Follow if you like

Jul 21, 2014

Puding Marble Mineral Coffee


Pernah tak dengar nama kopi ni..? Namanya Mineral Coffee.
Ita selalu lah nampak kawan-kawan pos kat FB tentang kelebihan kopi ni.. Tapi di sebabkan ita tak suka kopi, jadi ianya sesuatu yang tidak menarik bagi ita..




Tapi.. satu hari tu ada lah berbual dengan adik.. dia tanya tentang kopi mineral. Katanya ita pernah cuba tak?
Ita kata "akak ni mana lah minum kopi.."
"ish... orang yang tak minum kopi kalau cuba kopi ni pasti akan sukalah..." katanya...
Pada mulanya ita ingat dia ada jual kopi ni.. tu yang dia beriya-iya suruh ita minum.. Rupanya sangkaan ita meleset... dia memang mengamalkan minum kopi ni.. kerana katanya bila dah cuba terus jatuh cinta!

"bagus sangat ke..?" tanya ita lagi..
" kak ita kan selalu migrain.. cuba akak amalkan.. insyaallah hilang migrain akak tu.. saya dulu pun macam tu kak... bila minum kopi ni.. alhamdulillah hilang dah tak migrain lagi.. sakit sendi pun hilang kak.." katanya lagi meyakinkan..
"cubalah kak.. kalau akak nak.. cuba,  saya ada lagi kat rumah ni.. akak cuba dulu.. kalau serasi akak teruskan.."
" manalah tau.. serasi kak... kesian tengok akak.. selalu busy buat kek.. tidur tak cukup tu yang akak selalu sakit kepala tu.. " katanya simpati

Wah! hebat sangat ke kopi ni...





Mineral Coffee ni bukan sebarang kopi tau! Ia di perbuat daripada biji kopi jenis Robusta yang berkualiti tinggi dan di import daripada Vietnam. Tahu tak.. yang Vietnam adalah pengeluar kopi Robusta yang terbesar dan kedua terbesar selepas negara Brazil dalam pengeluar kopi dunia.

Bukan itu sahaja tau! Mineral Coffee ini juga tak manis tau! sebab dia tak ada gula.. sebaliknya rasa dia lemak-lemak manja gitu...
Ini kerana ia menggunakan Garam Buluh.
Apa tu garam buluh?
Garam Buluh Hai-O ini di import dari Korea Selatan. Ia sangat popular dengan keaslian dan kandungan khasiatnya sangat tinggi. Kalau anda nak tau.. garam Buluh ni sudah lama di amalkan oleh masyarakat Korea sejak 13000 tahun dahulu lagi.. dan merupakan ramuan perubatan purba mereka.
emmm... itulah rahsia kesihatan orang Korea..

Garam Buluh ni 100% organik dan ia bebas daripada sebarang bahan kimia.
Sebab tu bila anda bancuh aje Mineral Coffee dengan air panas... akan terbitlah satu aroma... yang WOW!


Suami ita memang tegar dengan kopi. Hari-hari.. pasti nak kopi..
Sebenarnya ita risaukan kesihatannya.. ialah kita taukan kopi biasa tu banyak kandungan caffeinnya dan tak baik lah untuk kesihatan..
Dia pula kerap lesu.. maklumlah dia juga smokers.. bila bulan puasa memang tak bermayalah jadinya .. kerap mengantuk.. tak cergas.. kerap sakit sendi.. dan masalah utamanya dia sukar tidur malam..

Tapi sejak mengamalkan minuman Mineral Coffee ni.. ita lihat dia semakin cergas dan bertenaga.. Bulan puasa kali ni pun.. ita nampak dia cergas sangat.. taklah lesu aje kan.. kalau tak asyik nampak monyok aje..
Dia juga dah tak mengadu sakit pinggang.. sakit sendi.. kalau tak.. sana sakit.. sini sakit.. ada aje.. lah yang tak kena kat badan dia.. tu..

Macam ita pula dulu kerap sangat sakit ulu hati.. migrain yang agak kronik.. tapi bila minum seminggu dua ni.. nampaknya kesan yang pailing ketara ita dah tak sakit kepala lagi.. tidur malam pun lena aje.. kata orang pantang letak kepala atas bantal lah.. bom meletup kat sebelah pun tak dengar...
Masalah senggugut ita pun dah tak ada.. kalau tak.. bila senggut.. dia datang pakej dengan sakit pinggangnya.. dengan sakit.. kepalanya... dengan sakit perutnya.. kaki ni sejuk.. sesejuknya menahan sakit.. tapi sekarang memang tak adalah.. hebat jugak Mineral Coffee ni kan..
Alhamdulillah..... 

