Follow if you like

Sep 16, 2014

Satay... satay.. mari makan satay...


Apa kata malam ni kita pekena satay pulak!
Ita suka sangat satay.. Tapi ita tak boleh makan banyak.. Paling banyak ita makan 5 cucuk. Itu pun ita dah tersandar kekenyangan...



Satay.. satu lagi makanan yang menjadi kesukaan ramai tidak mengira bangsa. Ia juga bukan sahaja popular di Malaysia malahan turut di kenali di negara-negara Asia Tenggara. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga satay, tetapi saiznya lebih besar.
Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guyana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya satay di benua Amerika Selatan.


Satay adalah kepingan daging yang di perap dengan rempah kemudian di cucuk pada batang lidi. Ianya kemudian di bakar atau di salai atas bara api. Satay di makan bersama kuah kacang atau kuah satay. Selain itu ia juga di makan bersama ketupat atau nasi himpit , timun dan bawang.

Kali pertama ita makan satay ketika ita kecil lagi.. Pada masa itu setiap kali bapa ita dapat gaji, beliau akan membawa kami makan satay. Ketika itu satay masih lagi di jual secara tradisional. Kalau ada sesiapa yang masih ingat, di bandar Johor Bahru dahulu di hadapan pasar lama, ada seorang pak cik tua yang menjual satay secara di kandar. Dia menjual satay di deretan kedai di hadapan pasar. Kami memanggilnya wak satay. Seronok sangat bila di bawa makan satay. Kami duduk atas bangku rotan yang kecil-kecil tu.. mungkin sebab bangku itu daripada rotan dan kecil-kecil , ia memudahkan wak satay untuk memgandarnya. Sedap sungguh satay wak.. kami makan dengan berselera sekali.


Itulah pengalaman ita makan satay yang pertama. Tapi kalau nak tahu, mak ita dia tak makan satay.. kata orang kalau tak makan satay ni pakai susuk... hihihi... tak adalah mak ita dia memang tak suka makan satay... ruginyaaaa.... kan?

Satay yang popular di Malaysia pastilah satay Kajang. Ita selalu juga makan satay Kajang. Ita suka juga sebab dia ada sambal asing.. maknanya kalau kita nak pedas kita letaklah sambal tu.. kalau tak suka pedas tak payahlah letak sambal.

Kalau di Johor, satay yang ita rasa paling sedap di Jalan Yunos,  Kampung Dalam, Pontian. Orang Pontian kalau buat satay memang sedap!. Ita pernah makan satay yang pada ita sangat sedap dengan dagingnya yang lembut berempah dan manis serta  kuah kacangnya yang memang power. Tapi pak cik ni dia jual kat rumah aje.. kebanyakkan orang yang datang beli adalah regular customer.. jiran-jiran dan juga orang kampung. Memang sedap giler sataynya... tapi ita tak taulah dia ada jual lagi atau tidak sekarang. Ita makan sataynya masa ita bertandang ke rumah mak cik suami di Pontian, masa tu mak cik suami ita  angkatkan kami satay.. memang sedap.. tapi sebab masa tu baru berkhawin.. malu-malu kucing lah nak makan..


Satu lagi satay yang ita suka ialah Atan Satay yang berniaga di tepi bustand Pontian, berhampiran Dewan Jubli Intan Pontian. Selain sataynya sedap abang Atan ni dia cukup peramah... sesiapa yang melintas di gerainya semua di sapa sambil menghulurkan beberapa cucuk satay untuk di rasa..
Kerana suka satay abang Atan ni setiap bulan pasti kami akan pergi makan di sana. Masa ita tinggal di Desaru, kami sanggup drive dari Desaru ke Pontian semata-mata untuk makan satay abang Atan. Hingga kini kalau kami datang dari jauh abang Atan dah melambai-lambai dengan riuh-ramah suaranya..

Hari ini ita nak berkongsi satu resepi satay yang pada ita sangat sedap!
Ita dapat resepi ini sewaktu melintas di fb Mamak Haji. Terima kasih sangat kepada Mamak Haji atau mungkin lebih sopan jika ita memanggil sebagai Tuan Mamak Haji, kerana sudi kongsikan kepada kami resepi satay yang istimewa ini.



Seronok sangat bila dapat membuat sendiri satay dan menjadi kesukaan suami dan anak-anak. Anak ita Dalili makan bercucuk-cucuk... selalu kalau pergi makan satay paling banyak Dalili makan 2 cucuk.. yang lain dia dok bantai makan timun.. hihi sebab Dalili ni dia suka sangat makan timun..
Tapi kali ni ita sangat teruja bila di makan bercucuk-cucuk dan minta buatkan lagi satay..

