Follow if you like

Aug 20, 2014

Nasi Ayam, Ayam Kampung sedapnya...!



Ramai antara kita yang cukup mengemari nasi ayam. Nasi ayam adalah hidangan yang cukup enak di nikmati dan sangat sesuai sebagai hidangan untuk merai kedatangan tetamu ke rumah.



Baru-baru ini, ita telah menyediakan nasi ayam untuk tetamu, ita masak agak banyaklah sikit sebab adik ita sekeluarga ada di rumah, kebetulan anak ita Amirul dan Azrul juga turut pulang sama. Anak buah ita sorang lagi turut datang rumah kerana ibu dan ayahnya pulang ke kampung, sebabkan dia tinggal seorang kat rumah, jadi kami pun mengajak sekali dia tinggal di rumah.

Hari yang sama juga cikgu Amirul dan Azrul , sekeluarga datang berhari raya ke rumah. Kerana itu ita mengambil keputusan untuk menyediakan nasi ayam. Selain ianya mudah dan ringkas, ia juga merupakan menu yang cukup di gemari anak-anak.


Kali ini ita memasak nasi ayam menggunakan ayam kampung. Ayam yang ita beli ni tak berapa besar, bersaiz sederhana sahaja.
Ita memilih resepi Nasi Ayam yang di kongsikan oleh Che' Nom untuk di hidangkan pada tetamu kali ini. Selaian cara penyediaannya yang mudah dan ringkas, ita cukup gemarkan nasinya yang bewarna kuning keemasan. Memang tak silap memilih kerana nasi ini sangat sedap dengan ayamnya lagilah.... cukup membuka selera kami sekeluarga.

Kebiasannya ita menyediakan nasi ayam bersama lauk ayam masak merah kerana lauk ayam masak merah cukup di gemari anak-anak. Kali ini ita cuba resepi ayam ni pula.. nampak menarik kan.. Tapi macam biasa resepi ayam masak merah turut ita sediakan untuk anak-anak...


Lama tak makan ayam kampung... sesekali makan memang cukup berselera sekali..
Melihatkan ayam yang tergolek selepas di goreng, cukup memanggil-manggil selera tak sabar rasanya nak menjamah hidangan..

Bau harum nasi yang menguning dan ayam yang golden brown berkilat-kilat dan memancar-mancar keemasannya memanglah.. mengugat keimanan..

Apa tunggu lagi.. tak sabar nak kongsikan kepada kawan-kawan...

NASI AYAM, AYAM KAMPUNG
Resepi : Che' Nom
Rujukan : Iresepi

Mula-mula kita kena rebus ayam terlebih dahulu, kerana air rebusan ayam akan kita gunakan untuk menanak nasi nanti.


Bahan Rebusan Ayam

2 ekor ayam kampung sederhana saiz ~ kalau tak ada ayam kampung ayam biasa pun boleh.
2 ulas bawang putih ~ di hiris halus
2 inc halia ~ di hiris
2 kiub ayam

Bahan Perapan Ayam

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
1 sudu besar kicap cair
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 inc halia ~ dikisar


Satukan ayam , bawang putih yang di hiris, halia hiris dan kiub ayam ke dalam periuk. Tambahkan air secukupnya dan rebus hingga ayam empuk.

Bila ayam dah empuk, angkat ayam dan toskan.
Baki air rebusan jangan di buang, kerana kita akan gunakan untuk menanak nasi dan membuat sup.
Satukan bahan perapan. Lumurkan bahan perapan pada ayam dan perap sebentar.
Sementara kita perap ayam, kita sediakan pula nasinya.



Bahan Untuk Nasi Ayam


3 cawan beras Basmathi ~ kalau nak guna beras biasa pun boleh
Jika guna beras basmathi, rendam beras dahulu paling kurang 20 minit, kemudian cuci bersih dan toskan.
Jika guna beras biasa sukatan air rebusan ayam  sama macam kita masak nasi biasa

4 cawan air rebusan ayam ~ baki air rebusan ini kita guna untuk sup pula
2 sudu besar mentega
1 cm halia ~ di hiris
1 batang serai ~ di titik
2 helai daun pandan di simpul
3 ulas bawang putih ~ di kisar
3 ulas bawang merah ~ dikisar
1 inc kunyit ~ dikisar

Rempah Tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 biji pelaga

Bila bahan dah tersedia, bolehlah kita mulakan proses menanak nasi.
Seperti biasa bila ita masak nasi ita akan gunakan periuk nasi untuk memasak. Selain mudah dan ringkas, ita juga tak perlu risau untuk menjaga api. Cukup masa ia masak dengan begitu sempurna sekali.

Ok sekarang kita nak buat apa dulu...


