Follow if you like

Sep 2, 2014

Nasi Goreng Cendawan



Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.
Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.




Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Cendawan


Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Ia juga mengandungi 9 asid amino dengan 19 - 35% protein. Vitamin yang terdapat pada cendawan ialah vitamin B1, B2, Niasin, Biotin dan Vitamin C. Ia juga mengandungi mineral penting seperti K, P, Ca , Na , Mg dan Cu

Rujukan :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Cendawan_tiram

Setelah kita ketahui kebaikan dan khasiat cendawan. Hari ini ita akan kongsikan satu lagi resepi iaitu Nasi Goreng Cendawan. Resepi di kongsikan oleh Che' Nom di IResepi. Sedap tau nasi goreng cendawan ni !.

Nasi goreng cendawan juga merupakan antara feberet anak-anak ita. Kalau makan di luar ini juga antara menu yang seringkali mereka pesan.

Jom apa tunggu lagi.... kita memasak yok!



NASI GORENG CENDAWAN
Resepi Oleh : Che' Nom
Rujukan : IResepi

3 cawan nasi sejuk ~ di peroi
3 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1 mangkuk kecil cendawan tiram ~ di carik-carik halus
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil lada sulah
3 ekor sotong ~ potong bulat
1/2 batang lobak merah ~ di potong halus atau di dadu
Sayur kobis ~ di hiris
Bawang goreng
Ikan bilis goreng

Bahan Kisar

1 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan karot, kemudian masukkan sotong dan diikuti telur dan cendawan
Kacau hingga telur menjadi hancur.
Masukkan pula nasi yang telah diperoi dan kacau sehingga semua bahan menjadi sekata.
Masukkan sos ikan serta serbuk lada sulah dan kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering .
Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng , ikan bilis goreng, sambal tumis dan telur rebus.

 






8 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

zaman study dulu sy suka makan nasi goreng cendawan di Kebayan Kotaraya, selain dari tu sy tak jumpa lagi tempat lain yang sedap nasi goreng cendawannya.. peliknya tak pernah pulak teringin nak masak sendiri.. hehehe

Ein Farah said...

sy suka mkn nasi goreng cndawan. ada versi yg sy mkan cendawannya digoreng dgn tepung. tu pon sedap! :)

timm bill said...

emm, sedap..sya dpt cndawan ni slalu msak tomyam jer..huhu..

nurul taqiyah said...

Ooo sya pnh mkn cendawan tomyam dgn cendawan goreng je..nsi gorng pun bleh.buat jgk??mesti try nih..nti nk tgok apa cik abang nk komen hihihi

Sakin Hani said...

boleh cuba nanti.hehe.
terliur tgk

Syarifah Aziemah Al Juffry said...

guna sos ikan cap apa ye. xjumpa brand yang femes utk sos ikan.

Mohammad Soffian said...

nasi di peroi tu ape maksudnya ye?\

Syuhada Syud said...

Peroi tu maksudnya dihancurkan nasi yg bertongkol menjadi nasi yg sebiji sebiji.. bukannya hancur lebur plak..

Powered by Blogger.