Follow if you like

Aug 9, 2014

Rendang Daging Minang yang mudah, ringkas dan sedap!


Rendang Daging Minang, penyediaannya cukup mudah dan ringkas dan yang paling utama rasanya sangat sedap!
Ita sediakan resepi rendang ini bersama nasi beringin yang akan ita kongsikan nanti ya.. Di sebabkan musim perayaan dan ramai yang tengah mencari idea untuk nak menghidangkan pada tetamu, apa kata cuba resepi Rendang Daging Minang ni.




Masaknya tak payah nak tumis-tumis, masuk aje dalam kuali atau periuk , boh semua dan biarkan ia masak. Bahan-bahan yang kita perlukan juga tak lah serumit atau sesukar mana nak di cari. Kebanyakkan bahan asas ada di dapur atau ada di tanam di belakang rumah.

Resepi ni ita ambil dari buku Juadah Warisan Nenek. Dah lama ita gunakan buku ini sebagai rujukan untuk ita memasak di dapur. Kebanyakkan resepi yang ita cuba tak pernah mengecewakan dan alhamdulillah semuanya amat di sukai dan serasi dengan selera kami sekeluarga.

Jom ita kongsikan di sini pula, manalah tau kalau ada yang teringin mencuba


RENDANG DAGING MINANG
Rujukan : Juadah Warisan Nenek

600 gm daging batang pinang
40 gm kerisik
4 helai daun limau perut ~ di siat-siat
2 helai daun kunyit ~ di mayang halus
garam dan gula secukup rasa
1/2 liter santan
1 keping asam keping
1 buku gula melaka

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 inc halia ~ kisar
2 batang serai ~ kisar
1/2 inc lengkuas ~ kisar
15 tangkai cili padi ~ kisar

Satukan semua bahan kisar di dalam kuali bersama santan dan masak sambil di kacau rata
Bila dah didih masukkan daun limau perut dan daun kunyit
Masak hingga harum
Masukkan daging dan biarkan ia merenih dan daging empuk ~ jika tidak guna daging batang pinang, daging hendaklah di rebus dahulu
Masaklah hingga kuah mendidih
Perlahankan api, masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa dan juga kerisik
Perlahankan api dan biarkan kuah masah hingga pekat
Sedia di hidangkan




4 comments:

Kak Nita said...

Salam kak Ita'

mmg nampak simple dan sedap..kalu makam makan dgn ketupat lg terangkattt..!

fazianbatrisyia said...

nak cari jugak la buku resepi cam ni

Najihah Hamidi said...

Nk cuba hari ni tq for the resepi..
Tulisan yg sngt berbudi bahasa.

Siti's Hot Oven said...

Simple sangat. ..Saya suka

Powered by Blogger.