Follow if you like

Sep 28, 2014

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Ubi


Masa ita kecik-kecik dahulu ita cukup suka makan siput sedut. Tak kira apa pun menu siput sedut ita akan makan dengan cukup berselera sekali.

Kebiasannya mak akan masak siput sedut masak lemak cili api, ada kala mak masak pedas dan ada kala mak masak gulai bersama batang keladi. Walau apa pun menu yang mak sajikan siput sedut tetap menjadi pujaan hati ita hingga lah pada suatu hari yang tak terduga....



Hari itu ita mengikut emak ke pasar, seperti biasa ita minta emak masakkan ita siput sedut. Sampai di pasar emak terus menuju ke gerai menjual siput. Dalam memerhati emak memilih bungkusan siput, ita terpandang lah di dalam bakul yang penuh dengan siput yang sedang memanjat bakul. ya Allah ita terus menjerit kegelian. Ita ni memang sangat pengeli... Emak terkejut bila ita menjerit. Ita tanya mak apa binatang dalam bakul tu.. mak kata itulah siput sedut yang ita suka.. Ya Allah terkejut ita mendengarnya.. hari itu lauk siput sedut yang mak sajikan tidak ita sentuh lansung.. ita masih terbayangkan siput yang galak memanjat bakul di pasar.. Sejak itu ita memang tak sentuh lagi lauk siput sedut..


Kini anak ita Dalili pula yang sangat mengemari siput sedut. Ita akan bawa Dalili makan siput sedut di kedai jika dia teringin nak makan. Dah berapa kali Dalili memujuk ita supaya memasak sendiri siput sedut.. katanya tak puas makan di kedai kerana tak boleh makan berulang-ulang..

Ita bukan tak nak masak siput sedut.. cuma ita risau jika Dalili juga akan terbatut seleranya bila ita masak siput itu di rumah nanti.

Kerana mengenangkan Dalili yang teringin makan siput sedut, maka hari ini ita membeli siput sedut di pasar. Kebetulan suami ita sudi untuk membantu ita mengerjakan siput sedut itu. Ita memang tak beranai nak pegang.. adoiii... habis naik bulu tengkuk di buatnya.


Selepas membersihkan siput suami ita bergegas untuk mengambil Dalili yang kebetulan pulang awal. Ita pula pada waktu itu sedang berbual di talifon dengan adik. Bila selesai berbual ita terus menuju ke dapur untuk memasak.. Ya Allah terkejutnya ita dan apalagi menjerit dan terlenting-lentinglah ita kegelian bila siput dah mula merayap di dapur.. Ita terus belari keluar untuk menunggu suami ita pulang...

Bila suami ita balik dia terkejut melihat ita dok di luar rumah.. Ita pun ceritalah pada suami yang siput tu dah mengambil alih tugas memasak di dapur.. apalagi tergelaklah suami ita...
Dalili pula berlari-lari nak melihat..

Emmm... dah agak dah..
Bila ita dah siap masak Dalili takut nak makan.. Dia terkulat-kulat melihat siput sedut yang dah menjadi gulai..
Kesian Dalili... sebab tu lah mak tak nak masak siput ni di rumah.. emak tahu Dalili juga nanti akan jadi seperti emak..


SIPUT SEDUT MASAK LEMAK PUCUK UBI
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

1 kg siput sedut
2 ikat pucuk ubi
5 ulas bawang merah ~ kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
2 inc kunyit hidup ~ kisar halus
2 inc halia ~ kisar halus
15 tangkai cipi padi ~ kisar halus
2 batang serai ~ di titik
500 ml santan

Siput sedut di berus hingga bersih
Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur
Potong bahagian ekornya
Cuci bersih dan toskan

Pucuk ubi ambil bahagian pucuk daun yang lembut
Rebus hingga empuk, angkat dan toskan

Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan santan, serai dan siput
Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
Masukkan pucuk ubi
Perasakan dengan garam
Masak hingga kuah sedikit pekat
Sedia di hidangkan








5 comments:

sYiRa LoKMaN said...

singgah siNI SEMULAAAAAA..rasanya LAMAA dah tak singgah kan..hehee :D

adda syuhada said...

nampak macam sedapppp je teringinlah nak buat tunggu ada waktu terluang mesti nak try

Ruzita Idias Ismail said...

Sama dengan Ita, Ita pun sangat sukakan siput sedut tapi masa kecik2 dulu pergi sungai kutip sendiri siput tu.. mmg seronok mengenangkan zaman kanak2..

Ismail Said said...

Nampak sedap,rasa mmng sedap ni.,gambar semua cantik2...susunan ayat pun friendly jer...terbaik.

Karimah Yusoff said...

siput sedut boleh masak dgn daun kesum atau daun badak

Powered by Blogger.