Nasi dah pun siap sekarang kita siapkan sup pula

Bahan Untuk Sup

Baki air rebusan ayam tadi ~ larikan 1/2 cawan untuk sos cili
1 uncang sup bunjut
1 biji kentang di dadu
1 batang lobak merah potong panjang
3 pokok daun bawang ~ potong panjang, bahagian labu bawahnya yang unggu tu belah 2 dan masukkan sekali.
Garam secukup rasa


Baki air rebusan ayam tadi, kita panaskan semula atas dapur. Bila dah didih masukkan sup bunjut, kentang, lobak merah, daun sup dan perasakan dengan garam.
Masak hingga kentang dan lobak empuk

Dah pun siap sup kita, sekarang bolehlah kita sediakan sos cilinya pula

Bahan Sos

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 sudu besar cuka
1 sudu terh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan  air rebusan ayam


Satukan semua bahan dalam blender dan kisar.
Masak sebentar , kalau tak nak masak pun boleh.
Sedia di hidangkan

Sos dah pun siap, sekarang bolehlah kita goreng ayam yag kita perap tadi.
Ayam ni kita boleh goreng atau bakar, terpulang pada citarasa masing masing.
Kalau nak goreng gunakan minyak yang banyak dan goreng secara terendam.
Kalau nak bakar , letak atas dulang pembakar, lapik aluminium foil. Nak bungkus boleh tak bungkus pun boleh. Kalau bungkus dagingnya moist sikit dan tak kering.
Bakar hingga keemasan.

Baki perapan ayam tadi jangan di buang, kita boleh buat sos kicap

Sos Kicap

Baki air campuran kicap perapan ayam
Tambahkan sedikit kicap manis
Perasakan dengan garam
Kalau kuah pekat boleh tambahkan sedikit air rebusan ayam sedikit




Inilah hasinya setelah ayam di goreng.. Wah! menawan kalbu betul.. lihatlah warnanya yang kemasan dan berkilauan itu.. memanggil-manggil nampaknya...
aiiii... apa tunggu lagi..
Jom kita menjamu selera..








20 comments:

fazianbatrisyia said...

terbaekkk.....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nasi ayam.. lama tak buat... puas masak sendiri boleh letak ayam banyak2.. hehehe

Rasyiqah said...

sedappp nyer... minggu ni blh la buat

Syahidah Fadilah said...

sedapnye.. terliur rase nk mkn :D

mollyharon said...

Sedapnya nasi ayam..saya suka...saya suka....wallaaa...

mollyharon said...

Sedapnya nasi ayam..saya suka...saya suka....wallaaa...

Sunah Sakura said...

bestnya...resepi nampak senang dan semua bahan boleh dapat dengan mudah rupanya...insya'Allah nanti nak cuba!

Ani said...

Mcm mana nak goreng ayam cantik mcm ni?selalu klu goreng ayam mesti kulit hitam.minyak kena penuh ke Azlita.tq

Ani said...

Mcm mana nak goreng ayam cantik mcm ni?selalu klu goreng ayam mesti kulit hitam.minyak kena penuh ke Azlita.tq

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Ewahhhhh ayam dia tuuuu!! Sedapnya kak oi.. terliur dah saya ni ha.. Tak leh jadi ni! Nak kena buat jugak lah nasi ayam nanti hihi

ikan said...

boleh sy tau kicap cair n kicap pekat brand ape yg kak ita gunekan?
sbb susah nak cari kicap cair yang statusnya dijamin halal..

suraya said...

Menariknya....harus diprint resepi ita ni haruslah dibuat juga btw tqvm ita for the awsome resepi nasi ayam...♡

suraya said...

Menariknya....harus diprint resepi ita ni haruslah dibuat juga btw tqvm ita for the awsome resepi nasi ayam...♡

suraya said...
This comment has been removed by the author.
nurul taqiyah said...

K.itaa..dh ler pndai masak..amik gambar pn cantik...sja ja bg org lpar mlm2 gini...nti tido mesti trmimpi2 ayam yg rsa cm nk amik jer dr skrin ni...kalau lh bolehh..hihihi

Azura said...

Dap yer...nk cbe arr....jp g.. thx :)

cik muntel said...

macam sedap. nak try la... gambar2 pun cantik la...suke..suke...suke....

just my other layer! said...

hi kak ita..sy dh try resipi ni...mmg sedap dan senang utk ikut step by step...terima kasih dan terbaik usaha kak ita ni...

Aida said...

Dah buat..sedapp..husband pn ckp sedap..dah lama xmkn nasi ayam mcm ni dia ckp..hehe..tq akk

Wu Lan said...

Kak Ita
Saya dah cuba resipi ini syedapnye.. thx for sharing the resipi.

Powered by Blogger.