Follow if you like

Sep 8, 2014

Sotong Masak Lemak Padang


Sajian ini ita sediakan untuk hidangan kami sekeluarga semalam. Sekali lagi ita mempersembahkan resepi sentuhan air tangan Pak Engku dari koleksi buku milik beliau Santapan Gulai Tradisi.
Terdapat 137 resepi yang terbaik daripada beliau dan banyak juga antaranya yang telah ita cuba. Semuanya sedap-sedap belaka. Ita ada 4 buku beliau, Santapan Gulai Tradisi, Santapan Lauk Pauk Tradisi, Resepi Kenduri Khawin dan Santapan Kuih Muih Tradisi. Bannyak lagi koleksi buku milik beliau yang ita tidak dapat temui lagi.. insyaallah ita akan cuba dapatkan semuanya di pasaran, kerana sememangnya sentuhan Pak Engku sangat membangkit selera.



Hari ini ita memilih Sotong Masak Lemak Padang pula, sebagai hidanagn kami sekeluarga. Kebetulan ada pulak sotong dalam peti ais.. tapi sotong tak berapa besar, kebiasannya ita buat sambal tumis sotong atau ita buah rencah untuk mee. Tapi bila ita dah berkenan resepi Pak Engku ni.. ita mengambil keputusan untuk mnggunakan sahaja sotong yang kecik-kecik ni..

Ita lawankan dengan ayam goreng krispy dan juga sambal belacan. hihi.. rumah ita ni tak boleh lari dari sambal belacan atau sambal tumis..
Sedap juga lauk ni.. dan serasi juga dengan kami.. satu lagi koleksi resepi pak Engku di dalam simpanan ita.

Anda nak cuba untuk hidangan hari ini..?


SOTONG MASAK LEMAK PADANG
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak
Perasan dengan garam
Sedia di hidangkan



8 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya suka tengok Pak Engku masak di tv.. pakai campak2 jer, heheheh

Azura Aziz said...

oh boleh cuba ni.. sbb anak Alycia mmg suka lauk sotong..

eeizan said...

kecur air liur :)

eeizan said...

kecur air liur :)

Lieyanna said...

Alhamdullillah,saya dah cuba try test dah resepi ni, sangat mudah n sedap. buat diner hari ni. TQ sis. Tak sia2 saya google resepi masa jem td. :)

Zuhra mohamed ismail said...

Saya dah cuba untuk makan malam semalam. Alhamdulilah. Sedappppp.. mak mentua suami saya tak jadi jual mahal dok makan sekali. Hehehh. Terima kasih kak.

Riyadhul Hasanah said...

izin share ..tq

Aisya Redd Rohim said...

Cari forum dah guna resepi kak ita dgn foto.
Lepas tu claim resepi dr pak engku

Powered by Blogger.