Follow if you like

Aug 5, 2014

Asam Pedas Daging Berlada




Ada yang sedang memikirkan menu apa untuk hidangan tengahari nanti..? Pasti inginkan sesuatu yang enak dan menyelerakan untuk seisi keluarga.



Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi kesukaan kami sekeluarga iaitu Asam Pedas Daging Berlada.
Orang Johor mana boleh lari dengan asam pedas kan? Seminggu pasti sekali mesti pekena asam pedas.. kalau tak tak terasa lengkap pula..

Asam pedas daging ni biasa di makan bersama nasi hangat.. kalau ada sambal belacan, ikan goreng dan ulam-ulaman pun dah cukup membuka selera.. Makan pula bersama suami dan anak-anak makin bertambah-tambahlah nasi di dalam pinggan.

Selain di makan bersama nasi, kadang kala ita suka di cicah dengan roti jala, roti, lempeng atau jemput-jemput. Kalau makan dengan biskut cream creacker pun sedap! ambil kuah, bubuh dalam mangkuk dan patah-patahkan biskut. Biar dia terendam dan serap sebentar.. lepas tu bolehlah di makan.. aduhhhh.... memang kalau mak mertua lalu pun tak perasan la...



ASAM PEDAS DAGING BERLADA

1 kg daging
5 biji bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar
1 inc kunyit hidup ~ di kisar
2 inc halia ~ di kisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
1 sudu besar lada hitam ~ di kisar
1 batang serai ~ di ketuk
Sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 kuntum bunga kantan
4 tangkai daum kesum
2 kuntum bunga kantan

Daging di rebus hingga empuk dan di hiris hipis
Panaskan minyak, dan tumis bahan-bahan yang di kisar dan serai
Masak hingga harum dan terbit minyak
Masukkan daging dan gaul rata
Tambahkan sedikit air rebusan daging jika kuah kering
Masak hingga kuah mendidih
Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Masukkan daun kesum dan bunga kantan
Biarkan kuah merenih dan pekat
Sedia di hidangkan


5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul tu kak.. orang johor dan asam pedas memang berpisah tiada, hihihi

Cicik Ann said...

Mmg orang johore ni..."hidup ku dan mati ku" asam pedas..
kak ann kawin org penang,apa lagi kari atau gulai isilah org sini.
asam pedas ni mcm Ita ckp boleh makan dgn segala nye..roti canai,jemput pisang pendekata omputih "everything"..
Sungguh pun dah dok Pg 30 thn..asam pedas tetap di hati dan "tekak"..

Cicik Ann said...

Mmg orang johore ni..."hidup ku dan mati ku" asam pedas..
kak ann kawin org penang,apa lagi kari atau gulai isilah org sini.
asam pedas ni mcm Ita ckp boleh makan dgn segala nye..roti canai,jemput pisang pendekata omputih "everything"..
Sungguh pun dah dok Pg 30 thn..asam pedas tetap di hati dan "tekak"..

Gee® said...

Aduh mak aii..!! terlior dibuatnya...

Acik Erna said...

sedapnya daging masak asam pedas..

Powered by Blogger.