Tak sabar rasanya nak berkongsi keseronokkan ita menyediakan satay bersama anda semua.. Semoga dengan perkongsian ini melipat gandakan lagi pahala buat Tuan Mamak Haji dan menambahkan lagi ilmu buat suri rumah semua.


SATAY DAGING ATAU AYAM
Resepi Oleh : Mamak Haji

Resepi ini boleh di gunakan untuk daging, ayam , kambing atau apa-apa daging yang di rasakan sesuai. Sukatan ni untuk keluarga yang sederhana, kalau ramai buatlah lebih-lebih takut tak cukup pulak!

Bahan-Bahan 

1 kg daging lembu atau ayam
3 sudu besar madu  atau gula merah
2 sudu kecil garam
kayu lidi secukup dan direndam semalaman ~ ini untuk mengelakkan lidi hangus semasa proses membakar satay nanti

Bahan Kisar

8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
3 batang serai dihiris ~ ambil bahagian putih saja
4 cm halia
3 cm kunyit hidup

Bahan Sangai

2 sudu besar biji jintan manis ~ disagai dan ditumbuk halus.
2 sudu besar biji jintan putih ~ disagai dan ditumbuk halus.
3 sudu besar biji ketumbar ~ disagai dan ditumbuk halus.

2 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam dan gula secukup rasa.

Mula-mula kita potong daging terlebih dahulu. Potong daging bentuk kiub, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Jika besar sangat nanti masa bakar satay lambat masak. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
Sementara itu kita sangai dahulu bahan sangai dan kisar atau tumbuk halus.
Kisarkan juga semua bahan kisar. Kalau nak satukan dengan bahan sangai dan kisar bersama pun boleh.
Gaulkan daging dengan madu, kalau tak ada madu boleh guna gula merah.
Gaulkan juga dengan bahan kisar dan bahan sangai yang kita dah tumbuk halus tadi.
Jangan lupa perasakan dengan garam dan juga gula.


Perap bahan ini paling kurang 2 jam di dalam peti ais, tapi sebaik-baiknya semalaman supaya semua bahan perapan meresap dalam daging.


Keluarkan daging  yang telah perap dan  mulakan cucuk di lidi satay. Cucuk daging cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas daging telah cucuk , tekan sedikit dengan ibu jari dan jari penunjuk untuk meleperkan sedikit daging supaya senang masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit supaya daging masak luar dan dalam. Tak lah luar dah hangus tapi dalam masih tak masak.

Nota: Air perapan daging ini jangan dibuang, simpan untuk membuat kuah satay.


Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi daging. Api atau bahang panas tidak boleh di sasar pada batang lidi kerana di khuatiri batang lidi hangus terbakar. Oleh kerana daging cepat kering apabila di kenankan bahang api arang, maka gunakan minyak merenjis  untuk disapukan  atau di renjiskan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian perdu serai memadai). Terbalikan satay dua atau tiga kali untuk daptkan warna satay yang menarik.




Minyak untuk disapu pada daging semasa bakar

1 biji buah keras ~ ditumbuk lumat atau di kisar
1 sudu besar gula
1 sudu besar air
1 sudu besar minyak masak
1 batang serai ~ di titik

Satukan semua bahan kecuali serai  dan kisar halus
Serai yang telah di titik perdunya di gunakan sebagai berus untuk merenjis minyak atas daging


Mudah aje kan cara nak membuat satay ni.. Ok sekarang kita sediakan kuah sataynya pula. Kuah satay ni ita buat ikut style ita tapi masih lagi menggunakan resepi original Tuan Mamak haji. Cuma cara ita masak ita ikut style yang biasa ita buat kuah kacang.




KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

4 biji buah keras
1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus
1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus
20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih
5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak
3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak
20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak
3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja
3 cm lengkuas
1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikan
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan  goreng bawang merah dan bawang putih
Setelah layur angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.
Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

1 cawan gula Melaka atau gula kabung
1/2 cawan minyak untuk menumis
1/2 cawan santan
1 batang serai ~ di titik
40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya  ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan daging
Air lebihan perapan daging


Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titik
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyak
Kemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.
Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.
Renihkan hingga mendidih
Kemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.
Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!
Akhir sekali masukkan santan
Masak hingga kuah sedikit pekat
Dah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.
Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!





Selain itu satay turut di makan bersama timun, ketupat atau nasi himpit dan juga bawang.
Fulamakkkk... sedap giler satay ni..
Aduhhh... rugi kalau tak cuba!

