Follow if you like

Sep 4, 2014

Cheezy Berry Puding


Cuaca yang panas hari ini menuntut ita untuk menyediakan pemanis mulut yang sejuk dan dingin untuk keluarga.
Hari ini ita sediakan Cheezy Berry Puding setelah berapa lama mengidam nak merasa keenakkan puding ini.
Sebenarnya ada dua kaedah membuat puding ini, kaedah pertama menggunakan gelatin dan kaedah yang kedua menggunakan agar-agar.
Ita memilih untuk menggunakan agar-agar kali ini supaya puding mudah di potong dan tahan lebih lama bila di hidang di luar.



Puding sebagaimana yang kita ketahui sangat enak bila di makan dingin
ianya juga sesuai sebagai hidangan untuk majlis keraian atau juga untuk majlis perkhawinan.
Sesuai sebagai hidangan pemanis selepas menjamu selera.


CHEEZY BERRY PUDING

Mula-mula sediakan lapisan kek span vanilla untuk lapisan dasar puding. Resepi kek span vanilla ni bolehlah dapatkan daripada SINI
Mungkin adunan kek span vanilla itu agak banyak, jadi buatkan untuk 1/2 adunan sahaja. Potong kek kepada kepingandan hanya menggunakan 1 kepingan sahaja.
Letakkan kepingan kek ke dalam loyang springform kek bersaiz bulat 8 inc.
Spraykan permukaan kek dengan jus lemon untuk melembabkan kek

Resepi Jus Lemon

Ambil 1/2 biji lemon bancuhkan dengan sedikit air suam dan sedikit gula
masukkan di dalam botol spray dan spraykan atas kek.


Lapisan Cheezy

1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm)
4 cawan air
1 cawan gula halus
400 ml susu cair ~ nak guna susu segar pun boleh
100 gm krim keju ~ suhu bilik
2 sudu teh blueberry emulco
Sedikit pewarna purple
* kalau nak tambah susu pekat manis pun boleh tapi nanti sesuaikan rasa manisnya ya...

Masak aga-agar bersama air dan gula hingga larut
Tambahkan susu cair, bluberry emulco dan pewarna purple
Sementara itu putar krim keju hingga lembut
Ambil 1 senduk agar-agar masukkan ke dalam krim keju dan putar hingga rata
tuangkan semula ke dalam agar-agar dan masak sebentar
Tutup api dan tuangkan atas lapisan kek
Biarkan ia mengeras


Lapisan Berry

1/2 peket agar-agar serbuk ( 5 gm)
700 ml air
1/2 cawan gula
2 sudu besar blueberry filling
sedikit pewarna purple

Masak gara-agar  dengan air dan gula hingga larut
Masukkan blueberry filling atau blueberry pure serta sedikit pewarna purple
Masak hingga larut

Agar-agar yang telah keras tadi di cakar-cakar permukaannya dengan garfu
Tuangkan lapisan berry
Sejukkan
Sedia di potong bila agar-agar benar-benar sejuk dan dingin



10 comments:

Gee® said...

Nyum...nyum... terlior ai!

IdaShazana said...

menawan kalbu

IdaShazana said...

menawan kalbu

fazianbatrisyia said...

sgttttt.....mengiurkan...

Najihah Shafie said...

Cantiknya puding ni..nyum nyumm

nin9landers said...

Wahhh...sedapnya ni...tq kak..mwahh

adda syuhada said...

yg ni sedap....

Annesa Abd Rahman said...

Masyaallah..menarik dan nampak menyelerakan.

Amie said...

hohoooo nampak melelah-lelah... tak sedar liurku terleleh!

simifashion9 said...

Salam kak ita, saya peminat akak. Setiap hari saya tertunggu-tunggu cerita terkini kat blog kak ita sbb nanti ptg saya akan cuba sediakan untuk keluarga tersayang pula. Memang semuanya menarik dan sedap2. Terima kasih sebab kak ita tidak kedekut dalam mencurahkan ilmu.

Powered by Blogger.