Follow if you like

Aug 7, 2014

Air Asam dan Ikan Caru Bakar


Kita mulakan menu hari ini dengan ikan caru bakar yang di cicah bersama air asam yang power...
Ikan bakar ni sesekali makan dengan kuah lemak pekena pula dengan nasi hangat memang terangkat habis...
Ita sukakan kuah asam yang pedas gilerrr... barulah berpeluh-peluh makan.. tu yang syok sangat tu..




Tapi macam biasa kalau ikan bakar biasanya ita dan suami yang makan, anak-anak lebih suka ikan goreng. Tapi kalau ikan bakar sumbat atau ikan bakar bercili tu.. memang dorang suka.

Ita tak boleh sembang lama-lama sangat pagi ni.. banyak sangat tugas memanti, nak siapkan tempahan kek lamington dari kawan. Pas tu nak hantar.. nak ambil dalili balik sekolah, petang nak hantar dia tusyen pulak! nak masak lagi.. uiii... banyak betul kerja sekarang.. tu belum lagi termasuk senarai basuh baju.. sidai baju.. lipat baju.. kemas rumah lagi... aduyaiiii....

Ok lah ita tinggalkan anda semua dengan ikan bakar dan air asam ni dulu ya..



AIR ASAM DAN IKAN CARU BAKAR

2 ekor ikan caru ~ siang, buang perut dan cuci bersih
Gaulkan ikan dengan garam
Bungkus dengan daun pisang dan di bakar
Ita bakar dengan magik pan aje.. mudah dan ringkas yang penting bersih.. dapur tak berserak..

AIR ASAM

1 cawan air asam
1 inc belacan bakar
Kedua-dua bahan ini di campur kemudian di ramas-ramas, hingga belacan hancur

10 ~ 15 biji cili api ~ di hiris nipis
1 labu bawang besar ~ hiris nipis
1 kuntum bunga kantan ~ di hiris nipis
1 biji cili merah ~ potong kecil-kecil
1/2 sudu teh garam
Gula secukup rasa

Satukan semua bahan hiris dan masukkan dalam air asam. Gaul rata
Hidangkan bersama ikan bakar


3 comments:

Rozita said...

sedapnya kak.. kegemaran kami jugak..tak cukup kalau 2 ekor tu..hehe..

Rosdi Eunos said...

Nice blog...
Pagi pagi dah buat perut saya berkeroncong..
Gambar agar2 rintik tu cantik... love it!

nor hayati abdul halim said...

meleleh ayaq lioq la kak ita..boleh jadi idea nk masak esok ni

www.myrichheartandsoul.com

Powered by Blogger.