Follow if you like

Sep 24, 2014

Puding Kek Cendol dan Cincau


Puding kek, telah menjadi satu trend dewasa ini. Puding yang di lapisi dengan lapisan kek lebih di gemari kerana bukan sahaja enak malahan corak dan warnanya cukup memikat sesiapa sahaja yang memandang.



Mungkin ada yang sedikit keliru antara agar-agar , puding, dan juga jelly.
Agar-agar sedikit keras teksturnya dan lebih padat.
Jelly pula lebih kenyal, ringan dan warnanya lebih bersinar
Puding pula biasanya lebih lembut dan ada yang di makan bersama kuah susu, santan atau kastard.


Untuk menyediakan Puding dan agar-agar biasanya kita menggunakan agar-agar serbuk atau agar-agar bertali. Jika dahulu ramai yang menggunakan agar-agar tali tapi kini ramai yang beralih kepada agar-agar serbuk, kerana penyediaannya lebih mudah dan cepat.
Manakala untuk menyediakan jelly pula kita menggunakan serbuk jelly.

Sebenarnya jika kita bijak dan kreatif , kita boleh mengolah sendiri pelbagai jenis agar-agar dan puding yang cantik dan menarik.

Hari ini ita sempat sediakan puding kek yang bukan sahaja menarik malahan cukup enak rasanya.
Puding ni sangat sesuai sebagai hidangan untuk majlis tertentu maupun untuk kenduri kendara.

Untuk resepi puding ini ita menggunakan loyang spring yang berukuran 8 inc. Apa yang anda perlukan adalah 1 keping kek span pandan sebagai dasar puding ini. Jika tak ada kek span pandan anda jug boleh menggunakan kek span vanilla.

Jom kita lihat apa bahan yang kita perlukan


PUDING KEK CENDOL DAN CINCAU

Lapisan A ( Lapisan Dasar )

1 keping kek span pandan  saiz 8 X 8 inc ~ untuk resepi kek span pandan boleh rujuk di SINI

Lapisan B ( lapisan Coklat)

250 gm santan
250 gm susu segar
5 gm agar-agar serbuk
70 gm gula Merah atau gula timbang
1 sudu besar gula pasir
1 sudu teh tepung Honkew
1 biji kuning telur
secubit garam

Lapisan C

400 ml santan cair ( 200 ml santan KARA + 200 ml air )
5 gm agar-agar serbuk
80 gm gula halus
1 sudu teh tepung Honkew
60 gm cincau ~ di potong dadu
100 gm cendol
sedikit pewarna hijau apple
sedikit pewarna kuning lemon


Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah di basahkan terlebih dahulu
Satukan semua bahan B kecuali kuning telur, hingga gula dan agar-agar larut
Ambil 1 senduk dan campurkan dengan kuning telur, kemudian kacau rata
Tuang semula ke dalam adunan agar-agar, kacau sebentar dan tutup api
Kemudian di tapis.
Tuangkan adunan coklat ( gula merah) ke atas lapisan kek dan biarkan sejuk dan mengeras.

Satukan bahan C kecuali
Cendol
Cincau
Pewarna kuning dan hijau

Dan masak hingga agar-agar dan gula melarut
Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian di letakkan pewarna kuning dan cendol
Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan coklat ( gula merah) yang telah keras tadi.
* jika anda bimbang ia tidak melekat, cucuk atau cakar permukaan agar-agar yang dah mengeras tadi dengan garfu, kemudian baru tuang adunan kuning.
Biarkan ia sejuk dan mengeras

Bila dah keras, cucuk dan cakar permukaannya dengan garfu sebelum di tuang lapisan hijau.
Tuang lapisan hijau dan taburkan cincau yang telah di potong dadu
Simpan di dalam peti ais hingga beku
Bila dah sejuk dan beku, bolehlah di potong.





7 comments:

Kak Nita said...

salam kak ita ...
mmg menjadi trend puding kek ni kan..
terima kasih kerana berkongsi resepi...

Zefa NorAsmara said...

MasyaAllah, tgk gambar pun dah sedap. Apatah lagi betul2 rasa. Tkasih kongsi resepi.. :D

fazianbatrisyia said...

yummmyyy....sedap beno Nampak kek pudding ni...cantik pulak tu

Siti Sajada said...

Salam kak ita..terima kasih kerana share resepi..sesungguhnya kebanyakkan resepi kak ita memang sangat menolong saya memasak untuk family saya...

mrs eyza said...

salam kak ita...
cantiknya puding kek akak buat...nak tanya kalau kita tak letak cendol dan cincau boleh tak?

suryani nur said...

Salam kak ita..
Sedapnye puding ni...sy nk tnya..lapisan B utk sukatan santan dan susu segar mmg dlm gm ke?

suryani nur said...

Salam kak ita..
Sedapnye puding ni..sy nk tnya..lapisan B utk sukatan santan dan susu segar mmg dlm gm ke?

Powered by Blogger.