Wednesday, August 27, 2014

Nasi Goreng Belacan Spesial...


Bangun pagi, nampak lebihan nasi semalam di dalam periuk nasi.
Ita ni kalau nampak lebihan nasi memang sarapan nasi gorenglah nampaknya.
Sayang nak buang nasi.. ingat pesan mak masa ita kecik-kecik dulu, jangan buang nasi, nanti dia nangis..
Kata mak lagi nasi adalah makhluk Allah juga.. ia juga ada roh
Ita akur.. bila mak pesan.. walaupun kadang ita tau.. mak tak nak kita membazir.. bak kata iklan..sebutir nasi ibarat peluh petani..



Biasanya ita masak nasi goreng yang biasa-biasa aje.. nasi goreng ikan bilis, nasi goreng kampung..  nasi goreng Cina, tapi hari ini ita nak cuba yang lain sikit lah..

Ita terus googel cari resepi yang special sikit.
Dalam pencarian tu ternampaklah Nasi Goreng Belacan yang di kongsikan oleh Fiza's Cooking.
Wah... macam menarik aje..
Apa yang menambat hati ita adalah nasi goreng ini dimakan bersama daging masak kicap yang sangat-sangat mudah penyediaannya..
Kalau yang mudah-mudah ni.. lagilah semangat nak memasak dan mencuba kan..

Bahannya juga tak rumit.. mudah dan ringkas
Apalagi, cepat-cepat ita salin dan mula beroperasi di dapur..


NASI GORENG BELACAN
Resepi Oleh : Fiza's Cooking

2 mangkuk nasi sejuk ~ di peroikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar

1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan

Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak


Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam
Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula


Dah pun siap nasi kita... macam tak sabar aje nak makan kan..
Bau dia.. perghhh.. cik abang dah mula tanya.. dah boleh makan..? aiii... dah mula berkeroncong lah perutnya tu.. ^-^ ambik bau dulu ya...
Belum boleh makan lagi ni.. masih tak complete.. kita sediakan lawanya pula
Ini lah yang specialnya nasi Goreng Belacan, sebab dia di makan bersama Daging Masak Kicap yang mudah dan simple..
Apa tunggu lagi.. jom kita inta-intai bahan-bahannya


DAGING MASAK KICAP

300 gm daging batang pinang ~ dipotong nipis cuci bersih
~ daging batang pinang ni dia lembut, cepat masak dan kalau masak tak perlu rebus. Kalau daging lain kena rebus dulu ya..

1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu besar kicap manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
minyak untuk menumis
1 labu bawang besar ~ di hiris yang ni ita tambah
5 biji cili padi ~ di belah 2 yang ni pun ita tambah
Garam dan gula secukup rasa atau Maggi Cukup Rasa



Walla....
Dah siap pun nasi goreng kita ni..
Jangan lupa lawankan dengan telur dadar, ulam-ulaman dan sambal belacan..

Macam mana nak buat telur dadar?
Mudah aje.. ambil 2 biji telur campurkan secubit garam
Kocok telur
Panaskan sedikit minyak dalam pan leper
Tuangkan 1/2 daripada telur, bila dah masak tu tak perlu terbalikkan, masa panas-panas terus gulung.
Lepas tu buat lagi dengan 1/2 bahagian baki telur.
Sama aje caranya
Lepas siap dah boleh potong..

Perghhhh.... terangkat sehhh...
Makan panas-panas dengan teh O kosong pun dah tak pandang mak mertua lalu tau!
Ita suka daging masak kicap ni.. mudah dan ringkas tapi sedap! kalau makan dengan nasi putih pun sedap ni...

Apa tunggu lagi..
Tak kan nak tengok aje...
Jom kita mulakan...
Bismillah..





5 comments:

Seri Ayu Masuri Md Daud said...

Salam kak ita.... saya ni silent follower kak ita :)
Sedap nampak nasi goreng dengan daging kicap tu...
Alhamdulillah dah banyak resepi kak ita yang saya cuba semenjak tinggal di Brisbane ni...semoga segala perkongsian resepi menjadi ilmu yang bermanfaat untuk kak ita tuai hasilnya di akhirat kelak...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hehehehe.. bab eja spesial tu tak menahan.. hehehe

p/s Kak Ita, kontrak sambung ya.. nt sy pm

idzwa kamaruddin said...

Tertelan air liur!

nur anis said...

sedapnyaaaa...feberet nasi goreng belacan..tapi sebab husband tak leh makan belacan, memang masak tak pakai belacan dah sekarang ni..huhu

Cik Sue said...

alahaiiiii sedapnya kak,selama ni silent reader dah bertahun,tetiba terliur rajin lak nak komen,kita pun makan nasi goreng gak pagi tadi housemate buat nasi goreng tomyam hehehe