Follow if you like

Aug 18, 2014

Harraz dan Sup Tulang Merah Singapura



Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan  salam ukhwah kepada semua pembaca...
Lama tak bersiaran kan..
Beberapa hari ini ita cukup sibuk sekali..
Sibuk menyiapkan tempahan kek dan sibuk melayan tetamu yang bertandang ke rumah pada hujung minggu.



Minggu lepas, adik ita sekeluarga datang ke rumah dari Kota Bahru.. Lama dah mereka tak datang rumah ita.. kali terakhir sewaktu Harraz berusia setahun lebih kalau tak silap ita.. Tapi kali ini Harraz dah berusia 5 tahun dan kali ini juga Harraz datang di temani adiknya yang comel dan keletah Suffi Amanda. Harraz juga datang bersama mama dan papa dan baby dalam perut yang insyaallah akan keluar pada hari raya Aidil Adha nanti.. welcome baby... tak sabar nak tunggu anak saudara baru.. ^_^


Kedatangan Harraz dan Suffi menceriakan kami sekeluarga. Rumah yang dah lama sunyi dari gelak, tawa kanak-kanak kini terasa ceria.. Anak-anak ita Amirul dan Azrul juga turut pulang bila mendapat tahu mak cu nya datang. Azrul dan Amirul sememangnya sangat rapat dengan mak cunya kerana semasa kecil mak cunnya lah yang sering mengelek mereka berdua.. maklumlah mak cunya ni memang sangat sukakan budak-budak.. dan anak ita pula merupakan cucu pertama di dalam keluarga mereka... dan yang paling seronok sekali pastinya Dalili yang dah lama sangat kesunyian tak ada kawan..





Bila dengar mereka nak datang... bermacam-macam senarai menu masakkan yang ita nak sediakan dan hidangkan.. Maklumlah bukan mudah mereka nak turun ke JB ni.. perjalanan yang jauh dan atas faktor kesibukan tugas masing-masaing.. memang menyukarkan mereka untuk sering ke sini.. tak pe lah.. tapi sesekali datang memang seronok..


Kebetulan kedatangan Harraz ke JB jatuh pada hari ulang tahunnya yang ke 5 tahun.. sempatlah ita menyediakan sebijik kek untuk Harraz..
Happy Birthday Harraz... semoga membesar menjadi anak yang bijak! berani.. taat kepada pencipta dan rasulnya serta patuh kepada mama dan papa.." jadi juruhhh..." kata pak Long


Ita sediakan kek choc badam dengan tema Finn and Jake kerana menurut mama Harraz itulah antara kartun yang menjadi kegemaran Harraz.

Seronok sangat ita lihat mereka berdua beradik tekun menghabiskan kek yang ita sediakan. Satu potongan kek itu, habis licin di makan Harraz dengan begitu bersera sekali.. Hanya Allah yang tahu betapa seronoknya hati ita bila Harraz kata sedap! sesungguhnya kanak-kanak ini cukup jujur bila berkata-kata... terima kasih Harraz..


Salah satu menu yang sempat ita sediakan adalah Sup Tulang Merah Singapura.
Sup ini memang dah cukup popular di Singapura. Kata orang kalau datang ke Singapura tak pekena sup tulang merah ni terasa tak lengkap! kalau dah pekena sup ni.. baru lah boleh lena tidur di buatnya..

Kalau di Singapura sup ini kebanyakkannya di jual di restoran mamak..
Tapi kalau kita ke Singapura ni kalau nak makan kena berhati-hatilah sikit.. almaklumlah.. penduduk Islam di Singapura hanyalah minoriti sahaja.. jadi bab halal haram dalam makanan ni kita harus utamakan.. Mak cik ita selalu ingatkan ita supaya jangan makan sembarangan bila berkunjung ke Singapura. Biasanya dia akan masak dan jamu kita makan sebelum keluar berjalan-jalan.. di Singapura. Kalau mak cik ita yang tinggal di Singapura sendiri ragu-ragu nak makan di luar.. inikalah kita orang luar..


Bagi mereka yang ragu-ragu.. dah tak perlu ragu-ragu lagi.. hari ini ita akan kongsikan resepi Sup Tulang Merah Singapura di sini untuk di cuba oleh semua.. yang teringin nak merasa..

Sedap tau sup ni.. sekali makan mesti nak lagi-dan lagi..
Mula-mula memang macam seram nak makan sebab warnnya yang merah menyala tu kan?.,., tapi bila dah rasa.. perghhh.. memang tak boleh berhenti lah!

Anak -anak ita pun bila mula makan mereka macam takut nak makan.. tapi bila dah makan berulang-ulang.. tak boleh berhenti.. sekejap -kejap semangkuk.. di ambil sambil makan sambil mengadap TV.. sampai esok pun masih suruh ita panaskan lagi sebab mereka nak makan lagi.. dan lagi..

Anda teringin nak mencuba!
Jom ikut ita masuk dapur kita mulakan....



