Follow if you like

Aug 10, 2014

Rendang Ayam Nangka Muda resepi Pak Engku yang mengancam!


Satu lagi resepi yang anda harus cuba, Rendang Ayam dengan Nangka Muda , sedapnya sampai menjilat jari.. memang yummy sangat!



Resepi rendang ayam bersama nangka muda yang terangkat ini hasil sentuhan siapa lagi kalau bukan Pak Engku yang memang sudah terkenal seantara Malaya. Memang kalau resepi Pak Engku ni semuanya sedap-sedap belaka!

Tak sangka hasil gabungan ayam dan nangka muda di dalam rendang memang sangat memukau.. serius ita tak pernah lagi makan nangka muda rendang dan cubaan kali ini memang mengasikkan.. Suami ita pun kata sedap!

Anda pun boleh cuba, membuatnya pun mudah bahan pun yang simple-simple.. sesekali cuba kelainan pasti syok habis..

Ita makan rendang ayam ini bersama Nasi Beringin dan gabungannya berdua memang tip top! Ada lagi satu resepi pak Engku yang juga terangkat! sedap wehh... nanti ita kongsikan juga ya, sebelum tu kita salin resepi yang ni dulu..


RENDANG AYAM NANGKA MUDA
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Lauk Pauk Tradisi

1 ekor ayam kampung ~ ayam bandar pun ok! potong dan cuci bersih
Ita gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak.
Kalau tak nak goreng pun boleh

400 gm nangka muda ~ potong , cuci dan rebus sampai empuk
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
4 kuntum cengkih
4 biji bawang besar ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
5 batang serai ~ 2 kisar 3 lagi di ketuk
2 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ kisar
2 inc kunyit hidup ~ dikisar
5 helai daun limau purut ~ di siat-siat
2 helai daun kunyit ~ di mayang halus
3 camca besar serbuk kari daging Babas
2 camca besar serbuk cili  atau boleh guna cili kering 10 batang rendam dan kisar
500 ml santan pekat
3 camca besar kerisik
1 liter air kelapa
1 buku gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa

Cara Pak Engku, dia tak goreng ayam, ayam itu di masak terus
Cara ita pula, ita goreng ayam dahulu . Ita tunjukkan cara yang pak Engku ajar kan ya

Masukkan air kelapa. ayam kampung, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang cengkih serbuk kari daging dan serbuk cili ke dalam kuali.
Renihkan sehingga ayam empuk
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai
masak hingga mendidih
masukkan santan pekat, gula melaka, kerisik, dan nangka muda
Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masak hingga kuah pekat
Sedia di hidangkan






Powered by Blogger.