Follow if you like

Aug 11, 2014

Petola Berudang Masak Lemak Halba


Cuti hujung minggu pasti banyak di habiskan dengan kunjung mengunjung dan ziarah-menziarahi. Seronok kan dapat mengeratkan silatulrahim di samping dapat juga menjamu selera dengan pelbagai juadah yang di sediakan oleh tuan rumah.



Hari ini kita lupakan menu 'open house' kita balik semula pada menu harian yang mudah dan ringkas untuk hidangan keluarga.

Hari ini juga ita nak perkenalkan ada pada sayur petola. Ada yang tak kenal sayur petola ke? 


Petola atau juga dikenali sebagai petola segi (nama sains: Luffa acutangula) merupakan buah dalam kategori sayuran hijau. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Luffa atau Loofah/Lufah (dari bahasa Arab لوف) dan merupakan tumbuhan tropika dan sub tropika menjalar tahunan yang terdiri dari genus Luffa. Buah dari dua spesies, L. acutangula dan L. aegyptiaca, ditanam untuk dituai sebelum buah matang dan dimakan sebagai sayuran, dan popular dalam masakan Asia dan Afrika.

Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.

Buah yang di petik biasanya yang masih lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.
Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat. Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.

Petola di katakan baik untuk membuang toksik, anti radang, menyejukkan badan dan membantu mengeluarkan cecair badan serta tonik untuk jantung.

Kalau anda nak tau, petola yang tua biasanya di biarkan kering dan bersabut dan ia di jadikan sebagai berus untuk membersikhan badan. 



PETOLA BERUDANG MASAK LEMAK HALBA

1 biji petola ~ buang kulit kuarnya yang keras, belah 2 dan potong serong
5 ekor udang sederhana besar ~ potong dan cuci bersih
1 sudu teh halba
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
300 ml santan
200 ml air
garam secukup rasa

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halba hingga harum
Tambahkan udang, air dan santan
perasakan dengan garam
Biarkan didih
Masukkan petola dan cili merah
Kacau sekejap dan tutup api
Jangan masak sayur petola terlalu lama kerana nanti dia lembik. Bila dah masuk sayur, kacau sekejap terus tutup api
Sedia di hidangkan.



3 comments:

idzwa kamaruddin said...

sedap nyer..

Khairul Hakimin Muhammad said...

kan! nampak pun dah sedaaaap!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ita. petola masak lemak memang sedapnya umph! masa keci dulu mak ada tanam petola tepi rumah. sebab tu sheila suka sangat makan sayur nan satu ni. hehehhee

Powered by Blogger.