Follow if you like

Sep 20, 2014

Lagi.. lagi... kek..


Assalamualaikum
Salam hujung minggu.
Minggu ni agak sibuk sikit.. kena siapakan beberapa tempahan kek ulang tahun dan kek perkhawinan. Dah lama ita tak kongsikan kek yang ita buat kan.. Sebenarnya ita tak banyak ambil tempahan memandangkan anak ita Dalili masih lagi exam. Tapi ada juga yang ita kena siapakan sebab mereka dah tempah awal.

Hari ini ita kongsikan beberapa kek yang ita dah siapkan. Kek ni ada yang dah lama ita buat, tapi ita tak ada masa nak masukkan dalam blog. Entahlah mood ni kadang ke laut aje.. Jom lah cuci mata lihat kek yang ita dah siapakan ini.




Ini arty cake.
Kek tiga tengkat buttercream. Tema garden weading
Tema green dan off white


Ini pula antara koleksi kek hantaran. Ada yang daripada pihak lelaki untuk perempuan dan ada yang dari pihak perempuan untuk lelaki.

Desingn kek ni ada yang ita dah buat sebelum ini. Tapi customer nak kek yang sama jugak.


Ini pula antara koleksi kek ulang tahun yang sempat ita siapakan. Selamat ulang tahun kepada semua.. Semoga di berikan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki...


Ini pula cup cake untuk majlis perkhawinan






Ini pula kek perkhawinan 2 tier.
Customer memberi kepercayaan 100% pada ita untuk deco kek tempahannya.
Ita memilih gold dan coklat untuk wrana, tak sangka bila hantar rupanya temanya sama dengan warna yang ita pilih... alhamdulillah..




Ini pula kek bakul bunga 2 tingkat
Tema nya biru kelabu.
Lupa pulak ada yang tanya tentang warna daun yang ita gunakan untuk kek bunga yang selalu ita sediakan.
Untuk warna hijau ni ita gunakan campuran beberapa warna hijau iaitu, Electric Green, Avacado dan Juniper Green. Campur warna ni satu-satu dahulu. Mula campur warna hijau Electric green dalam adunan buttercream, kacau rata. Bila dah rata baru campurkan pula warna Avacado, kacau rata. Bila dah rata betul, baru campurkan Juniper Green, campur sikit-sikit dahulu sebab Juniper ni warnanya gelap, takut terlebih letak nanti hijau gelap sangat. Bancuh warna sampai anda dapat warna hijau yang anda inginkan.

Untuk warna biru kelabu ni pula ita guna warna, Corn Flower Blue.

Kepada yang tempah kek ni.. terima kasih ita ucapkan. Ita minta maaf jika ada kekurangan.. sesungguhnya setiap kelemahan itu datang daripada ita.

Untuk tempahan boleh wassap atau msg : 017 7279179




10 comments:

nurul taqiyah said...

Arghhh cantiknyaaa..yg ni cantik..yg tu pun cantik..rasa cam nak kaut semua kek ni..tp tu lah..dlm gambar je....
Kak ita..bunga2 an tu cmna nk buat ek?..pipe terus kt situ atau cm bunga ros yg pnh kak ita ajar tu..
Minta maaf kalau saya ni byk pulak tanya nye..hihihi..tp mmg geram tgok kek2 kat atas..cantik sangat2..:-)

Najihah Shafie said...

Cantiknya kek2 ni kak ita. Kagum sangat2!

Bbwana adienia said...

Cantik2 kek dan deko yang sangat kemas..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

geramnyerrrr....

Ummu Hanan said...

Subhanallah cantiknya Kak Ita..Bakat luar biasa yg tak semua orang boleh buat..Sangat kemas lak tu..^_^

mahfuzah said...

canteknye kek kak ita... suke sgt ngan hasil keje kak ita

Fiza Darwish said...

Thumbs up..ber kali2 upsssss...

Caroline Sungkim said...

Wah..superlike..hasil tangan yg amazing la..sa sgt kagum..

Caroline Sungkim said...

Sgt kemas..superb !!

UmmuAidh said...

Salam kenal kak ita.
Saya lama dah follow blog kak ita..resepi2 kak ita jd rujukan n Alhamdulillah menjadi...terima kasih
byk2 kak ita bg tutorial membuat kek dsb..sungguh byk berjasa blog kak ita ni..moga Allah membalas kebaikan kak ita.

Saya amat..amat..amat..amat kagum hasil kreativiti kak ita dlm membuat kek...very attentive to detail..kemas..cantik..tak terungkap dgn kata2..i salute you..you are so special n creative..teruskan usaha kak ita..moga berjaya dan diberkati Allah.

Saya doakan agar kak ita dikurniakan kesihatan yg baik n berbahagia bersama keluarga. Baarakallahu fiikum.

Salam sayang buat kak ita.

Powered by Blogger.