Follow if you like

Aug 22, 2014

Puding Kastard Buah-buahan


Inalillahhiwainailahirajiun.....
Hari ini 22 Ogos 2014, buat pertama kalinya Malaysia berkabung, menyambut kepulangan penumpang kapal terbang MH17 yang terkorban di tembak jatuh.
Air mata ni sudah kering rasanya.. mengalir sejak mendengar berita itu pada 17 Julai yang lalu..
Walaupun ita tidak kenal sesiapa pun yang berada di dalam pesawat.. namun setiap kali menatap berita di kaca TV air mata ini pasti deras mengalir... apakah ita terlalu cengeng.. atau naluri keibuan ini yang terlalu sensitif..



Hari ini juraiannya mengalir lagi.. bertambah deras tak kala menatap gambar anak-anak yang tak mengerti apa-apa... tangisan anak yang ingin menatap wajah ibunya buat kali terakhir.... namun tidak kesampaian.. Pilu hati anak tak kala menyirami pusara ibu.. kini hanya tinggal kenangan dan memori-memori indah untuk di kenang...

Ya Allah kau tabahkan dan kuatkanlah hati mereka...
Kuatkan hati insan-insan yang di tinggalkan.. semoga mereka dapat meneruskan kehidupan ini.. walaupun kini kehilangan insan-insan yang mereka sayangi...

Kau cucurilah rahmat kepada mereka yang telah pergi.. semoga mereka tenang dan damai di sisi hamba-hamba Mu yang Dikau kasihi..

Kepada keluarga mangsa MH 17 salam takziah...
Al Fateha


Dalam gundah gulana di tambah kesedihan dan kesayuan... sempat juga ita sediakan puding sebagai hidangan minum petang kami sekeluarga.

Puding yang mudah dan ringkas ini, sangat sesuai jika di hidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah, atau mungkin untuk majlis keraian atau jamuan hari raya.

Ada yang kirimkan mesage pada ita bertanya puding yang sesuai untuk open house.
Ita rasa ini juga antara yang paling sesuai.
Resepi yang ita sediakan ini sesuai untuk tetamu yang tak ramai. Kalau buat majlis bolehlah gandakan sukatan bahan-bahannya.



PUDING KASTARD BUAH-BUAHAN

Di dalam resepi ini kita perlukan 1 keping kek yang nipis bersaiz 7 inc
Anda boleh menggunakan apa sahaja resepi kek yang sesuai. Untuk resepi kali ini ita menggunakan resepi kek choc moist untuk lapisan dasar. Anda boleh dapatkan resepi kek di SINI
Resepi itu agak banyak untuk sukatan puding yang sedikit. Oleh itu anda hanya buat 1/2 daripada adunan kek tersebut sahaja.

Bahan 1
1 keping kek span coklat atau kek coklat lembab.

Bahan 2

6 gm agar-agar serbuk
2 cawan air
150 gm gula

200 ml susu cair
1/2 cawan tepung kastard
1 sudu teh esen vanills
secubit garam

1/2 tin buah-buahan dalam tin fruitcoktail


Bila dah taburkan buah koktail kat atas puding tu tekan-tekan dia sikit biar dia terbenam sikit di dalam puding.
Biarkan puding sejuk di luar dahulu. Bila dah sejuk baru masuk peti ais dan biarkan ia dingin.
Kemudian barulah di potong dan di hidangkan
Mudah aje kan nak buat dia.. yang penting sedap , mudah dan ringkas.







13 comments:

Emma Marinie said...

sangat menarik !. akan dicuba

Bicara Kak Noor said...

cantik dan menarik mesti lazat jugak ni boleh try nanti Ita thankss

Noor Yusoff said...

Macam puding mabeles yang di iklan dalam krusus puding kek..hehe nampak sangat menarik...terima kasih nan boleh lah kita cuba .

sh33da said...

Assalam Puan Ita..tq sharing resepi menarik ni..nk tanya..puan guna loyang loose ker? brapa cm? sy selalu ada prob cara nk kuarkan puding dr loyang..tgk puding puan cantik terletak..

Hartini Zulaikha said...

assalamualamualaikum...sedapnya kak ita puding ni...
kak ita nk tanya nape kastard akan jadi berketul-ketul ye bila dah dimsk atas api,sedangkan awalnya tu xjd begitu?
baru-baru ini sy buat triffle ,kastad kurang jadi sbb berketul2 tu..
tapi sedap gak triffle tu.
tq kak ita..

nurul taqiyah said...

Mmg tak mengecewakan klu cuba resepi2 yg k.ita bg..semuanya mnjadi...bila dh jd rasa seronk memasak..rsa nk buat2 je lg...
Sbb sya prnah cuba beberapa resepi yg ambil dr internet cmni..tp dh buat xjadi rsa sedih..tp sjak jumpa blog k.ita ni...asik nk masak je hihi..terutamanya kek..kek kn susah nk wat..terlebh pukul dh jd lain..tp dgn step by step yg k.ita tunjuk insyaAllah mesti jd..cubalah...berbaloi baloi..:o)

Bidadari gojess said...

Tq kak.. xtau nak buat per lebihan susu cair...

www.bidadarigojes.blogspot.com

Kinan Suyatmoko said...

assalammualaikum. kak agar2 nya plain? atau ada flavor nya?

Kinan Suyatmoko said...

assalammualaikum .kak mau tanya agar2nya plain atau flavor?

Siti Nor Azizah Md Zin said...

Sedapnyaa..nak buat jugakkk..selalu buat tapi yg biasa2 je..thanks for sharing.
Sahabat2 jemput ke blog saya☺️

sitinorazizah920702.blogspot.com

Aida Nureen said...

Assalamualaikum Kak Ita..

mmg terbaek resepi2 dari blog kak ita nih...sy pernah buat puding nih masa hari raya thun lepas...menjadi dan sedap!...
mohon share jugak ye k.Ita tuk resepi2 yang lain eh!....
Tqqqqqqqq....

Dd said...

150g gula terlalu byk...

biby shazie said...

akak .. klu x guna kek bole ke ?

Powered by Blogger.