Follow if you like

Sep 3, 2014

Kek Asas 4 Kek Span Vanilla


Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi kek span asas.
Jika sebelum ini ita kongsikan kek span coklat yang lembut, gebu dan mudah di SINI
Hari ini ita kongsikan pula kek span vanilla yang juga mudah, lembut dan gebu.




Kes span asas vanilla biasanya kita gunakan sebagai asas kek. Contohnya jika nak buat kek strawberry , blueberry cheese cake, sebagai dasar kek cheese yang tidak perlu di masak atau juga sebagai dasar  puding kek yang tengah meletup-letup sekarang.

Cara dan kaedah penyediaan kek span vanilla ni sama sahaja seperti kek span coklat anda boleh rujuk cara dan kaedah penyediaan step by step membuat kek span coklat sebagaimana yang pernah ita terangkan di SINI


KEK SPAN VANILLA

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Mula-mula satukan, tepung kek dan baking powder  kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
Tepung kek ni sama juga dengan  tepung superfine  atau tepung halus


Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?
Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun


Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit

Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven
Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek
Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
Lepas tu terus terbalikkan semula
Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
Ingat kek span ni dia sensitive sikit
Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan..




Macam mana cara nak ptong kek kepada kepingan?
Boleh rujuk di SINI


29 comments:

Nana said...

Kak ita...saya dah cuba tapi masih gagal...mesti kek mengecut kat tengah...huhu... :(

nurul taqiyah said...

Yup..sma jugk dgn nana..sbr...sbr..kna wat lg dn lgi..tp geram jgk kn..dlm geram tu nk tergelak pun ada juga nengok ke rupa kek tu..hihihi..apo yg tak kono ni...hihihi..xpa lh..cuba lg...

Azlita Aziz said...

mungkin suhu oven kita tak sama, Nana dan nurul cuba tambah masa membakar. kalau akak guna 35 minit nurul dan nana cuba bakar 45 minit ~ 50 minit. Jangan buka pintu oven masa kek sedang di bakar. Pastikan telur adalah telur baru dan jangan lupa ayak tepung. Jangan kacau lama sangat ya nanti kek akan turun atau mendap

Bobby81 said...

Thank you kak ita. Sedap dan gebu macam saya kek ni

Mastura Ramli said...

Kalau kukus ok x kak?....

Nur Atiqa said...

as salam, kak klau ganti t.kek dgan self raising flour boleh jg?

Hazlina Ali said...

Bakar kek guna api atas bawah ye kak

dabel_thim said...

Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..

hingga rata tu macam mana kak ?

nadiatul qistina said...

salam Api atas bawah kan akak ita dah bagithu hehe bace betul2

Nurulaaina Rosli said...

akak ita kek ni tahan brp lama...??

Noorain Muhammed said...

Salam kak ita.. Nk tanye.. KLo ganti tpong kek tu guna tepung gandum+baking powder boleh x?? Kalo boleh, brape sukatannya??

zuhaizan zakaria said...

Alhamdulillah 1st trial menjadi..Thanks Kak ita...!!! ;)

Sue dHati said...

Assalamualaikum k.ita...dua kali sy try buat mmg gebu elok..tp masa terbalik kn dr loyang mmg ia akn pecah tepi..knp yer kak..? Tq.

xcube digital said...

Sy bru nk try kak, x thu apa hasilnya

siti noralyaa said...

ok,saya try!

tm said...

Alhamdulillah....menjadi.....cuma minya Dan air ja tukar sukatan Dan Tambah Oren sunquick tuk perisa serta sedikit garam....tqvm

Nor Izzah Ismail said...

KAk ita,, n smua please help me... nape kek span sy bile da msk n mase nk potong tu dkt bhg lapisan bwh seperti bantat...tp dkt atas ok je mcm span... agk2 ape sbbnye ye

Unknown said...

Anggaran dalam berapa minit ye?...

lizawati suhod said...

Anggaran dalam berapa minit nak putar..

lizawati suhod said...

Anggaran dalam berapa minit ye?...

D Ibrahim said...

Oven lain2.. myb kena tmbah suhu.. or masa

emnha zri said...

Assalamualaikum, ovallete tu ada substitute tak? Kalau x guna boleh?

Sya Virgo said...

Dah try buat. Tepung kek tu saya ganti dengan tepung gandum. Alhamdulillah jadi dengan gebunya. Thanks kak ita. ��

Nikkhadijah Nikkadir said...

X jadi,lembik kat atas.mcm minyak terkumpul kat atas

Nik Nur said...

salam semua....tumpang tanya ye,....korang pukol adunan dengan mixer ape ye? kalau guna hand mixer okay x? atau xgebu nanti? mohon pencerahan.terima kasih.

~j3nic3~ben ben~ said...

Hi kak ita, nak tumpang tanya. Kalau buat fruit cake boleh ke?

MOHD ZAKARIA MOHD NOR said...

Kalo x pakai ovelet tu jd tak

MOHD ZAKARIA MOHD NOR said...

Askum.nak tanya kalo x pakai ovelette tak?

Unknown said...

Alhamdulillah..utk prtama kalinya..memang mnjadi..trima kasih sis azlita...😊 mohon halalkan ilmu ni ye sis..

Powered by Blogger.