Follow if you like

Sep 10, 2014

Ayam Masak Hijau


Ada yang panggil ayam masak hijau dan ada juga yang mengelarnya ayam sambal hijau. Antara kedua-duanya tak banyak beza dan masing-masing menggunakan ramuan yang sama.

Resepi yang agak mudah, ringkas dan cepat penyediaannya. Tak banyak bahan yang kita perlukan di dalam menyiapkan hidangan ini.

Sebetulnya ita tidak berkesempatan untuk ke pasar minggu ini kerana ita sedikit sibuk menguruskan anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan. Jadi ita masak mana yang ada di dalam peti ais aje..



Kebetulan ada lagi ayam yang ita beli kemarin.. dan banyak pula cili hijau dalam peti ais baki ita buat jeruk cili hari itu..
Ita pun ambil keputusan untuk masak ayam masak hijau dan di lawankan dengan nasi Kunyit yang ita sediakan di SINI

Alhamdulillah berselera sekali anak-anak dan suami menikmati hidangan tengahari yang ita sediakan.
Kepada yang nak mencuba resepi ringkas ini, ita kongsikan di sini pula


AYAM MASAK HIJAU

1 ekor ayam potong dan cuci bersih
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam kemudian di goreng hingga keemasan atau 1/2 masak
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan biji pelaga
Daun pandan ~ di simpul
1 batang serai ~ di titik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili hijau


Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan bahan tumisan, daun pandan dan serai hingga harum
Masukkan bahan yang di kisar dan masak hingga harum dan terbit minyak
Kemudian perasakan dengan garam, gula dan juga maggi cukup rasa jika suka atau boleh juga jika nak tambahkan kiub ayam
Merenihkan sebentar
Masukkan ayam goreng tadi
Gaul rata
Jika kuahnya terlalu kering tambahkan sedikit air
Masak hingga kuahnya pekat dan ayam masak sepenuhnya
Sedia di hidangkan






6 comments:

Gee® said...

Aduh mak ai!! sedapnya makan nasi minyak ni...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita, bak sini sikit vitamin R Kak Ita tu. Bab rajin masak tu dah satu, amek gbr step by step tu, salute!!!

mommy aisyah said...

Assalamualaikum kak ita..blh share resepi ayam masak hijau ni? terima kasih :)

ayu mas said...

ermmmm....sedapnya...alaa...baru je goreng ayam saje tadi...lain kali kena buat ni...!

t,.kasih berkongsi resepi..!
http://ayusihatanggun.blogspot.com/

Ima Marlina said...

Assalamualaikum Kak Ita...terima kasih sebab selalu kongsi resepi siap dengan gambar step by step lg..sedap ni kena try ni...jazakallahu khair.. :)

izzati ishak said...

salam, sis. saya dah cuba. Alhamdulillah sedap, sampai licin lauk. Boleh buat lagi ni. Bahan-bahan dia pun ringkas. Mohon share resepi ya sis =)

Powered by Blogger.