Follow if you like

Aug 4, 2014

Kobis Masak Putih yang mudah dan ringkas


Bila anak-anak dah mula tinggal sendiri, mereka mula sering bertanya macam mana nak masak itu... dan macam mana nak masak ini.. Kehidupan di ibu kota dan tinggal bersendirian menuntut mereka untuk berjimat cermat.. sepatah kata Azrul.. " baik masak sendiri jimat sikit duit poket.." lagi pula katanya jika beli kadang kala tidak menenuhi citarasa.




Pulang bercuti baru-baru ini, banyaklah anak-anak bertanya resepi dan kaedah penyediaan masakan yang mudah dan ringkas. Oleh itu hari ini ita kongsikan kaedah penyediaan masakan yang mudah dan ringkas untuk orang bujang. Tak perlu mesin pengisar.. tak perlu lesung batu untuk menumbuk. Semuanya serba ringkas dan mudah. Ita harap dapatlah anak-anak mencuba resepi yang mudah penyediaannya.



KOBIS MASAK PUTIH 

1/2 biji kobis ~ di potong ikut kesesuaian
5 ekor udang basah ~ buang kepala dan belah belakang, cuci bersih
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
2 batang serai ~ di ketuk
1 tangkai cili merah di hiris
1/2 biji santan kelapa atau boleh guna 1/2 kotak santan KARA
sedikit air
garam secukup rasa

Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan udang hingga harum
Tambahkan sedikit air ~ air ni anggaran 1 cawan jika menggunakan santan kotak ( bancuhkan santan kotak atau santan kelapa dengan air dan jadikan 1 cawan ) kalau kuahnya masih pekat boleh tambahkan lagi sedikit air
Masukkan santan
Bila dah masuk santan hendaklah selalu di kacau supaya santan tak berketul atau pecah minyak
Bila dah didih, perasakan dengan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan sayur kubis dan cili merah
Kacau sekejap terus tutup api supaya sayur tidak terlalu lecur atau lembik
Bolehlah di hidangkan dengan ikan goreng, sambal belacan dan nasi hangat..

Mudah aje kan... kepada anak mak Amirul dan Azrul selamat mencuba!







3 comments:

Faarihin said...

Tengok gambar aje dah menyelerakan. Sayur kobis masak putih ni memang sedap.

fina~chan said...

kobis kegemaran saya.. thanks sbb sudi kongsi

ejaMaria said...

kak Ita... kenapa tak masukkan sekali kebaikan sayur kobis (mcm kak Ita buat entry sayur bayam)...bukan apa...lately ni banyak sangat org bercakap yg sayur kobis ni tak bagus dan bole menyebabkan keputihan... padahal bila saya google perkara tu tak disokong pun oleh fakta sains... kalau kak Ita tulis - at least ramai yg baca dan dapat pencerahan yg sepatutnya...

Powered by Blogger.