Follow if you like

Sep 3, 2014

Nasi Air sedap rupanya nasi air ni..




Ini lah akibatnya kalau asyik dok mengadap drama di kaca TV.
Bila nampak orang masak ni.. mak esok masak tuuuuu...
Bila oarang masak tu.. mak esok masak niiii....
Dalili... Dalili..




Hari ini ita masak nasi air.. Ini semua gara-gara menonton drama Nasi Air di kaca TV kemarin
Macam sedap aje mak.. terliur kita..
Esok balik Kelantan kita carilah..
Ala.. bilalah mak nak balik kampung ayah.. nampak air liur kita dah menitik-nitik ni..
Dia kalau nak... macam tu lah.. kalau tak di ikutkan merajuklah tu...
Ikut siapalah tu.. kuat merajuk


Heee... sebenarnya ita pun terlur jugak.. uiii.. macam sedap aje kan..
Ita cuba salin resepi.. ala.. cepat pulak dia cakap..
Apa susah-susah.. google aje...
ya tak ya jugak ek..
Mesti ada resepi ni kat tenet..

Ita mula mencari resepi nasi air
Cari punya cari akhirnya bertemu resepi yang di idamkan.. resepi di kongsikan oleh Mama Dee
Menurut Mama Dee resepi ini adalah resepi dari ibunya.. mesti sedap kan.. resepi orang lama..
Menurut Mama Dee lagi nasi air ni berbeza dari bubur nasi.. Beras untuk memasak nasi di tanak bersama air rebusan daging.. waaa.... mesti sedap ni kan..


Masa ita balik Kelantan ada juga mak mertua ita tanya.. ita nak makan nasi air tak?
Ita ni tak tau nasi air tu apa sebenarnya.. takut yang pelik-pelik karang tak boleh makan pulak..
eiishh.. ni dah tau harus ita cari bila balik Kelantan nanti..

Bahan-bahan untuk memasak nasi air ni tak lah susah sangat nak cari..
Cara penyediaannya juga tak lah rumit sangat..
Anda nak cuba?
Jom kita masuk dapur kita masak sama-sama.. Yok!



NASI AIR
Resepi Oleh : Mama Dee


Mula-mula kita rebus dahulu tulang dan daging hingga empuk. Ada yang kata daging dan tulang itu hendaklah di rebus hingga daging tu hancur paling kurang 3 jam.
Air rebusan daging ini kita larikan 4 cawan untuk menanak nasi.

Sekarang kita lihat pula bahan-bahan yang kita perlukan untuk menanak nasi


NASI

1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang atau daging
3 hiris halia ~ di hiris atau di ketuk
2 ulas bawang butih ~ di hiris atau di ketuk
sebatang serai ~ di ketuk
garam secukup rasa

Masukkan beras ke dalam periuk nasi
Masukkan juga serai, halia dan bawang putih
Tambahkan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan air rebusan tulang
Tanak nasi seperti biasa. Sukatan air perlulah banyak. Nasi air ini sedikit lembik dari nasi biasa. Kira macam bubur lah sikit.

Sekarang kita sediakan pula kuah supnya


SUP DAGING

5 cawan air rebusan tulang ~ ita masak sekali dengan tulang-tulang tadi
4 hiris ~ dihalia
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji cengkih ~ ita tambah
3 kuntum bunga lawang ~ ita tambah
1 bungkus sup bunjut sup
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub daging ~ ita tambah


Proses membuat sup ini kita perlu tumis dahulu bahan-bahan hirisan dan rempah tumis di dalam kuali lain. Proses ini di panggil tumis darat.
Bila dah garing barulah kita masukkan ke dalam air rebusan daging tadi

Tips untuk mendapatkan sup yang enak. Semasa menumis bawang, serai dan halia, masukkan sekali garam dan gula.
Karamel daripada gula akan menghasilkan sup yang enak

Dah pun siap sup kita.
Sekarang kita sediakan daging goreng yang akan di makan bersama nasi air kita.
Resepi ini di kongsikan oleh seorang rakan ita. Katanya resepi dari Thailand, tapi memang sedap kalau makan dengan nasi pun sedap..


DAGING PA KA PAW

1/2 kilo daging batang pinang ~ jika tak menggunakan daging batang pinang, anda boleh ambil daging dari daging yang telah di rebus tadi.
Hiris daging keci-kecil
Ita perapkan daging dengan garam dan kunyit dahulu

20 tangkai cili padi ~ di hiris jika tak suka pedas kurangkan
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa



Sedap tau daging ni.. ita dok meratah aje.. tengok-tengok dah sikit dah yang terhidang atas meja.. hihi
Selain daging dan kuah sup nasi air ini juga di makan bersama

Ikan bilis goreng
Daun sup dan daun bawang yang di hiris
Kobis yang di hiris
Bawanag goreng
Sedikit lada sulah
Sayur Jeruk ~ yang ni ita tak tau apa jadi ita tak letak

Ada juga yang kata Nasi Air ni sedap di makan dengan sambal pauh. Tapi ita tak buat sambal pauh tu. Kalau ada yang nak buat boleh jugalah cuba

SAMBAL PAUH

Ikan kembung di bakar dan ambil isinya
Buah pauh ( mangga muda) di racik
Cili padi ~ ditumbuk
Asam limau
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk cili padi dengan isi ikan kembung dan mangga muda
Tambahkan garam dan gula
Perahkan asam limau

Dah pun siap...
Bagai mana pula cara nak menghidangkannya..
Jom ita tunjukkan


Cara Menghidang
Mula-mula kita sendukkan nasi lembik kita ke dalam mangkuk
Letakkan daging goreng kita tadi
Letakkan juga ikan bili yang dah di goreng
Taburkan kobis ~ ita guna kobis ungu hihi.. kobis baki Amirul buat sandwich
Taburkan juga daun sup dan daun bawang
Taburkan juga bawang goreng
Akhir sekali curahkan kuah..
Tambahkan lada sula jika suka...
wallllaaaa.... sedapnya...
Tak sabar nak makan..


wow!... tak sangka.. sedap nasi air ni..
Kebetulan ita memang suka makanan yang bersup ni.. adoiii... terasa menyesal pulak masa balik Kelantan tak pekena nasi air ni..
Lepas ni kalau balik Kelantan harus di cari Nasi Air ni..

