tulang. Renihkan sehingga tulang pada daging lembut.
Kemudian masukkan rempah sup, susu cair, lada hitam, hirisan batang saderi dan garam secukup rasa.
Ita masukkan juga cili api dan asam keping
Apabila sudah mendidih, taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
Sedia di hidangkan bersama nasi putih atau roti






No comments:

Powered by Blogger.