Follow if you like

Sep 2, 2014

Gulai Nenas


Gulai nenas adalah lauk yang sering mak ita sediakan masa ita kecik-kecik dulu.
Mak kata lauk ni senang aje nak masak dia.. tak payah nak tumis-tumis.. boh aje semua dalam periuk, bila dah didih dah boleh di makan..




Kata mak lagi gulai nenas ni kalau nak masak sedap dengan ikan tamban.. ikan selar kuning atau ikan cermin yang kecik-kecik tu..
Bermakna lauk ni sesuai untuk ikan yang kecik-kecik aje lah kan.. ikan besar tu tak berapa sedap kata mak lagi..
Tapi hari ni ita masak guna ikan bawal yang kecik ni..
Hanya ikan ini aje yang ada dalam peti ais.. tekak pula terasa nak makan gulai nenas.. Nenas yang buat rojak hari tu ada lagi berbaki.. tu yang makin bergelora rasa nak masak gulai nenas.


Bila ita mula-mula masak gulai nenas, suami ita sedikit terkejut.. dia kata macam mana ita boleh masak gulai nenas.. katanya gulai nenas juga sering di sediakan oleh atuk dan emaknya.. Masakkan Kelantan ni katanya..
Aii... ya ke..?
Ala kita kan serumpun.. pasti sedikit sebanyak adalah menu dan hidangan yang sama..
Tapi mungkin yang Kelantan punya tu lain lah sikit kan.. yang ni versi orang Pontian Johor..



GULAI NENAS

1 biji nenas sederhana besar ~ buang kulit dan empulur tengah potong kecil
3 ekor ikan bawal kecil ~ ikan yang sedap ikan tamban, ikan selar kuning atau ikan cermin

10 tangkai cili merah ~ di kisar
7 biji bawang merah ~ di kisar
3 ulas bawang putih ~ di kisar
1 inc belacan ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 inc kunyit hidup ~ di kisar
1 inc lengkuas ~ dikisar
3 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa


Masak lauk ni senang aje..
Mula-mula kita kisar semua bahan yang perlu di kisar
Kemudian masukkan ke dalam periuk
Masukkan nenas yang telah di potong
Tambahkan air
Kemudian rebus hingga didih dan nenas layur
Masukkan ikan dan asam keping
Biar ia merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Rasanya kena ada rasa masam-masam manis


Dah pun siap gulai nenas..
Enak di makan bersama nasi hangat dan ikan goreng
Tak payah lauk lain lagi dah...
Bismillah....


6 comments:

ASH Sultan said...

Saya baru teringat nak masak lauk ni tengok2 Ita da buat hari ni..thanks! Di Melaka, ini masakan baba nyonya sebab ada nenas. Org Melaka masak tak bubuh nenas. Thanks for sharing Ita.

has linda said...

Assalamualaikum.. kak Azlita..
Suka tengok hasil masakan akak.. Cantik dan nampak sedap.. Semestinya memang sedap kan..

Azura Aziz said...

sedapnya kak ita.. nasib tgh mengandung sekarang ni.. pantang dgn nenas..

musa nora said...

sedapnya..mak mntua sya org pontian..mmg slalu dia msk lauk ni..kecur air liur

Jay Jari Manis said...

Lauk ni nostalgia bagi saya, dulu-dulu kalau demam mesti teringat lauk ini yang disediakan oleh arwah mak saya... berpeluh-peluh menghirupnya dan kebah demam bila kena lauk begini... manis ikan bilis segar/basah/ikan cermin harum bau serai bagaikan terasa di anak tekak ini.....

Puan Pyja said...

alahai... kak ita buat sy terliur..
arwah mak sy pun pontian jugak. tp kami panggil asam rebus. haishhh...
kecur air liur. balik ni masak la ;)

Powered by Blogger.