Follow if you like

Aug 15, 2014

Daging Masak Hitam




Sebagaimana yang di janjikan, Daging Masak Hitam.. oppssss!! dah jadi arang ke...?
eh! dok ahh....



Daging Masak Hitam ini ita lawakan dengan Nasi Minyak ita. Sedap tau! ita lawankan juga dengan lauk ayam masak merah. Lauk ayam masak merah ni dah selalu ita masak dan kalau dalam seminggu memang mesti akan sediakan sebab anak-anak memang suka. Dah selalu sangat tak payahlah ita kongsikan lagi lah ya..

Daging hitam ni walaupun nampak hitam.. tapi rasanya sedap! anak ita Dalili bukan main suka lagi.. sampai dah petang pun dia tanya lagi lauk daging ni ada lagi tak sebab dia nak makan lagi..

Bila ita kata dah habis.. dia kata nanti mak buat lagi ya..
Sedap lah tu kan pada tekak dan selera dia..
Ok hari ini ita kongsikan pula di sini bagi yang nak mencuba!



DAGING MASAK HITAM



Jom kita intai bahan-bahan yang di perlukan

1 kg daging batang pinang ~ di potong, cuci bersih. Jika guna daging lain, rebus dahulu hingga empuk.

Bahan tumis
3 tangkai daun kari ~ di raut
1 batang serai ~ dititik
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 kuntum cengkih

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merag
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar
1 inc halia

Semua bahan di atas di kisar


4 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan Perisa
1/2 cawan air asam jawa
1 kiub daging
garam dan gula secukup rasa
Maggi Cukup Rasa jika suka



Setelah bahan-bahan di siapkan bolehlah kita mula memasak...





Ita lawankan lauk ini bersama Nasi Minyak
Macam mana? terliur tak daging hitam legam saya ni.. hihi
Hitam bukan sebarang hitam tau!
Ni hitam terangkat ni.. sedap pula bila makan dengan nasi minyak dan acar rampai.. menangis mak mertua.. bila lalu anak menantu tak pandang...






36 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ita. wahh terliurnya. thanks tunjukkan cara masak step by step. boleh sheila cuba hujung minggu ni :)

timm bill said...

peh, tgk pun tau,,mesti sedap!

idzwa kamaruddin said...

sedap nyer kak..

rahel said...

Sungguh menyelerakan...rajinnya Kak Ita masak sedap2....

rahel said...

Sungguh menyelerakan...rajinnya Kak Ita masak sedap2....

fazianbatrisyia said...

yummmmyyy....Nampak sedap sgt & menyelerakan...Suka la, skrg kak ita buat step by step....sgt membantu...tq so much with love...

Kak Rose said...

walaupun perut kenyang tapi tetap telan air liur. Gluupppp!!!!

nur anis said...

perghh..telan air liur ni..sedapnyaaaa..

Ani said...

Sedap..klu belah utara(kedah)basah sikit berkuah cicah dgn ketupat pun sedap.tq for resepi..sedap ni

Al Kisah said...

awesome

Bbwana adienia said...

memang sedap dan mengancam sungguh daging masak hitam kak ita tu..menggiurkan!!!

suhailas sudin said...

Sedap nya sis...macam arwah mak selalu buat...

Aina said...

Salam ita, saya dah try resepi daging masak hitam tu cuma saya gantikan daging dengan ayam dan dimakan bersama nasi butter tuu,,, memang sedapp sangat, puas kami semua makan. Terima kasih ita.

Umi Da said...

Assalam Ita...saya pun dah cuba resepi ni. Hasilnya terbaik. Terima kasih atas perkongsian ilmu.

Umi Da said...

Assalam Ita...saya pun dah cuba resepi ni. Hasilnya memang terbaik. Terimakasih atas perkongsian ilmu...

Apple Apple said...

Thanks

Apple Apple said...

Sedappp ...

Apple Apple said...

.........

Apple Apple said...

Thanks yeee boley cbe

Apple Apple said...

Thanksss...

Apple Apple said...

Wahh terbaikk ...boley cube ni

Apple Apple said...

Nyummmy

Apple Apple said...

Nymmmyy

sukasukimylife said...

thanks for the recipe! mmg nak cuba weekend ni.

norazwin rosman said...

assalam kak ita...boleh tahu kak guna kicap pekat jenama apa??? tq

missnitaf said...

As salam. Akk mtk halal sy share resipi ye. Thnks :)

nur amni said...

Eh..yg ni pun sdp ni..nak buat nak buat!!!

zacharia said...

Assalam...izinkn sy copy resepi ini

Kamalia binti Arsat said...

Saya dah buat resepi kak ita ni ...sedap sangat!

nur ismawaty said...

saya da try last weekend... husband suka. dia pun ckp jodoh dgn nasi minyak pun sedap... makan smpai bertambah hehehehe thanks ;)

Odd Pansy said...

Salam sis. Barakallahufik sudi share resepi. Nk try la sok. Smlm dh try resepi kuih kaswi akk. Alhamdulillah jd n sedap!

min said...

Assalamualaikum ita,
Sedapnya nampak masakan daging hitam tu...
kicap pekat ita guna jenama apa ya?

Diyana Naqiuddin said...

Memang terbaik blog akak. semua resepi yang akak share, semua sedap belaka. terima kasih kak sebab share resepi ni.

Abdul Khahar said...

Tq share respi.. minta halalkan ye nak nak copy.nnt nak masak daging hitam.. nampak cam senang.. tq

i am a mom said...

Dah try arini.. hubby mkn licin pinggn.. slalu mkn kt kenduri jek.. tqsm kasi resepi.. mmg sedap giler..

RS PRODUCTION said...

Terima kasih share tip untuk masak..

Powered by Blogger.