Follow if you like

Aug 12, 2014

Sambal Udang Petai


Petai sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Jika sebut aje petai, sudah terbayang baunya yang kurang menyenangkan, bagi mereka yang memakannya pasti mulut akan berbau petai.. itulah yang menyebabkan ramai yang menjauhi makanan yang satu ini.



Terus terang ita memang tak pandai makan petai. Ita juga tidak mengemari petai kerana ia mempunyai bau yang sangat kuat dan kurang enak. Ita ni kalau makanan yang berbau agak kuat, ita memang tak boleh nak makan..

Tapi petai adalah makanan yang sering di masak oleh ibu mertua ita. Kalau emak ita memang jarang masak petai kerana memang kami sekeluarga kurang mengemari petai berbanding keluarga mertua yang cukup menyukai petai.


Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). (Kosmo 28 Mei 2011)

Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal mendapat sindrom premenstrual.

Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendam garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. Petai juga mempunyai serat tumbuhan yang baik bagi pengahadaman dan dapat mengelakkan gejala sembelit dari mudah berlaku. Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ketahap seimbang. Petai juga baik bagi seseorang yang telah memberhenti dari menghisap rokok dan dalam proses rehabilitasi. Kandungan Vitamin B6 dan B12 serta kalium dan magnesium dapat membantu dalam mengatasi kesan langsung akibat pemberhentian pengambilan nikotin.

Kulit pepapan petai dibahagian licin dalam poket biji petai disimpan boleh diusap pada bahagian bengkak atau kemerahan-merahan di kulit disebabkan oleh gigitan nyamuk.
Namun begitu memakan petai pada kuantiti yang banyak juga tidak baik kerana mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang dapat mengakibatkan komplikasi pada ginjal.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Petai



Hari ini ita terpanggil untuk memasak petai setelah suami pulang ke rumah dengan membawa seikat petai. Pasti dia sudah rindu masakan ibunya dan ini adalah petanda ita kena juga menyediakan makanan yang menjadi kegemarannya.

Ita sediakan Sambal Udang Petai, kebetulan udang pun ada di dalam peti ais.  Sebenarnya ita tak tau nak masak apa dengan petai, yang ita tau ibunya sering membuat sambal.. jadi ita ambil keputusan untuk buat sambal petai dan ita lawakan dengan Lauk Petola yang ita sediakan tadi. Ita juga gorengkan ikan bawal untuk suami waaa... bertambah-tambah suami makan dengan berselera sekali.. nampak sangat dia benar-benar rindukan masakan ibunya.


SAMBAL UDANG PETAI

1/2 kg udang sederhana besar, buang kepala dan belah belakang, cuci dan gaulkan dengan garam dan goreng sebentar, angkat dan ketepikan.

300 gm isi petai ~ panaskan sikit minyak dan goreng isi petai sebentar ( kejap aje utk layurkan)

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 tangkai cili merah ~ kisar
10 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
2 inc belacan ~ kisar

2 labu bawang besar ~ hiris bulat
2 camca besar sos cili
300 ml air asam jawa ~ ambil asam + air ramas-ramas jadikan 300 ml
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan sos cili dan air asam, masak lagi hingga terbit minyak
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan udang, petai dan bawang hiris
Gaul rata
sedia di hidangkan




4 comments:

Ayu azmir said...

yum yum yum sedapnya

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

rugi tau Kak Ita tak makan petaiiiii... hihihihi..

tapi husbnd Kak Ita untung, takyah berebut petai ngan Kak Ita, hahaha

mokjadeandell said...

nampak gambaq pun dah telioq...kena cari petai dgn udang buat menyambal nampaknya.
May all the blessings be upon you.Salam.

Faarihin said...

Tak sangka, khasiat petai pun banyak juga ya. Tapi itulah, saya pun tak reti sangat nak makan petai. Tak boleh tahan dengan bau dia. Ramai cakap makan petai tu sedap. Tapi entahlah diri sendiri dah mindset, tak sedap. Huhuhu.

Gambar-gambar Kak Ita ni memang menyelerakan sungguh untuk saya menatapnya. Suka tengok hasil gambar yang ada dalam blog ni. =) Boleh saya tahu, Akak ambil gambar guna mode apa?

Powered by Blogger.