Follow if you like

Aug 6, 2014

Agar-agar Rintik Santan Pandan


Hari ni ita sediakan agar-agar sebagai pencuci mulut kami sekeluarga. Dah lama ita nak buat agar-abar ni.. tapi selalu aje terlupa. Hari ini dapatlah ita sampaikan hajat nak membuatnya.




Resepi agar-agar ini di kongsikan oleh Izah dari blog Izah Muffin Lover . Menurut izah beliau dapat resepi ini dari buku Aneka Puding. Asalnya Agar-agar rintik santan, tapi bila dah di olah ianya menjadi agar-agar rintik pandan pula. Itulah yang buatkan ita teruja nak cuba sebab gabungan warna hitam dari gula merah dan hijau tu seakan menaikkan seri agar-agar ini.

Agar-agar ni sedap, lembut aje.. dan amat sesuailah kalau nak buat untuk rumah terbuka nanti. Cara dan kaedah membuatnya pun mudah aje.. Cuma lain kali bila ita buat untuk lapisan gula merah tu ita kena kurangkan gula merah dan tambahkan gula pasir sedikit. Sebab gula merah ni rasanya lain sikit.. kalau gula Melaka pada ita ok lagi...  gula merah ni dia ada rasa kelat-kelat sikit... Tapi terpulang pada citarasa masing-masing..

Untuk resepi ni ita ada tambah lah sikit, kalau Izzah guna serbuk agar-agar warna hijau, ita sebaliknya tambahkan pewarna hijau dan sedikit emulco pandan untuk memberikan sedikit keharuman pada agar-agar ni nanti..

Kepada yang nak cuba boleh lah cuba.. ita panjang-panjangkan resepinya di sini untuk perkongsian bersama.. ^_^




AGAR-AGAR RINTIK SANTAN PANDAN
Sumber : Buku Aneka Puding
Rujukan : Izah

Bahan A

1/2 sudu besar agar-agar serbuk
250 ml santan cair
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
sedikit pandan emulco ~ ita tambah
sedikit pewarna hijau ~ ita tambah

Campurkan semua bahan-bahan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga keras.
Bila agar-agar sudah keras, potong kiub kecil-kecil dan ketepikan.

Bahan B

1/2 sudu besar serbuk agar2
500 ml air
100 gm gula merah
1 sudu besar tepung kastard ~ bancuh dengan 2 sudu besar air
2 helai daun pandan

Masak air , daun pandan dan gula merah sehingga hancur. 
Masukkan pula agar-agar dan masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan bancuhan tepung kastard.
Masak hingga mendidih. Tuang ke dalam loyang.
Kemudian masukkan agar-agar yang telah dipotong kiub tadi ke dalam agar-agar B.
Sejukkan dan hidangkan.


3 comments:

Bicara Kak Noor said...

salam aidilfitri Ita, cantik nampak agar2 tu, macam nak buat jugak lah insya allah..

izahdaut said...

Assalamualaikum kak ita.
Selamat hari raya, salam kemaafan ampun maaf dipohon.
Tq sudi menjengah blog dan sungguh nostalgia bila tgok agar agar ni. Nostalgia zaman seronok berblog dulu, hehe
:-)

fazianbatrisyia said...

teringin nak buat agar yg sedap & cantik

Powered by Blogger.