Dalili makan bertambah-tambah.. sama berebut dengan ayahnya..
Lain kali kalau masak ita kena masak 2 cawan nasi tu.. 1 cawan tu macam tak cukup kalau nak makan bertambah.. hihi

Mak esok masak nasi air lagiiiii....

Kan saya dah kata... sedap!..



21 comments:

NUNEES CAKE HOUSE said...

Salam k.ita...
mak aihhh trliur sgt dgn nasi air nih...lama sgt dh sy duk intai2 blog k.ita nih..byk jgk sy dh cuba resepi2 k.ita mmg sgt bguna pd sy ..trm ksh byk k.ita utk blog yg sgt bguna ni...nama sy nuha n home based baker ...sy ada blog tp hnya tempatkan koleksi kek yg penah d buat n cuba ..salam kenalan kak...😊😊😊😊

mama dee said...

Salam kak ita. Terharunya kak ita sudi singgah blog saya. Kak ita mmng idola saya dlm blogging dan food photography. Terima kasih kak ita

Bbwana adienia said...

Nampak menarik untuk dicuba nasi air ni Kak ita..nampak sedap pula tu

fazianbatrisyia said...

Sy jatuh cinta dgn nasi air ni. pandai mkn masa dok terengganu. sedapnya...nanti sy nak try jugak buat sendiri.

Sakin Hani said...

Tiap kali singgah blog k.ita mesti buat saya terliur je...

TunSha Ayunie said...

uuuwaaaa gambar pun dah nampak sedap ni kak ita... rajin nya amik gambar shoot by shoot...!!

Muna Mahdzar-Fadaaq said...

Salam Ita,
Nampak sangat sedap. Bila tiba musim sejuk, makanan sebegini yang sering menjadi idaman. Thanks for sharing!
xoxo

Suria Shamsudin said...

sy dh agak, lepas tgk drama nasi air ni, mesti ita akan post kat blog...hakhakhak...

salmizah omar said...

pernah kawan ofis ke trganu..sampai 1 kedai menu tulis ns air..dia tak tahu cm mana rupanya ns air tu..trus order..bila dh dihidangkan baru tahu yg nasi air ni nasi bubur dan kuah sup...hihihi..lawak jer dgr dia cerita..sy palong suka kalau ns air ni mkn dgn ikan bilis goreng...nyum...nyum...nyum...

myzun said...

As salam K Ita...kalau K Ita balik kelantan rasanya susah nak jumpa nasi air cam ni..selalunya nasi air yang kat kelantan tu dia cuma rebus tulang hingga empuk dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat and garam/serbuk perasa je..then bahan sampingan ikan bilis goreng, kacang, tauhu goreng, bawang goreng, bihun goreng tanpa minyak, air lada, serbuk lada hitam, paru goreng itu je...oh ye..daun bawang n daun sup..tapi memang sedap..bila makan campur semua tu termasuk daging/tulang yang direbus dan dijadikan sup tadi..Nasinya pulak nasi putih biasa cuma dimasak lebih (lebih air_) tapi bukan sampai tahap jadi bubur.

nur anis said...

suka nasi air....

nita said...

ha'ah memang sedap, masa pregnant tempoh hari hari2 gi beli, nak masak tak reti..
terima kasih untuk ilmunya, InsyaAllah nak cuba buat sendiri nanti.. ^_^

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ya Allah, selama ni sy ingat nasi air tu nasi yg dimakan dengan sup.. huhuhu

xilla met said...

kak ita mmg superb la.. klu la ada jual "kak ita", mmg saya beli 1.. kekeke

nurul taqiyah said...

Oooo..ni la fes time dgr nsi air...sedapppnya tgok.thanx k.ita....rajinnn k.ita kn..cari kt tenet..kmi seng ja bukk je blog k.ita..mcm2 ada..thanx k.ita..insyaAllah byk phala tuu..:-)

Hartini Zulaikha said...

waaa..sedapnya meleleh liur nengok resepinya..hihii

kehidupan sihat said...

aduh sedap ye...memang mencari resepi nasi air ni...gambar terbaik ..

tq
jemput ke blog nana :)

Wan Fatihanum Wan Rusli said...

fuhhhh memang nampak sedap sangat terus tak sabar nak buat harini..

Leen Faiez said...

Assalamualaikum kak ita... terima kasih utk resepi... mmg sedap sebijik mcm kat klntn... mmg duk teringin nk mkn. Dpt resepi trs buat. Mmg sedap... tak puas mkn. Hubby pun ckp sedap... terima kasih skali lg kak ita...

feerony (Mama"N" Kitchen) said...

Kak ita...terliur kite tgok nasi air ni...harus buat lps ni...tq resepinya ye

Mama Comel said...

salam kak ita.betul kata myzun kt atas. kalau kt kelantan rebus je smua...nasi pun masak dengan air lebih.. kalau resepi kak ita ni...mmg nasi air special..nampak sedap.. boleh cuba ni.tq kak ita

Powered by Blogger.