Follow if you like

Aug 5, 2014

Kek Frozen untuk pasangan kembar


Lama dah tak mengekek kan...?
Hari ni ita dapat tempahan 2 biji kek ulang tahun untuk pasangan kembar yang comel, Dalili dan Dania.
Tema pilihan kali ini untuk kedua-dua kek ni adalah tema Frozen.
emmm.... frozen lagi.. dah berapa kali dah ita buat kek frozen , sampaikan ita dah kekeringan idea untuk mendeco kek ini.. ^_^





Kek yang pertama ini adalah kek strawberry dan vanilla.
Di dalamnya adalah kek span strawberry dan kek span vanilla
Krimnya pula white choc cream perisa vanilla di gabungkan pula bersama filling strawberry.
Kek ini hiasan luar dari buttercream dan edible image sebagai pilihan deko kek ini.
Kek yang simple deconya untuk pasangan kembar ini.


Satu lagi kek yang di pesan ialah kek rainbow dengan cream cheese frosting sebagai fillingnya.
Kek di hiasi dan di deco sepenuhnya dengan fondant dan figurine.
Semoga Dalili dan Dania happy dengan kek pilihannya.
Happy Birthday dari auntie ^_^


Untuk pengetahuan semua rakan-rakan atau pelangan-pelangan. Tempahan ita untuk bulan Ogos dan September ita dah tutup, memandangkan ita akan menumpukan tumpuan pada Dalili yang akan mendiduki peperiksaan tidak lama lagi.

Ita akan mula beroperasi semula pada bulan Oktober nanti. Kepada yang nak buat tempahan kek bulan Oktober, November dan December, bolehlah buat tempahan awal. Ita tak terima tempahan last minute  kerana ita tidak mahu kelang kabut nak cari bahan untuk dekorasi kek.

Bagi mereka yang nak buat tempahan, tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal dari tarikh.
Untuk pengetahuan semua juga, ita beroperasi hanya di Johor Bahru sahaja. Oleh kerana itu ita tidak menerima tempahan bagi mereka yang tinggal luar dari Johor Bahru.

Untuk tempahan ada bolehlah wassap atau msg ke talian 011 27744938






6 comments:

Etuza Ezawarna said...

hummm sedap juga kek ni...salam kenal awak punya blog ya..http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

nurul iman said...

kak..cantik sangat design kek frozen ni.

nur anis said...

cantiknyaaaa!

Mashitah Mamat said...

Cute nya… .tengok pon rasa sayang nak makan… ..hehehehe

Salam perkenalan, dr putrajaya…

Huwarr… tak dpt la nk tempah kek comel nih..jamu mata je la…

*buat ibu hamil, yang sedang mencari set bersalin, meh singgah blog sy… . *



Siti Rohani A Bakar said...

salam k.ita,sy suka belek blok k.ita.suke tgk resepi yg k.ita kongsikan..leh tak klu sy nk minta jasa baik k.ita tuk kongsikan resepi buttrcream..knp sy buat slalu x jd

Chong yee chin said...

sis..nk no hp blh? sy call no yg tertera tpi x dpt..

Powered by Blogger.