Follow if you like

Aug 2, 2014

Salam Aidil Fitri...

Assalamualaikum....
Selamat Hari Raya semua...


aiiii.... apa khabar semua..?
Macam mana sambutan hari raya tahun ni... meriah ke?
Alhamdulillah... pasti seronok kan menyambut lebaran tahun ni..
Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman tu.. pasti lebih meriah dan seronok lagi..


Tahun ni ita tak ke mana-mana..
Sambutan Hari Raya pun biasa-biasa aje..
Macam biasa, pagi menu ita macam biasa.. ita sediakan ketupat, kuah lodeh, sambal tumis udang, rendang daging dan lauk kesukaan anak-anak di pagi raya.. ayam masak merah.





Tema raya tahun ni...?
emmmm.... tak ada tema.. semuanya carca marba..
Sebenarnya dik kerana ita sibuk menyiapkan tempahan biskut raya, ita hampir terlupa nak beli baju raya.. apalah ita ni kan...
Kami sekeluarga shopping last minute. Jadi tau ajelah kan.. kalau dah last minute ni.. capai mana yang ade aje le...
Mujur tak ada masalah.. dan masih ada lagi saiz untuk kami.. tapi.. tulah tak dapat lah nak sedondon.. :)


Tahun ni anak-anak tak nak pakai baju kurung.. jadi ita tak belilah baju kurung sepasang untuk mereka.
Dalili pula nak baju jubah tahun ni.. katanya lebih ringkas dan selesa.
Suami dan anak-anak lelaki ita pun sama.. tak mau pakai baju melayu.. Tak pelah.. kita ikutkan aje selera masing-masing..





Ita pun pilih jubah juga tahun ini. maklumlah dah masuk 4 series ni.. berjubahlah kita... sepatah kata adik ita.. :)




Rumah ita tahun ni pun.. sama macam selalu.. serba sederhana. Langsir pun tak tukar.. kita pakai mana yang ada sahaja..
Cuma ita susun atur lah sikit... alih sana.. alih sini.. hihi macam tulah kerja ita selalu... tapi yang berat-berat tu tak boleh lah nak alih..




Kepada semua kawan-kawan ita... folower-folower ita... sahabat-sahabat blogger... semua tak kiralah di FB Azlita, Azlita Masam Manis, di Istagram, twiter.. di blog.. tak kiralah kawan sekolah atau kawan sepermainan.. ita dengan ini menyusun sepuluh jari pohon ampun dan maaf... manalah tau.. kalau ada ita terkasar bahasa.. terguris hati ke... semoga tiada yang simpan di hati ya..

Terima kasih juga kepada semua yang selalu berurusan dengan Azlita Masam Manis... yang selalu tempah kek dan cookies... jutaan terima kasih ita ucapkan atas sokongan kalian... Halalkan mana yang terkurang...

Salam Aidil Fitri buat semua... ^_^


18 comments:

mamawana said...

Selamat Hari Raya, comeldan bahagia....

Ahsfantasy Ryu said...

Fotografi yang sangat menarik sis,
Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. :)

CT Humairah said...

selamat hari raya too :D
meriah raya..

Azlita Aziz said...

Selamat hari raya Mamawana Alhamdulillah terima kasih ^_^

Azlita Aziz said...

Terima kasih Ryu, selamat hari raya maaf zahir dan batin juga daripada akak

Azlita Aziz said...

Selamat hari raya CT :)

fazianbatrisyia said...

Selamat hari raya...maaf zahir batin buat kak ita & family. x sedondon pon xpe..janji ceria & bahagia.

nor hayati abdul halim said...

selamat hari raya kak ita..cantiknya rumah kak ita..sejuk mata memandang

www.myrichheartandsoul.com

Azie said...

Selamat Hari Raya, Ita

fiera said...

Selamat hari raya kak ita

Najdiah Zakaria Nadia said...

^_^ Di Bulan Syawal 1435 Hijrah ini dengan lafaz~ BismiLLAHir Rahmanir Rahhiimm. Assalamu'Alaikum Wbt. TaqabalaLLAHu Minna Wa MinKum Fih . Selamat Menyambut AidilFitri buat Puan Azlita Aziz Suami Isteri, anak-anak seisi keluarga <3.MAAF ZAHIR & BATIN.

Ummi said...

Salam Aidil Fitri buat Ita sekeluarga...mohon maaf zahur dan batin dr akak...bila lg agaknya kita kan bertemu...cantik gambar2 posing...yg berdua tu, lomentik.... :). Salam akak buat seisi rmh yaa Ita...muuaahh!

Irma Putri said...

selamat hari raya kak... berseri2 deco rumah

mimie said...

salam aidil fitri kak ita dan keluarga...
taqabbalallahu minna waminkum,shiyamana wa shiyamakum
semoga allah menerima amalan kita, puasa kita...
maap zahir dan batin...
#amboi..... tersenyum2 mimie tengok kak ita bergaya...

lovely said...

selamat hari raya k.ita..
suka tengok gambar k.ita dan keluarga.. nampak comel sangat..

Muna Mahdzar-Fadaaq said...

salam eid mubarak Ita
Such beautiful home and beautiful family, masya allah, what more could you ask for... alhamdulillah
xoxo

cikmerpatiputeh said...

gambar first kak ita tu mcm prof muhaya la..hehe

quinsha asma said...

Maaf lahir & batin kak ita

Powered by Blogger.