Follow if you like

Sep 24, 2014

Nasi Lemak Mami Tanjung Berlauk Sambal Ayam Masak Serai


Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Dah sarapan? mestilah dah kan.. dah pukul berapa dah ni.. mungkin dah ada pun yang mula ke dapur untuk sediakan hidangan tengahari pula..  Ialah sekejap lagi anak-anak dah nak ke sekolah.. dan anak yang bersekolah pagi dah nak pulang ke rumah.. Kenalah cepat siapkan hidangan makan tengahari pula.

Ada juga para suami yang pulang untuk menikmati air tangan isteri tercinta.. Bertuahnya lah badan jika suami laebih sukakan air tangan isteri dari menikmati hidangan di luar..



Ita ni tak boleh nak sembang lama-lama sangat hari ni.. banyak lagi kerja yang perlu ita siapkan.. maklumlah kita ni suri rumahtanga.. kerja memang tak pernah habis..

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang enak dan lazat hasil perkongsian dari Tuan Mamak Haji. Sebenarnya dah dua kali ita masak hidangan ini tau! pertama kali ita sediakan untuk sahabat suami yang datang ke rumah pada cuti sekolah tempoh hari. Beliau sekeluarga bercuti ke Johor Bahru bersama keluarga. Terlanjur ita ada di rumah kami mempelawalah mereka makan di rumah. Dan inilah juadah yang ita sediakan nun jauh ita bawa dari Pulau Pinang.

Berselera sungguh ita lihat mereka menjamu selera. Anaknya yang kecil makan bertambah-tambah.. naik hairan neneknya.. Menurut kata neneknya kalau kat rumah cukup payah bila di ajak makan.. kalau makan pun hanya dua tiga suap sahaja.. tapi di rumah ita bertambah-tambah pula dia makan..
Mungkin dia seronok makan ramai-ramai.. lebih-lebih lagi makan di tempat lain.. dalam suasana yang berbeza.


Ita risau jika lauk yang ita sediakan pedas, maklumlah ita ni orang Johor kalau masak suka pedas-pedas... rupanya katanya tak pedas kerana orang Nogori ni lagi kuat pedas.. dan tak boleh tinggal dengan masak lemak cili apinya...

Ita terpikat dengan menu nasi lemak Mami Tanjung ni kerana ia masak menggunakan margerin atau butter dan di letakkan kulit kayu manis dan bunga lawang..  pasti lah lagi lemak rasanya dan aromanya pasti lebih memikatkan.. Dan yang membuatkan ita teruja nak mencuba kerana ia tidak di makan bersama sambal tumis sebaliknya di hidangkan bersama lauk sambal ayam masak serai.. waaa... macam mana rasanya tu kan...


Rasa nasi lemaknya ada kelainan sedikit walaupun macam hampir sama tapi ia lebih enak.. Ita menggunakan beras Jasmin dalam memasak nasi lemak ni.. Nasinya lembut, enak dan aromanya cukup bergelora perut yang berkeroncong..

Untuk lauknya pula, seakan lauk ayam masak kuali atau lauk kerutup yang mak ita selalu sediakan.. sangat sedap gandingan keduanya dan rasa kelainan bila di gandingkan bersama..
Bagi anda yang sukakan kelainan boleh lah mencuba!


NASI LEMAK MAMI TANJUNG
Resepi Oleh : Mamak Haji

Resepi asal Tuan Mamak Haji menggunakan sukatan 1 kg beras. Ita masak hanya 2 pot nasi sahaja memandangkan keluarga kami yang tidak ramai. Di sini ita kongsikan resepi yang ita dah kurangkan.

2 cawan beras ~ di cuci bersih dan toskan airnya
Jika menggunakan beras basmathi, rendam dahulu beras paling kurang 20 minit. Kemudian cuci dan toskan. Sukatan air bagi beras basmathi juga di lebihkan.

1/2 cawan santan pekat atau santan KARA
2 cawan air
1 sudu besar margerin atau butter
1 inc halia ~ di titik
1 batang serai ~ di titik
2 helai daun pandan di simpul
2 biji bawang merah ~ di hiris ( jika guna bawang besar 1/2 biji sahaja)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Macam biasa ita masak dalam periuk nasi.
Tapi kaedah memasak nasi lemak ni lain sedikit, kita guna kaedah tumis darat.
Beras yang kita dah cuci dan dah di toskan kita masukkan ke dalam periuk nasi dan ketepikan

Dalam periuk lain yang kecil, cairkan margerin atau butter.
Kemudian tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Masukkan juga serai, daun pandan, halia dan bawang yang telah di hiris.
Masak hingga naik bau aromanya dan bawang garing
Masukkan santan dan air
Perasakan juga dengan garam dan gula.
Masak hingga mendidih

Bila dah mendidih, tuangkan dalam periuk nasi yang ada beras dalammya
Tanak nasi seperrti biasa.
Bila dah masak gemburkan dan tutup semula periuk dan biar dia masak sempurna.

  
AYAM SAMBAL BERSERAI
Resepi Oleh : Mamak Haji

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil, cuci dan toskan
Ayam ni ita gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng dahulu 1/2 masak atau goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan

20 tangkai cili kering ~ di potong rendam hingga kembang, cuci bersih dan kisar halus
4 batang serai ~ 2 batang ita hiris dan kisar dan 2 batang lagi ita ketuk
2 inc lengkuas ~ kisar halus
1 inc kunyit hidup ~ kisar halus
8 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar ~ di kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3/4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
gula secukupnya anggaran 2 sudu besar
garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk menumis


Baki minyak goreng ayam tadi tinggalkan 1 senduk dalam kuali untuk menumis.
Tumiskan bawang, lengkuas, kunyit dan serai yang di kisar halus
Masukkan juga serai yang di titik dan tumis hingga harum dan terbit minyak
Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing
Bila dah garing masukkan asam keping, santan, garam dan gula secukup rasa
Biar kuah merenih sebentar
Akhir sekali masukkan ayam goreng, masak hingga ayam sempurna masaknya dan meresap sebati bersama kuahnya.


Ok! sekarang nasi kita dah pun masak.. lauk ayamnya pun dah masak..
Boleh lah kita hidangkan nasi ni bersama telur rebus dan timun..
emmm.... bau dia.. perghhhh!!! buatkan ita tak sabar betul nak merasa..
Apa tunggu lagi..
Bismillah....




6 comments:

SweetLicious By Pelangi said...

Sedapnya nasi lemak ni..mesti cuba next time..tghari ni nk cuba ayam masak merah berserai tu..nmpk sgt sedapp ����

Veronica Ng said...

Love your Nasi lemak, looks so delicious especially your Sambal chicken. Thanks for sharing.

TunSha Ayunie said...

ala2 nasi minyak gittew... cuma letak santan ye kak..... mesti cuba ni :)

Tentang Kita said...

menyelerakan....tp skang tgh diet nasi...mmg dah x makan nasi 2 bulan

nora liza said...

Aduh kak ita memang mengancam bila tengok tentunya rasa sedap

SweetLicious By Pelangi said...

Da cuba semalam mmg sedap sambal ayam ni mmg licin adik2 mkn...thanks kak ita share resepi marvelous ni 😘😘

Powered by Blogger.