SUP TULANG MERAH SINGAPURA

Mula-mula kita rebus tulang dahulu hingga empuk

Bahan Merebus Tulang

 1 kg tulang lembu atau kambing ( kalau kambing bolehlah guna tulang gear box )
Air secukupnya untuk merebus daging
2 inc halia ~ di hiris kasar
2 batang serai ~ di ketuk
1 labu bawang putih ~ di belah 2
1 bungkus sup bunjut

Kaedah Merebus Tulang

Cuci tulang bersih-bersih
Masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya
Masukkan, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut dan rebus hingga daging pada tulang empuk.
Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai, halia, bawang putih dan sup bunjut.
Asingkan tulang dari serai, halia, bawang putih dan sup bunjut tadi.
ketepikan


Sekarang kita sediakan bahan-bahan untuk rempah cili pula

Bahan Rempah Cili


a. Rempah Tumis

2 batang kulit kayu manis
4 kuntum buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang


b. Bahan Kisar Halus

10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inc halia
15 tangkai cili kering


c. Bahan Rempah

2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada hitam


 d. Bahan Sos

1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tu guna dalam 1/2 tin)
2 sudu besar kicap manis
1/2 botol sos tomato ( botol kecil)
2 biji telur
1 buku gula melaka
2 kiub daging
1 cawan bawang goreng
sedikit pewarna merah
4 biji kentang ~ kentang di kupas kulit, potong bulat dan di goreng, kemudian masukkan dalam blender dan kisar halus.


e. Bahan Sayur-sayuran


2 biji kentang ~ kupas kulit dan di dadu
4 Biji Tomato ~ potong baji
1 batang lobak merah ~ potong panjang
3 pokok daun ketumbar
Daun ketumbar di hiris akarnya di bersihkan tanahnya dan masukkan sekali nanti

Ok dah siap dah semua bahan-bahan yang kita perlukan, sekarang boleh lah kita mulakan proses memasak.

Kaedah menyediakan cili




Rempah cili kita dah pun siap, sekarang kita bolehlah mulakan proses untuk memasak sup tulang merah pula

Kaedah menyediakan sup tulang merah







Dah pun siap sup tulang merah kita..

Waa.... panjang lebar cara memasaknyakan.. banyak stepnya juga..
Jangan bimbang.. tak susah mana pun.. nampak aje macam rumit dan panjang dengan step yang banyak.. tapi bila kita dah sediakan semua bahan-bahannya dengan mudah ringkas dan cepat.. segala proses memasak akan berjalan dengan lancar.. yang penting rasanya sedap! hingga menjilat jari...
kenapa tak caya.. jom kita tanya Harraz


Amboiii... menitik-nitik.. tik! tok! tik! tok! air liaur mak cik atas key bord... ya..
Sabar aje lah.. mak cik tengok Haraz makan kan..?

Haraz ni susah betul nak makan tau! Kalau nak ajak makan punyalah payah..
Tapi sekali Harraz rasa sup tulang merah ni.. wahhh!!... bertambah-tambah Harraz makan.. sampai habis licin pinggan.. jarinya yang kecil comel habis merah di jilat.. sedap sangat lah tu kan.. Harraz..

Bukan itu aje tau! esok hari celik mata dia dah tanya ita.. " mak Long... Harraz nak sup darah tu lagi.. " hihi... gelak ita dengar dia panggil sup darah.. mungkin sebab warna sup yang merah menyala... Haraz... Harazzz....
seronok betul ita lihat Harraz makan...

Harraz dah pun pulang... sunyi sepi Harraz rumah mak Long.. rindu pulak dengan suara, gelak dan teriak Harraz.. nanti Harraz datang lagi rumah mak long ya.. Mak long masak sedap-sedap untuk Harraz.. ^_^



Sup tulang merah ini enak di makan bersama roti Perancis atau roti tawar. Amat sesuai untuk di hidangkan di majlis open house atau jamuan keraian.









8 comments:

yui said...

assalamualaikum,
suka baca blog akak,
saya yang tak tau masak ni terus rasa berkobar2 nak cuba jugak masak! sy suka cara penulisan akak, gambar2 yg akak letak, nampak keikhlasan akak. hehe.. :)

p/s : selamat hari raya kak ita sekeluarga!

nasa mulia said...

Nampak gambar pun dah sedap kak sup ini, selalu makan kenenkan dengan ape yek sup ini?

nurul taqiyah said...

Step by step yg lngkap.padat.tepat.dan sedapppp...terima kasih k.ita..bestnya la blog k.ita ni..terima ksih k.ita..moga Allah bals segl jsa baik k.ita..:o)

Feeza Majmi said...

terharu membaca blog akak... kita baru jer belajar baca2 blog org.. blog sendiri x pandai nak godek... blog akak best sgt.. rumah akak lagi la cantek sgt.. ikhlas!

Leiman Supar said...

assalamualaikum saya pemile resto al'kubro yg memjuwal sup tulang mera satu satu dibadar pontian sudah 45tahun 41cawagang di malaysia saya amat beterimekasi keatas puan ita yg sedia berkusi resapi sup tulang mera pada masarikat melayu di seluru malaysia saya harap puan ita buke perniagaan sup tulang mera kerana puan ita ada baka bidang perniagaan semuga allah membuke hati puan ita dalam pernigaan seperti ini salam majujaya amin.

Nor Lailee Ahmad said...

Terima kasih ye 😊

Nor Lailee Ahmad said...

Terima kasih yer

Erdy Linda said...

Saya da cub resepi nie.. mmg sedapp!!
terima kasih kerana berkongsi. :)

Powered by Blogger.