Follow if you like

Sep 29, 2014

Peria Telur Asin Berlada sedapnya...!


Sebelum ini ita tak pernah makan peria. Selalu dengar orang kata peria tu pahit.. sebab itulah ita pun takut nak mencuba. Macam tu lah kita kan.. sering di momok-momokan.. Kadang kita tak cuba lagi.. tapi kita dah berikan anggapan yang tidak elok..



Hari ini suami bawa pulang peria.. Bila dah bawa pulang peria tu ita tahulah dia nak minta ita masakkan peria. Mungkin dah lama tak makan atau mengidam nak makan peria. Ialah setelah 21 mendirikan rumah tangga, ita tak pernah masak peria. Mungkin dia teringatkan masakan ibunya atau mungkin kenangan makan di asrama masa bersekolah dahulu.

Ita cubalah google untuk mencari rahsia buah peria. Anda semua nak tahu tak apa rahsia buah peria. Rupanya buah peria yang pahit ni banyak khasiatnya pada tubuh badan kita.





Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid yang terlewat. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa.

Rujukan : Homefamilysite ~ Khasiat Buah Peria Untuk Kesihatan


Hari ni ita cuba untuk masak peria. Ita cuba google untuk mencari resepi yang berkenan di hati. Akhirnya ita berkenan pula dengan resepi yang di kongsikan oleh  Ayu. Menurut ayu resepi ini dia Aeini.

Terima kasih kepada mereka berdua kerana kongsikan resepi yang sedap ini. Tak sangka rupanya bila di masak peria ini sangat sedap rasanya. Bila makan rasa sangat rangup hingga bertambah-tambah pula ita makan. Nampaknya lepas ni harus selalu ita cuba masak peria.

Menurut Ayu lagi, jika kita nak pilih peria, pilih yang retka-retaknya lebar atau kasar, ini adalah untuk mendapatkan peria yang kurang pahit.

Petua daripada mak ita pula, untuk hilangkan pahit pada peria, peria tu bila kita dah potong, rendam dalam air garam dalam 20 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya.


PERIA TELUR ASIN BERLADA
Resepi Oleh : Aeini
Rujukan : Ayu

Resepi asal Aeini menggunakan peria katak. Peria katak ni dia agak kecil dan lebih mengerutu kulitnya. Ita pula menggunakan peria biasa yang besar. Ita hanya guna 1 biji peria yang sederhana besar sahaja.

4 biji peria katak ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar

1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar



Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata

Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan



10 comments:

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Terliur okay hujan hujan tengok menu ni. Makan pulak dengan ikan goreng garing.. Oh my.. Tambah pulak dengan sambal belacan!

Cik Sue said...

sedapnyaaaaaa suka makan peria....

Umi said...

Slm kak ita... Saya pun menu peria hari ni tp peria masak lemak kuning. Saya lawankn dgn ayam masak kicap. Tiap2 hari saya view blog kak ita utk cari idea memasak. Saya msk ringkas shj krn saya working mother. Bg saya kak ita sgt talented esp on cake decoration. Saya nk tengok kak ita masak fine dining pula...mesti kalah chef hotel!

nurul taqiyah said...

Hahaha sama la saya pun xpernah mkn peria sebab takut kn pahitnya tu..

Ayu said...

Assalam Ita,
anjat gegurl...hahaha
peria memang favourite family akak..
memang dah macam2 cara dibagaikan masak peria ni..hehe
thank you sudi mencuba on behalf on aenio juga..peria ita lagilah nampak sedap akak tengok..:)

Mummy Putri said...

Sedapnye nampak.. Sy x prnh mkn peria besar. Tp suk mkn peria katak. Nak buat jgk la ni...

Jemput singgah ye www.sihatgojes.blogspot.com

Amie said...

Saya dulu pun takut nak makan peria sebab pahit, tapi bila dah tahu banyak khasiatnya, memang selalu beli peria. Yang paling saya suka, selepas selalu makan peria, 'bersih' perut kita tau Ita. Satu lagi, petua kami untuk hilangkan pahit peria ialah dengan cara campurkan satu sudu garam halus di atas hirisan peria, ramas-ramas sehingga keluar air peria, kemudian barulah bilas dan ramas / perah hingga air keluar / habis.

nurul taqiyah said...

Kak ita...yeaaa sya dh cuba resepi nih..mmg sedap..tercipta sejarh arini sya mkn peria..kihkihkih...pd yg xpnh mkn tu..cuba lh resepi ni..mmg sedap..dn lps ni nk mkn lg..dn lg..hihihi

Nurul said...

Mesti sedappp buat masak camni... suka makan peria ni... :)

ratuhati said...

salam sis...nk minta izin share khasiat n resepi peria nie ye.

Powered by Blogger.