Bagi yang alah pada kulit.. ada masalah resdung ke..masalah sembelit atau buasir ke.. anda juga boleh cuba.. anda lihat sendiri hasilnya memang menakjubkan.. tak sangka.. ianya banyak menyelesaikan masalah..


Kerana ita sukakan aroma kopi ini yang memikat.. ita cuba olah ia menjadi satu hidangan dessert..
Anda pun boleh cuba! mudah aje.. buat dia.. yang penting rasanya sedap!

Bolehlah hidangkan pada hari raya nanti..


PUDING MARBLE MINERAL COFFEE 

12 gm serbuk agar-agar ~ 1 peket
1 liter air
2 cawan gula halus
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1 peket Mineral Coffee
2 sudu makan air suam
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna

Masakkan serbuk agar-agar bersama gula dan air hingga gula melarut
Satukan susu cair dan tepung kastar dan kacau rata
Tuangkan susu dalam agar-agar dan masak hingga adunan pekat
Tambahkan esen vanilla dan kacau rata
Angkat dan bahagikan adunan kepada 4 mangkuk

Bancuh Mineral Coffee dengan air suam
Tuangkan bancuhan Mineral Coffee dalam satu mangkuk dan kacau rata
3 mangkuk yang lain letakkan pewarna setiap satu.. warna yang berbeza

Sediakan acuan
Basahkan atau bilas acuan dengan air
Sediakan satu loyang berisi air
Letakkan acuan di dalamnya
Kemudian tuangkan adunan puding berselang seli warna dalam acuan
buat dengan cepat kerana puding cepat mengeras
Buat sehingga habis
Bila dah siap sejukkan
Simpan dalam peti ais supaya rasanya dingin bila di nikmati..


 Mineral Coffee ni di peket kecil agar mudah di bawa kemana-mana. 
Setiap kotak berharga:

RM 26. 50 ~ Bagi Semenanjung
RM 27. 50 ~ Bagi Sabah dan Sarawak

Bagi anda yang nak cuba produk Mineral Coffee ni boleh lah dapatkan dari :

Mardhiah  017~ 7947942 ( Johor ) 
Mc Yah
Siti Nazihah 014 ~ 5288874 ( Klang )  
Siti Nazihah MK
Fakhriyah 014 ~ 5219220 ( Jerteh Terengganu )
 Fakhriyah







8 comments:

fazianbatrisyia said...

Wah dah jadi pudding yg mantop ni. kawan2 sy pon ramai yg ambil ni. sy belum lg.

Wani Ameen said...

nice recipe. wanna try it for this coming aidilfitri. Done follow your blog, follow me back www.waniameen.blogspot.com

smell delicious! a.k.a inachomel said...

kak ita, ternampak gambar entri ni la kat fb Azura Misbah.

zuraida saad said...

Assalam k.ita...mohon share n copy resepi ni kat wall fb saya ye...nk post pd rakan2 yg menjual dan yg mengamalkan mineral coffee ni...mesti mereka sukaaaa sgt dgn resepi ni...terbaikkk k.ita

zuraida saad said...

Assalam k.ita...mohon share n copy resepi ni kat fb saya ye...nk post kat rakan2 yg menjual dan mengamalkan coffee ni...msti diorang sukaaa sgt dgn resepi ni....tq k.ita...terrrrrbaik!!!

zuraida saad said...

Assalam k.ita...mohon share n copy resepi ni kat wall fb saya ye...nk post pd rakan2 yg menjual dan yg mengamalkan mineral coffee ni...mesti mereka sukaaaa sgt dgn resepi ni...terbaikkk k.ita

zuraida saad said...

Assalam k.ita...mohon share n copy resepi ni kat wall fb saya ye...nk post pd rakan2 yg menjual dan yg mengamalkan mineral coffee ni...mesti mereka sukaaaa sgt dgn resepi ni...terbaikkk k.ita

ain mastura said...

ASSALAMUALAIKUM K ITA..SY NK MINTA IZIN TUK SHARE KELEBIHAN MC DAN JADIKAN TESTIMONI.MOGA AKK SNTSA DI MRAHKAN RZK&DIBERKATI..LOVE SO MUCH UR BLOG :)

Powered by Blogger.