Follow if you like

Sep 28, 2014

Coconut Shake slurpppp.... segarnya terasa..


Waaaa.... sedapnya lah bila dapat menikmati segelas Coconut Shake. Lebih-lebih lagi bila cuaca hangat dan panas membara.

Sebenarnya sebelum ini ita tak pernah lagi merasa air coconut shake ni. Ita hanya dengar sahaja dari anak-anak yang sering menceritakan air coconut shake yang di beli di bazar. Kadang kala ada juga mereka minta ita buatkan.. Macam mana ita nak buat jika ita sendiri masih tak pernah menjamah apatah lagi nak merasa kesedapan air yang anak-anak ceritakan.



Bukan anak-anak ita sahaja, bapa ita juga sering menceritakan tentang kesedapan air coconut shake. Pernah juga bapa ita cuba membuat namun katanya hasilnya tidak sama seperti yang pernah di rasainya.


Semalam ita berpeluang untuk merasa air ini. Kebetulan semalam ita pergi ke Melaka. Saja aje.. bawa Dalili jalan-jalan hilangkan bosan.. Kami singah makan tengahari di sebuah gerai. Nampak ramai orang di situ.. pasti sedap menu yang di hidangkan. Ita pesan air coconut shake memandangkan ita tak pernah merasa. Melihatkan pada buku menu dan gambar iklan yang terpandang.. nampak mengiurkan..  Suami ita pula pesan cendol manakala Dalili memesan ABC special. Selalu kami suka pesan menu yang berlainan supaya masing-masing dapat berkongsi rasa. Di samping itu ita pesan juga satay dan mee tiau goreng.

Bila menghirup air coconut shake.. di tengah panas terik.. terasa nyaman sekali.. sedapnya coconut shake ni.. padanlah anak-anak galak bercerita.

Pulang dari Melaka, ita singgah beli kelapa muda di pertengahan jalan. Niat di hati untuk membuat sendiri setelah ita dapat merasa sendiri. Ita juga singgah di Econsave untuk mencari nata de coco, tapi tak ada pula jual nata warna merah yang ada warna kuning sahaja.. Kuning pun kuning lah.. janji dapat sediakan sendiri.. pasti lebih puas jika di sediakan sendiri.

Mudah aje menyediakan Coconut Shake ni. Jom kita intai resepi



COCONUT SHAKE

Hidangan ini dapat 2 gelas air.

1 gelas air kelapa muda ~ ambil sekali isinya yang muda dan lembut
1 gelas kiub ais
2 scop aiskrim vanilla
2 sudu besar susu pekat manis

Hiasan
Nata de coco secukupnya
1 scop aiskrim vanilla  untuk 1 gelas
sedikit choc rice

Sediakan 2 gelas kosong.
Sukatan air hendaklah menggunakan gelas yang sama
Masukkan 1 gelas air kelapa muda dan isinya yang lembut ke dalam blender yang bersih
Masukkan juga 1 gelas kiub ais. ( kiub ais dan air pastikan sama paras supaya mudah di kisar nanti)
masukkan 2 scop aiskrim dan juga 2 sudu susu pekat manis. Susu ni terpulang ikut citarasa, jika tak suka manis kurangkan. Jangan banyak sangat susu ni nanti hilang pula rasa air kelapa tu. jadi susu ni aga-agak selera kita lah ya..
Kemudian kisar semua bahan ni hingga halus

Sementara itu, dalam gelas masukkan nata de coco.
Tuangkan air kelapa yang telah di kisar tadi
Letakkan 1 scop aiskrim dan letakkan lagi nata
Taburkan choc rice sebagai hiasan
Sedia di nikmati..


Slurpppp..... segarnya...





10 comments:

timm bill said...

wah! coconut shake..sedapnya..

Masliza Mohamed said...

wah sedapnya..apa2 buat sendiri mmg puas hati kan...

nurul taqiyah said...

Aduh duh duh...sedapnyaaa laahh..ni xbleh jd nih..jom cari kelapa muda sekarang jugakk..hihihi

norliza abd raashid said...

memang mantap!!

Nina Mirza said...

sedapnya....!!

fazianbatrisyia said...

Kalau di Klebang, Melaka...beratur nak beli. Di Batu Berendam pon sama...

Faiezah S Farid said...

Sebelum masukkan coconut shake dlm bekas hidang,try msukkan tapioca gumball yg drendam dlm pau gula...yummy!!! Jadi pearl drink tu..lagi cantik

Afiq Dean said...

Uihhh terliur ni

AmY AsiV said...

Sedapnya...ada yg da teringin ni...

syidi aia said...

Dah try.. memang terbaik..

Powered by Blogger.