Follow if you like

Aug 5, 2014

Tumis Air Bayam Merah


Rumah ita ni.. hari-hari memang ita kena masak sayur. Tak kiralah apa-apa sayur pun kerana suami ita cukup suka makan sayur. Pada suami ita setakat sayur masak bening-bening.. dengan ada sambal belacan dan ikan goreng, ianya sudah cukup menyelerakan sekali.




Dulu ita tak berapa suka makan sayur..
Kalau mak masak sayur , ita kerap juga merungut.. terutamanya bila mak masak bening.. atau tumis air. Pasti bosan rasanya.. "macam lauk orang sakit aje.. " rungut ita setiap kali pulang sekolah di sajikan dengan sayur air...
Bila berkeluarga dan dapat pula suami yang suka makan sayur.. ita pun terikut-ikut suka pula sekarang.. kadang ita siap ratah sayur sahaja dan hirup kuahnya yang hangat.. tu.. la.. hukum karma.. selalunya bila sesuatu yang kita tak suka dan merunggut.. itulah yang akan kita suka suatu hari nanti...

Ita pun rasa syukur.. sebab anak-anak ita juga suka makan sayur.. tak payah masak yang rumit-rumit sangat.. yang simple dan mudah sudah membuatkan mereka makan bertambah-tambah.. Itulah istimewanya sentuhan air tangan ibu.. walau nasi dengan telur dan kicap pun kalau ibu yang sediakan memang terasa sedap dan nikmat sekali..


Sebenarnya ita mengalami masalah kurang darah. Pucat, kerap sejuk dan mudah pitam adalah tanda-tanda kurangnya darah di dalam badan. Bila mengandung dulu ita kerap kena marah dengan doktor kerana ita kurang darah. Doktor kerap suruh ita makan sayur bayam dan makan makan lain yang boleh menambahkan darah selain pengambilan pil tambah darah.

Kelewatan ita untuk mendapatkan Dalili yang mengambil masa 6 tahun juga adalah berpunca dari masalah kekurangan darah dalam badan.. Ita bukannya suka makan ubat.. ubat tambah darah tu aduh.. rasanya.. memang ita tak suka wek!..

Kerana ita tak suka makan pil, kenalah ita cari alternatif lain untuk tambahkan darah..

Hari ni ita masak Sayur Bayam Merah Tumis Air. Sebenarnya banyak tau khasiat sayur bayam ni.. nak tau jom ita kongsikan di sini..

1. MEMBINA TULANG YANG KUAT 
Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.
 

2. MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK 
Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. 

3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG 
Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.


4. MENCEGAH KANSER 
Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat. 


5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG 
Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.


6. MATA YANG SIHAT 
Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.
Rujukan : Saja Nak Cerita 

 TUMIS AIR BAYAM MERAH

1 ikat sayur bayam ~ di siang, asingkan daunnya dan tangkainya.
4 ekor sotong ~ di potong
4 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di hiris
4 tangkai cili padi ~ di belah 2
1 batang cili merah ~ di hiris
Garam secukup rasa
air secukupnya

Panaskan sedikit minyak
Tumiskan bahan hiris kecuali cili merah dan masak hingga harum
Tambahkan sotong dan air
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam
Masukkan batang bayam dahulu
Bila dah lembut masukkan sayur bayam dan cili merah
Tutup api dan kacau rata
Jangan lama sangat masak sayur sebab takut khasiatnya hilang pula
Sedia di hidangkan

3 comments:

Sunah Sakura said...

comelnya sotong akak..hihi

Xanariah MdRaya said...

Simple dan sihat...

- said...

Sy suka sgt tgk resepi2 dlm blog akk. Tenang je bila membaca hehe. Gambar mmg sgt tiptop, cemburu nengoknye. Penulisan akk pon relax2 je. Dgn gabungan warna2 dlm blog ni, semua sgt blend in well. Keep it up kak ita! :)

Powered by Blogger.