Follow if you like

Aug 8, 2014

Butter Prawn Terlajak Laris...


Butter Prawn, adalah faberet anak ita Dalili. Dah banyak juga resepi butterprawn yang ita cuba, namun kebanyakkannya tidak memenuhi citarasa anak dara ita yang cukup cerewet bab makan ini.




Dalili cukup peka dan bijak merasa masakan. Kalau ita bawa pergi makan di luar pun.. dia tau kedai mana yang butterprawnnya yang memenuhi seleranya. Kalau kita salah bawa dia makan yang di rasakan tidak menepati seleranya.. puaslah kita mendengarnya mengomel dan meluahkan rasa tidak puas hatinya itu..

Kerana itu ita kena kerap mencuba resepi yang baru, bila dah dapat mana yang dia suka , ita kenalah kekal dengan resepi yang sama.


Hari ini ita rasa cukup bertuah, kerana resepi kali ini benar-benar menenuhi selera anak dara ita ni. Boleh kata terlajak laris hingga berulang-ulang dia makan.. dengan cukup berselera sekali.

Resepi kali ini adalah hasil olahan terhadap beberapa resepi yang telah ita cuba, ita gabungkan juga resepi dari Thailand dan Malaysia yang ita google dan hasilnya memang terangkat!
Suami ita kata sedap sangat hingga dia boleh makan kesemua udang dengan kepala-kepala udang sekali kerana katanya sangat rapuh dan rangup!

Kepada kawan-kawan yang nak cuba, di sini ita akan kongsikan resepi Butter Prawn Terlajak laris ni...


BUTTER PRAWN TERLAJAK LARIS

15 ekor udang segar yang besar atau sederhana besar. ( jumlah bergantung pada besar keluarga)
Buang bahagian yang tajam di muncungnya, di atas kepala dan di bahagian ekor dengan gunting.
Guntingkan juga kakinya
Guntingkan cengkerang belakang dan belah, keluarkan selaput atau tali hitam di situ
Kemudian cuci bersih udang dan toskan airnya.

Tambahkan
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar tepung jagung atau tepung kentang

gaulkan semua bahan ini bersama udang.
Panaskan minyak yang banyak, dan goreng udang secara terendam hingga merah keemasan.
Angkat udang dan toskan minyaknya.
Ketepikan

Bahan Floss ( kuning telur)
4 biji kuning telur
1/2 sudu teh secukup rasa / serbuk pati ayam
secubit garam
secubit gula
3 tangkai daun kari di raut

Pukul semua bahan kecuali daun kari bersama kuning telur
Dalam kuali panaskan 1 senduk minyak jagung dan 1/2 buku butter
Bagi mereka yang menjaga kesihatan, kalau tak nak guna butter guna semua minyak jagung pun boleh
Panaskan minyak dan butter.
Tuangkan kuning telur dengan kaedah mengangkatnyanya pada kedudukan yang tinggi dan bila ia jatuh dalam kuali tu ia halus.
Sementara itu senduk telah tersedia di tangan sebelah lagi untuk segera mengacau.
Bila dah tuang terus kacaiu dengan belakang senduk tanpa henti.
Kemudian masukkan daun kari dan terus kacau hingga ia berbuih
Bila dah kekuningan, tuangkan dalam tapis dan tuskan minyaknya.
Ketepikan

Ada dua kaedah nak buat floss ni, satu menggunakan api yang panas. Dan satu kaedah lagi menggunakan api yang perlahan. Terpulang pada anda nak ikut cara yang bagaimana. Di bawah ini ita kongsikan video dari Datin Hasnah yang di kongsikan oleh Rocky Dzul di Yutube. Kaedah ini adalah dengan menggunakan api yang perlahan.


Bahan Tumis

3 tangkai daun kari ~ di raut dari tangkai dan hiris halus
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 tangkai cili padi ~ di hiris
1/2 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa

Anda boleh gunakan baki minyak goreng telur tadi
atau ambil 1 senduk kecil butter dan panaskan
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau
Tambahkan susu cair
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan udang dan gaul mesra.
Bila dah masak angkat dan hidangkan di dalam pinggan
tuangkan floss telur tadi
Sedia di nikmati.



7 comments:

idzwa kamaruddin said...

terliur la pulak!

fazianbatrisyia said...

untungnya dalili...
sedap betul tu....

Gee® said...

Woooow..! memang menggoda....

S. Faezah said...

mengiurkannnnnn!!

Bbwana adienia said...

alahai, terliur dan lapar perut ni tengok..

Sue Bee said...

lapar bila nengok udang

Siti Asmah Md Yusof said...

Mmg sedap nmpk

Powered by Blogger.