Follow if you like

Sep 27, 2014

Pisang Goreng Cheese


Pisang Goreng Cheese cukup popular sekitar pertengahan tahun ini. Ianya sangat mendapat permintaan ramai hingga ada yang merebut peluang keterujaan orang ramai untuk menjadikan ianya sebagai pendapatan sampingan.

Ramai yang menceritakan dan mengambarkan betapa enak dan lazatnya bila dapat menikmati pisang goreng cheese. Bertambah enak lagi bila di makan ketika masih hangat.. pergh..!




Pisang Goreng Cheese di katakan dessert yang cukup popular di negara jiran Indonesia. Ianya di jual di jalanan dan sangat di gemari warga setempat maupun para pelancung.
Ada juga yang menyatakan resepi ini berasal dari Sabah. Tak kiralah dari mana asal usulnya, kini ia telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia pula.


Pada awal kemunculannya, ita tertanya-tanya juga.. sedap ke?
Ita hanya dok bayangkan pisang yang berenang dalam minyak di curahkan pula dengan susu pekat manis dan ditabur pula dengan cheese dan coklat rice.. ya Allah... berkilo-kilo lah kalori berenag-renag dalam badan yang semakin hari semakin montok ini..

Keinginan untuk mencuba dan merasa terpaksa di pendamkan memandangkan kerisauan terhadap tubuh yang semakin hari bagaikan di pam-pam.. bulatnya.

Di sebabkan ramai permintaan daripada rakan follower yang minta ita kongsikan resepi dan juga atas permintaan anak ita Dalili yang  teringin nak merasa, maka hari ini ita mulakanlah proses menambahkan lemak dalam badan ini... erghhhhh.....!!


Resepi kali ini ita ambil dari blog cik adik kita yang manis dan rajin memasak ni.. Azhafizah
Sebenarnya nak buat pisang goreng cheese ni tak lah susah mana pun.. rasa adik-adik dan anak-anak pun boleh mencuba.

Apa bahan yang kita perlukan pastilah pisang. Pisang ni anda boleh guna apa-apa pisang yang sesuai untuk di goreng seperti pisang nipah, pisang tanduk, pisang nangka atau pisang lain yang sesuai di goreng.

Pisang janganlah terlalu keras dan jangan juga yang terlalu masak, yang sedang-sedang aje ya.. kalau muda sangat nanti dia keras dan tawar.. tak sedap pula. Kalau pisang masak sangat nanti dia benyek dan serap minyak yang banyak pula.

Jika di Indonesia, biasanya pisang ni di goreng terus dalam minyak panas tanpa di celup tepung. Tapi biasanya pisang ni kalau kita tak celup tepung dia akan menyerap minyak yang banyak. Rasanya pun tak berapa enak.
Ada juga sesetengah tempat di Indonesia ianya tidak di goreng sebaliknya di bakar.

Jika nak celup tepung boleh gunakan resepi pisang goreng yang ita pernah kongsikan sebelum ini di SINI

Atau kalau nak lebih ringkas boleh lah guna tepung goreng pisang segera dari ADABI. Atau kalau nak yang lebih mudah lagi, bolehlah beli pisang yang dah siap di goreng dari gerai menjual goreng pisang berhampiran rumah anda.. ha.. mudah kan..

Kali ini ita menggunakan pisang nangka untuk resepi kali ini


PISANG GORENG CHEESE
Resepi Oleh : Fiza

Pisang Goreng

Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur


Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan


Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.









35 comments:

Siti Rasyidah Razali said...

salam perkenalan k.ita. wah nampak sedap sgt pisang cheese ni. trus bkeroncong perut ni dbuatnya. ☺Resepi nampak mcm mudah nt boleh cuba

ayudiah respatih said...

Assalamua'laikum..
kak ita resepnya napak sedap sekali... mungkin lain kali saya mau coba...
Terima kasih resepnya:)

Fazillah Abdul Ghani said...

salam k.ita..

sedapnye pisang goreng cheese nie..thanks ye sharing resepi..leh cube pasni

mama sara nur said...

Assalam k ita
Tak penah rasa lg, masa asben blk dari sabah dia cerita kesedapan pisang ni
Jarang asben sy tau pasal mknan sedap hehee tp sy wat x kisah je hinggalah menular kat blog
Ooo rupanya gini ye, kalu mkn dgn susu biasa la sedapp. goreng pisang cicah susu cuma tabur cheese tu blm rasa camna

Najihah Shafie said...

