Follow if you like

Aug 26, 2014

Serimuka Jagung yang sangat sedap!



Dah lama betul tak buat kuih seri muka.
Bila Dalili minta ita buatkan kuih serimuka, ita pun mintalah suami belikan pulut.
Dalili memang suka sangat makan kuih tradisional lebih-lebih lagi kuih serimuka.



Kadang hairan jugak ita, bila lihatkan Dalili yang sukakan kuih tradisional. Kalau abang-abangnya memang tak minat kuih mani-manis ni. Tapi kalau suami ita memang sangat suka kuih tradisional lebih-lebih lagi yang manis-manis. Mungkin Dalili menurun sikap dan selera ayahnya..

Bila dapat aje pulut ita terus teringatkan kuih serimuka yang di kongsikan oleh Mama Hawa. Seri muka jagung, memang tak pernah makan.. tapi melihatkan kuih serimuka mama tu seakan memanggil-manggil aje..

Ita terus copy resepi, dan terus godak-godak di dapur.
Tak sabar nak merasa kuih serimuka ni..


Bila dah siap.. Dalili lah yang paling tak sabar.. "cepatlah mak potong.. kita nak rasa.."
"Mana boleh potong lagi.. kan masih panas.. nanti potongannya tak cantik!"
"Tak pe lah nak rasa sikit aje.. " sambung Dalili yang benar-benar tak sabar..
Akhirnya ita mengalah juga.. sebenarnya ita pun tak sabar jugak nak rasa hihi
Bila dah rasa.. emmm... betul lah.. memang sedap sangat seri muka Jagung ni..
Rasanya lemak manis dengan rasa yang sukar nak di gambar.. memang sedap! lembut aje.. dan tak manis sangat.. sedang-sedang aje rasanya.. ita pula memang peminat jagung.. harus ita buat lagi kuih ini..

Adunannya pun tak banyak.. sesuailah untuk kami yang keluarga tak besar ni..
Kepada kawan-kawan yang minat kuih serimuka atau kuih tradisional.. jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan merasa sendiri kesedapan dan keenakkan kuih serimuka jagung ni..


SERIMUKA JAGUNG
Resepi Oleh : Kak Rusnah
Rujukan : Mama Hawa

Lapisan bawah ~ pulut

1 1/2 cawan beras pulut
~ beras pulut ni di rendam dahulu paling kurang 2 jam. Kalau suka pulut yang betul-betul lembut rendam semalaman ( 8 jam)
1 1/2 cawan santan ~ campurkan 100 ml santan KARA dengan air dan jadikan 1 1/2 cawan. Kalau guna santan kelapa , 1 biji kelapa parut jadikan 1 1/2 cawan santan.
secubit garam
1 sudu teh butter ~ yang ni ita tak letak
2 sudu besar kelapa parut putih ~ yang ni ita tambah
Ita suka pulut yang ada kelapa parut sebab dah biasa makan dan mengikut resepi atuk ita yang suka letak kelapa dalam pulut. Sedap bila makan nanti tau!

Kesemua bahan di kacau rata dan di kukus. Bila pulut masak, ratakan dan tekan dalam loyang bulat 8 inc dan kukus lagi.

Ita biasa kalau masak pulut, ita masak dalam rice cooker aje. Terpulang lah pada anda semua nak masak cara kukus atau cara macam ita. Jom ita tunjukkan macam mana ita masak pulut menggunakan ricecooker

Pulut yang kita dah rendam hingga lembut dan yang telah di toskan di masukkan ke dalam ricecooker.
Masukkan juga kelapa parut putih, santan dan garam
Kemudian kacau rata
Tanak pulut seperti masak nasi
Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk nasi dan tuang di dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan minyak dan dilapik plastik.
Tekan dan padat-padatkan pulut.


Lapisan atas ~ Kuning

1 biji telur ~ buang tali pusatnya
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan santan pekat
1/3 cawan susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar jagung krim di dalam tin
sedikit pewarna kuning

Pukul telur bersama gula hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan yang lain
Kacau sebentar di atas api hingga berwap
Tuang atas pulut dan terus kukus selama 20 minit


Cara ita, ita masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar kecuali jagung manis dan kisar
Kemudian tapis
Tuang dalam periuk , masukkan jagung manis dan masak atas dapur hingga berwap sahaja.
Jika ada buih-buih tu buangkan ya, nanti atas kuih kita tak cantik

 
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Masukkan pulut tadi dan kukus sekejap
Keluarkan pulut tadi dan terus tuangkan adunan jagung atas pulut
Balut loyang dengan kertas aluminium supaya air tutup kukusan tidak mrenitis atas kuih
Lubangkan atau cucuk atas aluminium dengan garfu untuk mengeluarkan wap
Masukkan semula di dalam kukus dan kukus semula selama 20 minit
Bila dah masak, tunggu kuih kita sejuk betul baru keluarkan dari loyang.
Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih serimuka.


cuba.. jangan tak cuba...








5 comments:

fazianbatrisyia said...

alamak...sedapnya kalau dapat sepotong pon jadilah...

Bicara Kak Noor said...

pasti nya sedappp ada kelainan dari hijauu je kan

aeiryn aeirynaz said...

Amboi.. Sdpnyr Kak Eita.. Insyaallah.. Nk cba Jumaat ni.. Thanks kaq..

Hesti HH. said...

Salam Kak ITa sayang, lama tak meninggalkan komen sangat rindu dengan Kak Ita. Terima kasih sudi berbagi resepnya. Saya sudah cuba dan betul tu kata Kak ITa, sedaaaaappp betuuul.

suraya said...

Tq Ita kongsi resepi dan tq jgk sbb dah aktif balik update blog...kalau free mmg hari2 saya bukak...tqsm ♡♡♡

Powered by Blogger.