Jangan jadikan alasan tak ada tempat membakar satay sebagai penyebab tidak mahu mencuba. Ita pun tak ada tempat membakar satay.. tapi biasalah.. bak kata perpatah.. kalau tak ada rotan akar pun berguna juga...

hihi.. ita guna kaedah DIY untuk tempat bakar satay ni. Mudah aje, ambil tin biskut dan tebuk lubang, pada salah satu bahagian sisinya. Lubangkan tepinya untuk di letakkan dawai, ita guna pencucuk ayam tu.. bahagian penutup di buka untuk memudahkan kita nak letak arang dan menyalakan api. haaa... mudah aje kan.. tak payah nak beli-beli.. kitar aje semula..





Ini Malaysia kita




26 comments:

MamaFaMi said...

Lamaaa dah tak makan satay. Satay beli pun lama tak makan, satay buat sendiri, laaaaaaaagilah berzaman tak makan! Hehehe... jamu mata je la tengok satay Ita yang enak menyelerakan ni...

Shiela said...

Aduhhh.. Tetiba lapar perot nengok satay ita ni.. Rajin sungguh laa..

Sue said...

Terima kaseh kerana selalu kongsi ilmu anda....Sangat teruja dgn Blog anda. Well done & excellent job....

myxa said...

Suka idea ni.. Tq kak ita

Mas Zull said...

assalamualaikum ita...sedapnya tengok satay ni lama x buat sendiri...idea tempat pembakar yg senang n simple...:)

Feeza Majmi said...

bestnye k.ita

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita... kreatifnya tempat bakar sate tu!!!!

pada sy pulak sate yg paling sedap yang ada lemak kat tgh2 tu.. mcm sate kg melayu.. kawan sy, jual sate kat depan avon uda, pun boleh tahan sedap.. namanya sate aceh..

Najdiah Zakaria Nadia said...

Terima Kasih Puan Azlita diatas perkongsian ilmu-ilmu masakan yang lama dan terkini.

:-) ^_^ <3

Puan Azlita boleh tak tolong ajarkan macamana nak buat ketupat nasi serta cara anyaman daun kelapa tu.

Syuhada Azaha said...

Sagai tu ape erk?

LadyDZ said...

Sagai bermaksud menggoreng tanpa Minyak

miaqaisarah.com said...

Mmmm.. memang sedap sangat satay kajang ni.. tambah-tambah makan masa open house beramai-ramai dengan kawan-kawan memang lagi lah menyelerakan..

Masa open house ni la banyak saya makan satay kajang.. :)

http://miaqaisarah.com/2015/08/06/jamuan-raya-supermom/

ummiahmad said...

Sedapnya

mudabahaya said...

terasa mc lapar pula :)

Unknown said...

kak ita boleh x nk goreng sate ni?

Zukarnai Ahmad said...

Tq k ita teruja nak mencuba resepi sate nih.. Tempat bakar pun diy lagi.. Hihi best3.. Daging korban banyak nih..rezeki di aidiladha mudah2an menjadi sate sy nanti.

Unknown said...

Saya suka mkn satay cicah air sirap

Mohd Hazriq Norshah said...

Saya suka makan satay landak cicah budu..sedap..kat daerah bachok ada jual..murah 20 ,sen sebatang

Mohd Hazriq Norshah said...

Bagi saya satay terbaek ialah rasa yg cukup pedas manis...saya org klantan mix siam...memang suka manis n rasa jintan

Mohd Hazriq Norshah said...

Memang betul di amerika selatan..ada menu sate..tapi cuma olahan resipi dan menu berlainan..kat bolivia satay di panggil anal

Mohd Hazriq Norshah said...

Saya suka mkn satay cicah air sirap

matahari said...

Saya suka makan satay cicah tempoyak

Nur said...

Thank you

siti zulaikha said...

Wehhh...mleley air liur ni wey... Aduh sdp nye satay..... Tringin wey nk mkn satay

Laily Othman said...

Terima kasih untuk resepinye ye.. Saya bru je siap buat.. :)

Titanickaram said...

Orang kata kalau nak uji satay tu sempurna atau tidak, makan masa satay tu sejuk. Kalau masih lembut, memang satay yang terbaik. Setengah tu keras macam batu bila dah sejuk.

*Saya sendiri telah membeli satay di beberap kedai yang berlainan dan membuat ujikaji. Sakarang dah tahu kedai mana yang menjual satay yang terbaik :)

MOHD FAIZAL said...

Bahagian kambing yg belah mana sedap kalau nak buat satay

Powered by Blogger.