Sedapnya..favourite Jiha ni..tp xleh makan selalu..takut badan kena pam2 nanti hehe

Ieda said...

resepi yg kak ita kali nie nmpak sedap n terasa nk cuba..

Aishah Hussin said...

salam kak itaaa..sy da lame follow kak ita. tapi malu nak komenn.. tapi tak dapat nak tahan diri dari komen lpas tgok posang greng kak ita... hihii

salam kenal kak ita. kalau sudi, singgah singah la blog kite yg tak sbrapa tu.hhee

http://omeybulat.blogspot.com/

Cik Puan Eka said...

lain pulak resepi yg ni. Bolehla cuba nanti hehehehe

Siti Nordiana Abd Manan said...

Salam perkenalan kak ita..mmg sejak2 akhir ni org dok sebut pasal pisang cheese ni...tapi susah sgt nak cari..apa pun tq sbb sudi share resepi...

iman rahman said...

Assalamualaikum...salam ukhwah...sy iman...kagum dengan air tangan k.ita..memang magik! Keep it up.. U go girl..hihi.. Kecur air liur tgk pisang goreng ni..nt nk try..maveless!! Tata k.ita

AriedaWanda said...

Assalam..tq atas perkongsian..kena cuba jugak ni..

Roziana Zana said...

Wow best..mesti kna cubq buat sndri nih!!

Azhafizah Md Nor said...

wow..akak punya lagi sedap ni kak :)

kehidupan sihat said...

mmg pisang goreng cheese ni jadi fenomena.Sampaikan perut pun kene ikut trend nak makan pisang goreng ni.haha

Nampak sedap betul tengok gambar akak buat ni.

Tekong Royal Belum said...

sedapnya......

Baiti Jannati said...

Kak Ita..nak lagi sedap guna pisang tanduk..lepas saya mkn pisang cheese kt kedai RJ di Kuching, Sarawak aritu..terus jatuh chenta..hehehe..pisang tanduk isi dia manis n lembut..mmg seswai sgt buat pisang cheese

BUNGA-BUNGA RIBOON CANTIK said...

Sedap👍👍👍

BUNGA-BUNGA RIBOON CANTIK said...

Sedap👍👍👍

Rozihan Ibrahim said...

Sedapnyer

Miss Ohara said...

sedapnya..pisang tu pakai pisang raja ke? memang terbaik..tq sharing...

Empayar Marlisha said...

wau teringin nak buat tapi xsempat lagi.. mengharapkan ada org jual dekat rumah ni hihi nak beli :)

Sovia Adra said...

Cm senang jerk... nk wt la... jp2 g
... thx :)

Spektrum Rasa said...

Sedapnya

wani syamimi said...

Sedap tengok makan petang petang ni . Tapi akak , manis sangat tak ?

Hasnah Abu Bakar said...

Mesti kalori tinggi kan?

Diyana Naqiuddin said...

sedapnya. esk nk kne cri pisang la utk buat. anak sy suka sgt2.

Milie Suraya said...

Huuu sedap je nampak tp saya tak berkesempatan nak buat.... jadinya beli je la... jom singgah ke blog saya jamu mata dgn keenakan g.pisang cheese pasir putih http://www.suemilie.blogspot.com/2015/05/goreng-pisang-cheese-yang-super-sedap.html?m=1

Riyadhul Hasanah said...

mohon share

Aryn Fadzlee said...

Terima kasih atas resepinya. Baru cuba tadi.. Percubaan pertama kurang ckit.. Nanti nak cuba kagi :)

Miss Tahiti said...

Asslkm.nak try la resipi ni.tau makn je.heheh.mohon share ��

Liza Nasir said...

Assalamualaikum kak ita...
Sedap rasanye..saya suka cari resepi best2 kat blog kak ita..saya share resepi ni ya...Ingat nak meniaga..hehe..doakan saya di mudahkan urusan ya..aamin..
Terima kasih kak ita 😍😍😊😊

adam ahad said...

Share please..tq

Ima Hamdan said...

Ya Allah! Sedapnya. Bagus resipi ni ajar gaul pisang dalam topping.
Selalu kat kedai just tuang susu sikit je atas pisang tu. Kedekut. Huhuhu

aisy_iezzie5565 said...

seyes.... resepi nila yg sya cari... akhornya jmpe kat blog k.ita.. thnk alot... da try byk resepi gorebg pisang ni.. tp nila yg plg mavless

Kiejoy Fad said...

Erm dap dap..pinjam resepi ye 😊

Powered by Blogger.